D-9

3.9K 190 1
                                    

"Pergi mana?"

Langkah Hanani yang mahu memijak anak tangga itu terhenti apabila diserang dengan soalan. Keningnya terjongket sebelah tatkala semua ahli keluarganya disitu. Termasuklah saudara-maranya dan... Qaira. Apa mereka buat dekat sini?

"Pergi jumpa penjilat." selamba Hanani bertutur.

"Siapa penjilat?" Hanani berdecit mendengar soalan itu daripada abang sulungnya.

"Siapa lagi kalau bukan Khalaf?" Hanani memandang sinis Qaira yang jelas kelihatan terkejut.

Mestilah terkejut sebab dia jumpa 'boyfriend' perempuan tu.

"Kenapa tak bagitahu kita orang? Siapa benarkan princess pergi seorang diri? Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?" marah Hariz tidak suka dengan tindakan adiknya.

Hanani menggulingkan matanya.

"Bukannya aku pergi seorang diri pun. Itu ha, dia ada temankan aku. Ayah dengan mama pun tahu. Janganlah paranoid sangat." mulut dijuihkan pada pintu utama.

Terangkat kening mereka tatkala muncul seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi menutupi matanya. Saat lelaki itu angkat kepala, mereka serentak ternganga.

"Surprise?"

Hanani senyum senget. "Aku yang ajak dia. Kenapa? Ada masalah ke?"

"Kau dah boleh terima dia?" Hariz dan Haq pandang tak percaya. How fast

"Pernah ke aku cakap aku tak terima dia?"

Oh my Allah! Hanani dah jadi slayy!

"Kau berapa kali nak putus tunang ni? Tak payah kahwin lah macam tu. Menyusahkan mak bapak kau nak keluarkan duit aje!" sinis Mak Ngah menyindir anak buahnya. Malah, disokong anaknya disebelah.

"Ngah, dah tak ada jodoh lah tu. Alyah yakin kali ni betul-betul jadi."

Mak Ngah menggulingkan matanya. "Kalau tak jadi, bagi sahaja budak tu dekat anak aku."

"Mana boleh, Mak Ngah! Kawan Haq tu bukannya nak dekat anak Mak Ngah." cemberut terus wajah anak Mak Ngah yang dikenali sebagai Hani.

"Biadap kamu ya, Haq!"

"Mak Ngah yang ajar saya untuk jadi biadap dengan Mak Ngah. Jadi, jangan nak salahkan saya." Haq menjawab tak kurang sinisnya juga.

"Apa dah tak cukup anak Mak Ngah, si Qaira tu jadi perampas tunang saya? Ini nak ajar si Hani tu pula nak rampas bakal suami saya? Apa dah tak ada orang lain ke, Mak Ngah?" ingat selepas apa yang dah terjadi, dia nak berdiam diri?

"Hanani..." meleret suara Encik Eskandar memanggil anaknya. Kepala digelengkan.

"Ayah... Sampai bila Hanani nak kena mengalah dengan dia orang? Apa ingat mama adik Mak Ngah, Mak Ngah senang-senang nak aniaya kita? Jangan bagi dia orang pijak kepala kita ma, yah."

Penat kadang-kadang nak bertengkar dengan keluarga Mak Ngah. Mulut Mak Ngah ni boleh tahan longkang juga. Tak mungkin mama yang lemah lembut boleh lawan Mak Ngah yang busuk hati ni.

"Tak apa, Hanani. Ayah kan dah pesan, kalau orang buat kita, kita jangan buat orang." tegur Encik Eskandar lembut.

"Ayah...."

"Cukup, Hanani. Mama dengan ayah dah tak nak dengar apa-apa lagi."

Hanani mendengus kasar. Terpaksa dia mengalah lagi. Kalau bukan disebabkan mama dengan ayah, dah lama rasanya mereka bertengkar tak ke sudah.

"Terima kasih, Nadim sebab tolong temankan Hanani ni." Encik Eskandar senyum pada bakal menantunya.

"Tak ada apalah, Pakcik. Kalau ada apa-apa bantuan, minta je tolong saya. Lagi pula saya tak buat apa pun dekat rumah."

Encik Eskandar dan Puan Alyah sekadar angguk kepala. Ringan tulang anak muda ini. Patutlah muda-muda lagi sudah mendapat pangkat 'Mejar'.

"Jangan balik dulu ya? Tunggu makan tengah hari. Biar makcik dengan Hanani siapkan dulu."

"Tak apalah, makcik. Saya dah nak balik ni pun. Haq macam dah menghalau saya aje." mata menjeling Haq yang dari tadi merenung dirinya tajam.

"Biarkan saja Haq tu. Tak apa, sekejap aje. Makcik dengan Hanani pergi siapkan dulu. Jom, Hanani." tangan Hanani ditarik oleh Puan Alyah masuk ke dapur.

Hilang kelibat Puan Alyah dan Hanani, Nadim sekali lagi mengerling Haq yang duduk dihadapannya. Mulut Haq bergerak-gerak mengatakan sesuatu.

"I need an explaination from you, Nadim Kahfi."

Nadim sekadar menjongketkan bahunya sebagai balasan.















Sedang menyediakan makan tengah hari, Hanani sempat mengomel sendiri. Timun segar yang perlu dipotong itu dia potong secara kasar. Sedang membayangkan timun itu lengan Mak Ngah. Biar dia kerat-kerat lengan Mak Ngah.

"Asyik-asyik aku aje yang kena mengalah. Yang dia tu tak sedar ke dia dah tua? Nak mampus pun masih nak cari pasal. Punyalah banyak lelaki lain dekat luar sana, dia punya juga nak dicaras. Nasib aje kau tu mak cik aku! Kalau tidak aku cincang-cincang kau buat daging kenduri."

Habis timun itu rosak dikerjakannya. Geram punya pasal, kasihan sayur jadi mangsa kemarahannya.

"Ya Allah, Hanani! Timun tu kan nak dibuat makan. Kenapa dibuatnya macam tu timunnya?" tangan Hanani dipukul.

Hanani tarik tangannya lalu memuncungkan mulutnya. Tangan yang terasa sakit dipukul itu diusap lembut. "Hanani geramlah, ma! Kenapa mama baik sangat dengan Mak Ngah tu? Dia kan banyak kali cari pasal dengan Hanani!" bentak Hanani sambil menghentakkan kakinya.

Puan Alyah menjeling anaknya. "Yang kamu tu suka menjawab dah kenapa? Ha, tak cari pasal tu namanya?"

"Ma! Hanani tak buat apa pun dengan Mak Ngah tu! Dia yang mula dulu. Dah tu, takkanlah Hanani nak duduk diam biar dia pijak kepala Hanani, ma."  tak putus asa, Hanani ceritakan pada mamanya.

"Kalau Hanani diam, diamlah Mak Ngah tu. Hanani pun tau kan perangai dia macam mana?"

"Sebab perangai dia macam itu lah kita kena basuh sikit otak Mak Ngah tu, ma. Kalau tak, makin ramainya dia cari pasal. Ada saja yang tak kena dekat mata dia tu. Kali ni pula apa? Sengaja buat cerita, lepas tu kahwinkan si Hani tu dengan Nadim?" langkah Puan Alyah yang ke sana sini untuk menyediakan makan tengah hari itu diekori.

"Ma, Hanani dah serik tau. Kalau kali ni Hanani dengan Nadim tak jadi juga, sampai ke tua lah Hanani tak nak kahwin." merajuk dengan mama sebab mama tak pernah setuju dengan apa yang dia buat dan cakap. Semua nak betulkan saja apa yang Mak Ngah buat dan cakap.

Habis itu, Hanani ni bukan anak mama ke? Lebihkan sangat si Mak Ngah dengan anak-anak dia tu. Siapa sebenarnya anak mama?

Perbuatan Puan Alyah yang mahu membasuh pinggan itu terhenti. Pili air ditutup dan memusingkan badannya menghadap Hanani yang sudah merajuk.

"Kalau dah jodoh, ujian sebesar mana pun pasti akan bersama juga. Hanani diam sajalah. Tak payah melawan Mak Ngah. Lagi Hanani melayan, makin menjadi-jadi perangainya." pujuk Puan Alyah, lembut saja suaranya.

Tangan didepakan. Hanani angkat kening melihat perlakuan mamanya itu. Tak lama itu dia faham. Tersebik-sebik dibuatnya. Lantas dia memeluk mamanya erat. Menangis deras dibahu mamanya.

Puan Alyah mengusap belakang Hanani. Menenangkan anaknya. Sebenarnya Hanani ni memang seorang yang penyabar. Tapi disebabkan dia selalu dicabar dan diprovok, memang hanginlah anak daranya ini. Lagi-lagi yang bermulut longkang. Ada saja tak puas hati dengan anak daranya.

Entah, dia pun tidak tahu kenapa.

"Sudahlah, jangan menangis lagi. Hanani sabar je, ya? Anak mama kan kuat dan penyabar. Tak rugi pun kalau kita diam dan sabar. Itu kan memang sifat Nabi kita."

Hanani angguk saja kepala. Kenapalah dia tak boleh mewarisi kesabaran mama dan ayah? Tak adalah dia asyik melenting saja tak tentu pasal.







KAHFI ✔️Where stories live. Discover now