Mereka menempah hotel untuk satu malam. Memandangkan mereka tak sedar yang mereka sudah berjalan jauh, mereka terpaksa bermalam diluar. Awal-awal lagi Hanani sudah beritahu pada mama dan ayahnya.
Hanani duduk dibirai katil. Memandang Nadim yang berdiri membelakangi dibalkoni. Tadi dia menjawab panggilan daripada seseorang. Mungkin sekarang sedang termenung? Atau masih lagi marah dengan dia?
Takut sebenarnya nak tegur. Tak pernah-pernah Nadim marah pada dia sampai macam ni sekali. Salah dia juga buat Nadim macam tu.
"Termenung apa?"
Suara itu menarik perhatian Hanani yang sedang mengelamun. Dia angkat kepala memandang Nadim yang bersandar pada tiang balkoni.
Nadim memandang dia tajam daripada biasa. Nampak seperti yang dia sudah lama diperhatikan. Mungkin dia tak perasan sebab termenung?
"Tak... Tak ada apa." Hanani geleng kepala. Dia tunduk memandang lantai. Macam mana boleh gagap pula ni?!
"Hanan tak pandai menipu. I know you well." Nadim berjalan mendekati Hanani. Tangan Hanani ditarik untuk berdiri, lalu pinggang ramping itu dipeluk erat. Dahi mereka dicantumkan.
Hanani menutup matanya apabila deruan nafas mint Nadim menampar lembut wajahnya. Dadanya berdegup kencang. Rasa nak tercabut jantung ni.
"Hanan cuma... Takut. Takut abang marahkan Hanan lagi." Hanani memulakan perbualan mereka dengan mata yang tertutup.
"Memang abang marah. Abang cemburu." bisik Nadim perlahan.
"Hanan minta maaf."
Hanani rasa macam nak menangis sekarang ini. Betullah tekaan dia. Nadim memang sedang marahkan dia. Kan dah jadi isteri derhaka.
"Tapi kemarahan abang dah terpadam bila abang peluk Hanan. Hanan penawar bagi segala luka dan kemarahan abang. Terima kasih, Hanan isteri abang." dahi Hanani dicium lama.
Sungguh, Ya Allah. Aku cintakan dia sangat-sangat. Berlebihan tetapi nyata. Sayangilah dia, lindungilah dia. Apapun yang berada difikirannya, sesiapa pun yang ada didalam hatinya, dimana pun langkahnya, restuilah dia.
Semua kesalahan yang dia lakukan, sedang lakukan dan bakal dilakukan, aku terima kemaafannya. Aku berikan dia keredaan aku. Maka, engkau redailah dia, Ya Allah.
Tiada yang lain, aku hanya mahukan dia. Menjadi ketua bidadari disyurga.
Air mata Hanani menitis membasahi pipi. Rasa sebak dengan ciuman lama Nadim didahinya. Dapat dia dengar degupan jantung Nadim yang agak laju.
Tok! Tok! Tok!
Mereka tersedar. Perlahan-lahan mereka serentak membuka mata. Memandang satu sama lain
Rasa terganggu! Ingatkan jauh daripada adik-beradik bolehlah tenang dan duduk berdua sahaja. Tetapi... Macam sama saja? Siapa pula yang datang? Tak ada pula dia order apa-apa makanan.
Pelukan dilepaskan. Baju yang tersidai dikerusi dipakai kembali. Nadim memandang Hanani yang masih lagi kaku ditempatnya. Kaku, tidak bergerak! Terkejut agaknya.
"Hanan, pakai tudung."
Bukan apa, takut kalau aurat isterinya dilihat orang lain.
Segera Hanani berlari memcapai tudungnya. Mujur dia bawa tudung sarung. Senang nak sauk je dekat kepala. Tak ada runsing-runsing nak belit sana sini.
Setelah memastikan Hanani siap menutup auratnya, Nadim membuka pintu. Dahinya mengerut tatkala beberapa orang lelaki berdiri dihadapan pintu bilik mereka. Beberapa orang daripada mereka berbaju melayu dn bersongkok. Bersama tag yang tergantung dileher mereka.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Storie d'amore2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...