D-11

7.9K 302 5
                                        

"Kau lapor diri dekat pangkalan bila?"

"Esok mungkin. Kena siapkan laporan dulu sebelum naik pergi misi."

Haq angguk kepala. Faham yang tak lama lagi Nadim akan sibuk sebagai seorang Mejar di paskau. Dia digerun dan dihormati. Sering dijadikan idola oleh pegawai-pegawai disana kerana merupakan salah seorang pegawai yang dapat naik pangkat di usia yang muda.

Mejar Nadim Kahfi Khairul TUDM 'Hunter' as commander officer/mission commander.

"Orang tua-tua kata, seminggu sebelum kahwin tak boleh jumpa bakal isteri. Hilang seri nanti. So, aku nasihatkan kau tak payahlah datang rumah buat masa ni, ya?" bisik Haq ditelinga Nadim bersama senyuman sengetnya. Mengusik!

Nadim menjeling. "Tak kuasalah aku asyik nak tengok muka kau. Bosan."

Haq mengetap bibir geram. "Bosan kau kata? Okey, tak apa. Tak payah kahwin dengan adik aku!" merajuk dengan Nadim!

Nadim menarik sengihan sinis. "Please, ya. Kau bukan budak-budak lagi nak merajuk minta dipujuk. Malulah dekat bakal isteri kau nanti."

Haq menjeling. Susah nak ajak Nadim bergurau. Asyik serius sahaja. Macam manalah Hanani kahwin dengan dia nanti. Mesti kena hadap muka dingin suami setiap saat. Lambatlah dapat anak buah nanti.

Aduh! Macam mana nak ubah Nadim ni?

"Tahu-tahu adik aku dah nak kahwin dengan kau. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam Hanani baru lahir. Aku masih dodoikan dalam dukungan, tidur dalam buaian." Haq mendongak pandang langit yang gelap tetapi dihiasi dengan bulan dan bintang yang bertaburan.

"Kau macam tak percayakan aku untuk jaga adik kau."

Haq tergelak kecil. Bunyi macam cemburu dan kecewa sahaja nadanya.

"Bukan tak percaya, Nadim. Kau ingat senang ke abang-abang dia ni nak lepaskan adik kita orang macam tu sahaja? Nak-nak lagi selepas apa yang berlaku pada dia? Hanani seorang ajelah adik perempuan yang kita orang ada. Kita orang sayang sangat dekat dia, Nadim. Macam tak nak bagi dia membesar."

Nadim sekadar memasang telinga dan mendengar omongan Haq. Jarang-jarang Haq nak meluah ni. Kira macam dia orang special ke, macam mana sebab dapat dengar Haq meluah?

"Sudahlah! Cakap dengan kau, kau bukannya nak bagi respon. Memang pendengar yang setia sangat. Aku nak balik dulu."

Nadim ketawa lucu. Dia angguk-anggukkan kepala. Ya, dia memang pendengar yang setia. Banyak tau rahsia yang dia simpan. Ada ha banyak dalam poket dia ni.

"Baik, Kapten. Hati-hati dekat jalan raya. Kirim salam dekat bakal mentua, ya?" Nadim gelak kuat tatkala mendapat jelingan tajam daripada Haq.

Bakal mentua konon!

"Tak payah mengada, Tuan Kahfi. Tak restu hubungan kau dengan adik aku baru tahu."

Nadim memang terkenal dengan panggilan Kahfi di pangkalan. Nama Nadim hanya digunakan untuk keluarga dan yang terdekat sahaja.

Tangan Haq naik tabik hormat pada Nadim. Nadim turut membalas tabik hormat itu. Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum masing-masing tergelak lucu.

"Assalamualaikum!" Haq angkat tangan ingin melambai.

Nadim angguk kepala dan membalas. Salam sekadar dijawab di dalam hati. Dia kekal disitu sehingga hilang kelibat kereta-kereta keluarga bakal mentuanya.













Hanani membuang keluhan berat. Pisau diletakkan diatas papan pemotong. Takut mencederakan orang lain nanti. Tak pasal-pasal jadi kerja lain.

"Mak Ngah tak nampak ke apa yang saya buat ni? Tak nampak atau buat-buat tak nampak?" sindir Hanani bersama jelingan.

KAHFI ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang