"Yeay! Anak umma dengan buya dah 6 bulan! Boleh makan bubur nasi dah!"
Bagai faham apa yang umma nya bicarakan, Mahdeya gelak mengekek. Terloncat-loncat Mahdeya di dalam walker. Bergerak ke sana dan ke sini mengekori umma nya ke mana-mana.
Tetapi hairan. Jika berada diluar, Mahdeya sangat senang untuk dijaga. Tidak banyak ragamnya, cumanya dia tidak suka dipegang dan didukung ramai orang. Hanya orang-orang yang dia kenal sahaja yang Mahdeya mahu didukung.
"Eeee, geramnya! Kecil, comel tapi ikut muka buya! Memang anak buya sangat Deya ni!" pipi Mahdeya dicubit geram. Tidak pula Mahdeya marah, malahan hanya gelak suka.
"Umma nak buatkan Deya bubur nasi untuk makan tengah hari, tapi pakcik Haidar awak tu belum balik lagi. Kita tunggu sekejap, okey?"
Hanani bangun mencapai telefonnya diatas meja diruang tamu. Nombor Haidar didail. Kalau tak telefon, memang kebuluar anak dia dibuatnya.
Tak lama itu, panggilan diangkat. Mulalah tangannya naik mencekak pinggang.
"Oi! Kau dekat mana? Bubur nasi anak aku bila nak sampai?"
"Sabarlah! Aku sangkut dekat tandas rumah aku ni! Sakit perut. Kejap lagi aku pergi. Sabar kejap! Aku on the way!" talian dimatikan Haidar.
Fuh, membara api kemarahan dia. Belum pergi lagi? Itulah tadi dia sendiri nak pergi beli tapi Haidar tak bagi. Macamlah dia tak kenal selok belok di Madinah ini.
"Deya makan lambat sikit hari ni, okey? Pakcik Haidar kamu tu sakit perut."
"Umma nak buatkan Deya susu. Deya tunggu sini tau. Lantai dekat dapur licin, nanti tergelincir. Bahaya!"
Bagai faham apa yang umma nya katakan, Mahdeya hanya duduk diam ditempatnya. Matanya tak lepas daripada melihat skrin televisyen yang memaparkan cerita kartun yang mengamalkan surah-surah lazim.
Hanani berlalu ke dapur. Membersihkan pinggan mangkuk disinki. Habis membasuh, laju tangannya membancuh susu untuk Mahdeya. Risau Mahdeya merengek sebab dah lambat waktu makan dia.
Sewaktu membancuh susu untuk Mahdeya, dia mendengar tawa mengekek milik Mahdeya. Bukan ketawa seperti biasa. Hanani risau. Apa pula yang Mahdeya main ni? Laju langkahnya ke ruang tamu setelah selesai membancuh susu.
"Mahdeya, apa yang kelakar sangat tu...." langkah Hanani terhenti. Dia kaku ditempatnya.
"Uya..."
"Ma... Uya..."
Mahdeya terloncat-loncat minta didukung.
"Siapa..."
Hanani terasa ingin menangis. Tangannya menggigil. Inikah pengakhirannya?
"Abang rindu awak, Hanan." Mahdeya didukung kemudian dia berjalan mendekati Hanani yang masih tampak kaku ditempatnya. Hanya air mata menjadi jawapan.
Kepala Hanani ditarik masuk ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Hanani dicium lama. Melampiaskan rasa rindu yang terlampau lama. Hanya Allah saja yang tahu betapa dia merindui bidadarinya ini.
"Nadim..." panggil Hanani dalam esakannya.
Nadim senyum manis. "Ya, abang dekat sini."
Hanani mengangkat kepalanya, berlawan mata dengan Nadim. "Hanan tak mimpi kan?"
Mendapat gelengan daripada Nadim itu, lantas Hanani memeluk erat sang suami bagai tidak mahu lepas.
Mahdeya pun apa lagi, peluk erat juga leher buya nya, tidak mahu lepas. Perangainya yang melentokkan kepala dibahu buya nya itu memang sengaja mengundang cemburu Hanani.
![](https://img.wattpad.com/cover/327039108-288-k304223.jpg)
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...