D-37

3.2K 190 10
                                    

Khalaf duduk dalam keadaan tidak tenang. Selagi dia tak tahu keadaan Khai macam mana, selagi itu dia tidak tenang. Kalau Khai hilang ingatan macam mana? Kalau Khai mati macam mana?

Dia tak nak masuk penjara! Dia tak nak disabitkan kesalahan kerana membunuh adik sendiri dengan niat sengaja. Dia tak nak!

Qaira yang baru sahaja habis mengaji itu memandang Khalaf pelik. Daripada tadi tak tenang. Malah belum lagi solat kerana daripada tadi sibuk memikirkan keadaan Khai.

Sebenarnya dia sudah tahu keadaan Khai macam mana. Bukannya sakit, malah terlebih sihat. Katanya jumpa nurse cantik. Dah fall in love dengan hakak nurse!

Mak lurve sangat katanya!

Sengaja dia tak beritahu Khalaf. Biarkan Khalaf fikir dan renung-renungkan kesalahannya. Jangan asyik nak meletakkan salah sendiri pada orang lain.

Sejujurnya dia sendiri sudah penat. Sedangkan baru sebulan mereka berumah tangga. Sebelum ini, dia tidak tahu apa rasa tawar hati. Selepas sesi kaunseling bersama Hanani petang tadi, baru Qaira sedar dan tahu apa itu tawar hati.

Selama ini apa yang dia rasakan pada Khalaf bukan rasa cinta atau sayang. Perasaan dia selama ini lebih kepada rasa kasihan. Kasihan kerana melihat Khalaf yang kekurangan kasih sayang. Kasihan kerana melihat Khalaf yang sering menunjukkan dirinya sendiri sebagai orang yang patut dikasihankan.

"Awak belum mandi dan solat. Pergilah, azan isyak dah nak masuk waktu. Lepas ni ada aktiviti lain pula." tegur Qaira apabila melihat Khalaf masih tidak berganjak daripada tempatnya.

"Khalaf Noel, awak dengar ke tidak apa yang saya cakapkan ni?"

Tiba-tiba Khalaf bangun. Dia bergerak ke sisi Qaira. Duduk bersila disebelah Qaira sebentar. Wajah manis dan bersih Qaira dipandang lama sebelum dia meletakkan kepalanya diatas riba Qaira yang masih bertelekung.

Dahi Qaira berkerut. Dah kenapa tiba-tiba ni? Tak pernah-pernah. Bukan selama ini Khalaf benci dia yang tersangat ke?

Suaran esakan membuatkan Qaira terkejut. Dia menunduk memandang Khalaf yang terbaring diribanya. Dapat dia rasakan ribanya terasa basah dengan air mata yang sudah tentunya milik Khalaf.

"Aku takut."

"Aku takut."

Ayat yang sama berulang-ulang dimulut Khalaf. Tetapi Qaira hanya diamkan sahaja dan memasang telinga.

"Aku takut jadi apa-apa dekat Khai. Aku tak sengaja. Aku tak sengaja."

"Aku sayangkan dia. Aku tak pernah benci dia. Aku cuma benci diri aku sendiri. Kenapa aku tak boleh jadi sebaik Nadim? Kenapa aku tak boleh jadi Khai yang pandai ambil hati? Kenapa aku tak boleh jadi Nisa yang tak pernah melenting?" Khalaf sambung mengongoi.

Sekali lagi rasa kasihan menjengah dalam diri Qaira membuatkan tangan dia naik mengusap kepala Khalaf seperti seorang ibu memujuk anaknya.

"Kenapa aku jahat sangat?"

"Kenapa kau tak benci aku? Aku suami yang teruk."

Khalaf memusingkan badannya menghadap Qaira. Dia mendongak memandang wajah Qaira daripada bawah.

Qaira hanya senyum. Tidak menjawab. Sedangkan dia sedang menahan diri daripada mengalirkan air mata. Mendengarkan pengakuan Khalaf, adakah ini merupakan salah satu rahmat dan petunjuk untuk aku?

"Pergi mandi dan qada' solat dulu. Lepas tu, kita jemaah isyak sama-sama. Nanti saya baru jawab."

Khalaf akur dengan arahan. Dia bangun mencapai tuala, kemudian masuk ke dalam bilik air. Bunyi pancuran air kedengaran.

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now