Warning!⚠️
Boleh skip kalau tak suka this part yang a bit cheezy? I don't know....Hanani buat muka sedih. Membuatkan Nadim yang sedang mengemas baju itu kerut dahi. Hairan. Dah kenapa buat muka sedih? Tadi bukan main gembira dapat kalahkan Khai main pedang. Ini dah sedih pula.
"Kenapa tiba-tiba sedih?"
Tak betah, Nadim terus bertanya. Dia beranjak duduk dekat sedikit dengan Hanani yang duduk bersandar pada katil. Tangan halus Hanani digenggam kemas.
Apabila Nadim tanya begitu, makin sedih dia dibuatnya. Bibir tercebik-cebik, empangan air mata pula sudah tidak mampu mahu menghalang air mata daripada jatuh. Nadim senyum nipis melihat isterinya. Ditariknya ke dalam pelukan.
"Cuba cerita dengan aku. Hanan kenapa? Hani ada buat apa lagi?" Hanani geleng. Bukan kerana itu.
"Habis tu? Khai buat?" Hanani geleng lagi. Lagilah bukan!
"Awak nak pergi dah." makin laju air mata keluar. Derhaka pada tuannya. Dah kata suruh tahan, nak jatuh juga.
Ha, kan dah tersedu-sedu.
Nadim ketawa halus. Kepala Hanani diusap lembut. Sebab itu rupanya. Cengeng rupanya isteri dia ni. Baru kemas, belum pergi lagi. Macam mana kalau dah pergi? Agaknya menangis jenis macam mana?
"Aku pergi sekejap aje." pujuk Nadim.
"Sebulan, awak. Bukannya seminggu. Macam mana Hanan nak hadap dia orang kalau tak ada awak?" matanya berkaca lagi. Sejak dah berlaki ni, makin cengeng kau ya? Mengada sungguh!
"Hanan kan kuat?"
Hanani geleng kepala. Meletakkan kepalanya pada bahu Nadim. "Mana ada kuat. Itu pura-pura aje. Tak betul pun."
Nadim senyum. "Aku percaya isteri aku ni kuat. Di mana pun Hanan berada, apa pun yang Hanan fikirkan, sesiapa pun yang berada dalam hati Hanan ni, semua dibawah restu Allah. Kekuatan dalam ini pun..." jari ditunding pada hati Hanani.
"...Allah yang beri izin untuk Hanan pinjam sebab Allah tahu Hanan mampu untuk tempuh ujian yang diberikan." sempat Nadim selit sedikit nasihat untuk isterinya.
"Percayalah, setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya."
Hanani angguk kepala. Sedang menerima dan menghadam nasihat Nadim yang begitu bermanfaat itu.
"Aku nak pergi ni untuk tugas dan tanggungjawab. Janganlah sedih." Nadim ketap bibir.
"Nanti rindu..." malu-malu Hanani ucapkan ayat itu. Dia menunduk memandang jari jemarinya.
Haish! Macam mana boleh terlepas ni?! Pabo, Hanani!
Bibir Nadim naik senyum senget. "Sebab tu kena ada bekal untuk sebulan nanti."
Hanani angkat kepala. Memandang Nadim dengan wajah yang blur, tidak tahu apa-apa. Membuatkan Nadim gelak dalam hati melihat wajah polos Hanani itu.
"Ha? Hanan tak faham. Bekal apa? Nasi? Tak basi ke nanti?" Hanani garu kepala.
"Bukan. Bekal yang aku maksudkan tu macam ni,"
Tangan Nadim naik menyentuh bibir Hanani sebelum dia pagut bibir lembut itu. Tubuh itu perlahan-lahan terbaring atas katil. Melihatnya wajah itu seperti meminya kasih, sabarnya hilang. Keinginannya membuak-buak. Kepala Hanani dipegang dan dirapatkan dengan wajahnya.
Baru sahaja bibir itu mahu dipagut sekali lagi, terhenti perbuatan itu apabila ada yang mengacau.
"Wow, rakus."
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...