D-13

7.8K 319 4
                                        

"Kau percaya tak kalau aku cakap aku dapat rasa yang kau perlukan pertolongan aku?" Nadim menoleh memandang Hanani yang terdiam itu.

Mendengar itu, Farrel tergelak. "That's so funny, Nadim Kahfi."

Tetapi lain pula jadinya apabila Nadim memberikan jelingan tajam pada Farrel. Terdiam terus lelaki itu daripada gelak besar. Dia pandang ke arah lain. Buat-buat tidak tahu pandangan tajam milik Nadim.

Kena lagi! Haih!

"Awak bergurau apa ni? Kebetulan aje kot. Awak datang sini kan sebab nak jumpa Haq." Hanani gelak kecil. Tak percaya dengan apa yang Nadim katakan.

Memanglah dia ada seru dan minta pertolongan Nadim tadi. Tetapi dia cuma cakap dalam hati sahaja. Kan pelik tu kalau Nadim boleh dapat dengar isi hati dia.

Nadim tidak memberi respon. Hanya wajah dinginnya dan riak kosong sahaja yang terhias diwajahnya. Dia memandang Hanani lama.

Wajah Hanani yang berseri dan bersih daripada sebarang calitan alat solek. Wajah yang sering bermain-main difikirkannya sejak dua menjak ini. Patutlah Khalaf boleh gila kerana kehilangan Hanani. Baru dia faham.

"Eh, Nadim. Jangan pandang lama-lama. Takut kecundang nanti. Sabar, lagi beberapa hari je lagi nak halal. Tahan sekejap." celah Farrel tiba-tiba.

Mereka berdua tersedar apabila ditegur Farrel. Mereka serentak mengalihkan pandangan. Nadim dengan telinganya yang merah dan Hanani dengan mukanya yang bertukar merah tajam. Malu!

"Aku dengan Farrel balik dulu. Takut nanti Haq nampak aku ada dekat sini." Nadim dan Farrel pamit diri.

Hanani sekadar angguk kepala, tidak menjawab. Tidak pula dia memandang wajah kedua-dua lelaki itu. Masih lagi malu dengan perkara yang terjadi tadi.

"Just ring me if you need me. Don't be afraid of me." pesan Nadim tegas sebelum menghilang bersama Farrel. Bunyi enjin motor besar mereka semakin hilang dipendengarannya menandakan mereka semakin jauh daripada kawasan rumah Encik Eskandar dan Puan Alyah.

Tak lama itu, mama dan ayah pulang daripada berjumpa dengan bakal besan mereka. Bakal mentua Hariz. Diikuti motor-motor besar milik abang-abangnya dibelakang yang baru sahaja pulang.

Hanya dia sahaja yang tidak ikut serta disebabkan dia mahu menyiapkan hantaran untuk pihak pengantin lelaki. Tidak menyusahkan kerana dia ada pengalaman dalam mengubah hantaran.

Nak-nak lagi, dia juga antara yang menggubah hantaran bagi Hariz dan Haq yang juga tak lama lagi mahu mendirikan rumah tangga. Hanya Haidar seorang sahaja yang masih mencari.

"What are you doing here, princessa?" soal Hariz yang baru sahaja turun daripada motornya bersama helmet dipegangan.

"Oh, er tak. Tadi... erm, tak ada apa lah. Saja duduk luar makan angin sekejap." gagap Hanani mahu menerangkan pada Hariz.

Lagi buat dia takut apabila Haq dan Haidar turut memandangnya curiga. Mereka berdua sudahlah pandai meneka.

Takkanlah dia mahu bagitahu yang Khalaf ada buat something pada dia dan Nadim ada datang ke sini? Mahu disoalnya sampai ke malam tak sudah semata-mata nak kan jawapan.

"Sejak bila pandai menipu?" sinis Haq menyoal.

Ha, kan! Sudah ku bilang....

"Kau takut dengan Khalaf kan?"

Tepat! Abang-abangnya memang pandai meneka.

"Dia mesti ada buat something, kan? Aku dah agak! Nak kena jantan ni!"

Tak tunggu lama, Haidar berlari mencari Khalaf di dalam rumah. Mukanya merah padam. Dia sentuh princess aku?!

"Kenapa Haidar ni? Kenapa cari suami Qaira?" soal Qaira apabila lihat wajah bengis Haidar dan terjerit-jerit memanggil nama Khalaf.

"Kau diam! Aku tak cari kau. Aku cari suami kau! Dasar jantan tak guna!"

Belum sempat Hanani mahu menghalang, Haidar sudah menghilang. Dia mengeluh berat.

"Sebab inilah Hanani tak nak bagitahu kau orang."

Hariz dan Haq pandang satu sama lain. Mereka senyum sinis. "Jangan risau, Haidar tak akan buat lebih-lebih. Paling-paling pun..."

"Masuk hospital?"


















"Welcome back, Ir Al-Farrel."

Farrel senyum nipis. Dia angguk sedikit sebelum mengambil tempatnya disebelah Noah Ev. Urgh! Habislah dia selepas ini dia kena layan perangai bodoh mereka bertiga.

Ingatkan dia boleh duduk lama dekat Rom. Tapi tiba-tiba dipanggil balik oleh Tengku Zaheen Leo. Terpaksalah dia balik juga. Kalau tidak, memang selamanya dia dekat Rom. Tak disuruh balik pun tak apa. Dia lagi suka.

"Uyoo! Ace dah balik! Piwit! Piwit!"

"Senyum, Farrel! Nak tangkap gambar buat kenangan!"

"Kau balik naik apa, Farrel? Agaknya naik unta cepat sampai tak ya? Teringin juga nak naik unta."

Ha, itu kan! Baru duduk sekejap, rasa macam dekat zoo! Sini nak cakap, sana nak cakap. Nak pecah kepala! Banyak betul mulutnya.

"Kalau sehari tak berbunyi tak boleh ke?"

Mereka bertiga terdiam seketika. Bebola mata bergerak ke kiri dan ke kanan. Er, nak kena buat apa ni ya?

"Tak boleh, Zaheen. Allah dah bagi kita orang mulut. Jadi, kita orang kena gunakan sebaiknya." jawab Cole Nash selamba. Malah, mendapat sokongan daripada kedua-dua bala yang lain.

Tengku Zaheen Leo menjeling tajam mereka bertiga. Menjawab! Nanti marah sikit, mencebik! Marah sikit, mengadu!

"Kau pun ada mulut kan? Tak bisu lagi kan? Jadinya, kau kena banyak bercakap macam kita orang. Bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi." tambah Aayan Dennis lagi.

"Ha, dalam Al-Quran pun ada sebut, 'Nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?'." tak putus ada beri hujah, Noah Ev pula menambah.

Sementara itu, Nadim dan Farrel sekadar diam, tidak masuk campur. Karang nanti mereka yang kena sembur, susahlah juga. Bala-bala tu bukan kaleng-kaleng mulutnya.

"Tapi Nabi cakap, kalau tak ada benda baik yang nak dicakapkan, baik diam." celah Farrel tiba-tiba. Dia hanya menunduk memandang skrin telefonnya. Tidak menghiraukan mata-mata yang memandangnya terkebil-kebil.

"Aku bangga dengan kau. Kau dah besar dah, Ir Al-Farrel." Tengku Zaheen Leo dan Nadim pandang satu sama lain. Tak sia-sia mereka hantar Farrel ke Rom. Biar terbuka luas minda sempit dia.

"Eleh! Semua nak menang!"

"Ambil lah sana!"

"Ambil!"

Tengku Zaheen Leo, Nadim dan Farrel memandang jelek kepada ketiga-tiga bala itu. Buruknya muka kalau merajuk. Sejak bila dia orang reti merajuk ni?

"Tak payah nak merajuk bagai. Geli aku tengok." Tengku Zaheen Leo menjeling ketiga-tiga bala itu.

Mereka bertiga mencebik. Payah nak dengor cakap orang tua dingin macam ni. Semua nak ikut kepala dia je. Siku kang! Ha, siku kita tajam tau!

"Kau dah tahu kan kerja kau dekat sini?"

Farrel angkat kepala apabila dirinya disoal Tengku Zaheen Leo. Wajah dingin lelaki itu dia pandang dengan kerutan dahi. Wajah tenang Nadim turut dipandang lama.

"Kerja apa?"

Tengku Zaheen Leo dan Nadim pandang satu sama lain. Menyampaikan isi tersirat mereka.

"Jagakan Hanani."

Farrel angkat kening tinggi. "Siapa Hanani?"

Dia pandang kedua-dua jejaka itu lama. Sebelum dia sendiri mengerti. Dia angguk kepala berkali-kali sambil tergelak lucu.

That little girl, huh?

"Oh, perempuan tadi tu ke?"















KAHFI ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang