D-39

2.8K 172 23
                                    

"Apa nama awak?"

Hanani dan Qaira sama-sama menoleh. Memandang sambil mengangkat kening mereka tinggi. Sangat tiba-tiba. Langsung tak ada salam, terus bertanya.

"Kau cakap dengan aku atau dia?"

Dahi Najah berkerut. "Kau aku? Why not guna saya awak? Macam tak ada adab guna aku kau." kemudian dia menjeling.

Mata Hanani membulat. Manakala Qaira menutup mulutnya tanda terkejut. What? Tak ada adab?

"Tak... Yang kau tiba-tiba nak cakap aku tak ada adab kenapa? Apa masalah kau sebenarnya?" wajah Hanani sudah menegang.

Melihat Hanani yang sudah menegang itu, Qaira sudah dapat tanda-tanda yang ribut taufan akan berlaku tak lama lagi. Baik dia sediakan payung awal-awal. Takut kena tempias. Kita tak mau masuk campur!

"Macam ni ke awak dengan orang lain? Bercakap macam orang tak ada adab, sombong sungguh! Macam mana Nadim boleh ambil awak jadi isteri dia ya?" ujar Najah berbaur sinisan.

Wah, perempuan ni! Bukan main mulut dia! Boleh tahan juga.

"Bosannya lah jumpa minah kepit yang macam ni." omel Qaira perlahan. Mata dihalakan ke tempat lain dengan muka tidak bersalahnya.

"What?!" mata Najah membulat.

Qaira angkat bahunya. Buat-buat tidak masuk campur.

"Tak, apa masalah kau sebenarnya? Datang terjah orang dengan tak ada salam. Tiba-tiba nak cakap orang tak ada adab. Kau tak rasa ke yang tak ada adab tu kau?" Hanani panas hati. Rasa nak ganyang-ganyang je perempuan ni!

Ini kalau bawa naik bot, confirm tak akan ada sesiapa yang cari. Confirm!

"Saya datang dengan cara yang elok kan? Tanya elok-elok kan?" balas Najah tidak mahu kalah. Tangannya sudah mula naik menunding jari pada orang.

Wah, ini ke perangai sebenar disebalik purdah yang dipakainya?

"Eh, der... Tak payahlah sampai nak tunding-tunding pakai jari." Qaira menepis tangan Najah yang berada dihadapan wajah Hanani.

Makin melampau ni kalau dah sampai nak tunding-tunding dekat depan muka. Apa masalah perempuan ni sebenarnya?

"Memanglah elok, tapi kalau dah sampai kau cakap aku tak ada adab hanya disebabkan aku guna panggilan 'aku' 'kau', melampaulah macam tu. Nak kata aku, aku pun boleh cakap kau tak ada adab sebab main terjah orang tanpa salam." marah Hanani tetapi suaranya masih ditahan-tahan agar tidak melampaui batasnya.

Sebelum ni, Nadim ada pesan.

"Isteri abang ni kan kuat. Lawan je dengan Najah tu. Dia tak akan mampu dan tak akan menang lawan mulut dengan orang. Tapi nak lawan jangan sampai melampaui batas."

Ha! Sebab tu Hanani berani nak berlawan mulut dengan Najah ni. Kalau dengan Qaira pun dia boleh menang, apatah lagi dengan si kepit ni. Easy sangat!

"Lah, yang awak nak melenting kenapa? Saya cuma tanya apa nama awak? Tak perlulah nak perbesarkan masalah."

Nak mampus Najah ni agaknya! Dia tak sedar ke yang dia mulakan dulu? Tiba-tiba datang, lepas tu dengan muka tak bersalahnya kata orang tak ada adab.

"Eh, kau berambus boleh tak? Aku serabutlah tengok kau ni. Nak playvictim pula." halau Qaira dengan muka marahnya.

Ini kalau dia dah masuk silat, memang habis minah. Memang aku siku-siku nanti!

"Koyaklah tu."

Walaupun berpurdah, Hanani tetap tahu yang Najah sedang tersenyum sinis memandangnya. Tengok muka sahaja, dah tahu macam mana sebab sebelum ini Hanani pernah juga handle orang persis Najah ni.

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now