"Ingat pesan cikgu tadi,"
Eden angguk kepalanya. "Cikgu jangan risau. Eden akan pastikan yang lepas ni papa dah tak ganggu cikgu lagi."
Hanani senyum. Tangannya naik mengelus rambut lebat anak kecil itu. Bunyi hon kereta membuatkan mereka berdua berpaling. Satu kereta mercedez berwarna putih betul-betul berhenti dihadapan pintu pagar pusat asuhan. Tahulah Hanani yang itu kereta milik siapa.
Dia mula menjulingkan mata ke atas. Baru sebut, dah sampai pun. Melihat lelaki berkarisma berjalan mendekati mereka, dia berpaling. Kelihatan ada beberapa anak kecil lagi yang belum pulang.
Sempatlah dia tunggu sebentar sementara tunggu Haidar sampai untuk mengambilnya pulang. Haidar pun memang jenis yang janji melayu.
"Assalamualaikum,"
Hanani sekadar jawab tangan hati. Tidak pula dia memandang lelaki itu yang pasti sedang menahan teruja melihat dirinya sudah kembali bekerja.
"Nice to meet you after a long time..." ujar lelaki itu penuh dengan lemah lembut. Membuatkan Hanani geli tekak.
Pft... Tolonglah, dia kalau sekali tak suka memang selama tak akan suka. Kau lembut macam mana, memang tak sesuai yang Hanani yang dingin dan keras kepala ni.
"Pa, cikgu cakap jangan ganggu dia lagi." celah Eden tiba-tiba. Wajah kosong anak kecil itu memandang papanya yang tinggi melangit.
Tinggi lagi Nadim....
Lelaki itu memandang anaknya seketika, sebelum memandang Hanani kembali dengan muka yang hairan. Meminta penjelasan daripada Hanani.
"Tapi kenapa? Saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Eden pun perlukan mama dan orang yang paling sesuai adalah awak."
Mendengar itu membuatkan Hanani tergelak dalam hati. Dia cuba tahan daripada mengeluarkan senyuman dan gelak sinisnya. Dia cuba untuk beriak biasa.
"Awak sedar tak apa yang awak cakapkan tu? Eden perlukan mama? Seriously?" Hanani geleng kepala. Memang gila agaknya!
"Exactly! Awak tak kasihankan Eden ke? Dia perlukan kasih sayang mama sepanjang dia membesar."
"Habis tu, anak-anak lain yang tak ada ibu? Saya perlu kahwin dengan ayah mereka untuk jadi ibu mereka ke?" balas Hanani mendatar. Riak wajahnya bertukar dingin. Pegangan tangan Eden dilepaskan.
Papa Eden jelas terkedu dengan balasan Hanani. Mungkin tak sangka yang Hanani selama ini nampak lembut dan sopan santun akan membalas dengan kata sinisan.
"Saya bukan lebihkan Eden sebab awak orang istimewa atau apa. Saya layan semua anak-anak sama rata, saya sayang mereka semua sama rata. Tak ada kurang, tak ada lebih. Tapi itu bukan menjadi sebab untuk awak ambil kesempatan. Sebelum awak cakap, sebelum awak katakan pada saya tentang hajat awak, ada awak fikir perasaan isteri-isteri awak dekat rumah tu?" ujar Hanani dengan dahi yang berkerut.
"Eden perlukan kasih sayang mama? Saya lebih sesuai? Habis tu isteri-isteri awak dekat rumah tu siapa? Orang gaji awak? Pengasuh Eden?" soal Hanani bermacam-macam soalan. Mematahkan semangat lelaki itu untuk membalas dengan yakin.
Biar lelaki itu sedar tentang tanggungjawab dia pada isteri-isteri dia di rumah. Mahu kahwin lagi, kononnya sudah bercerai, isteri meninggal. Tapi dekat rumah itu siapa? Anak patung? Yang perasaan mereka hanya boleh dibuat main begitu sahaja?
Mana dia tahu? Kalau bukan disebabkan Eden bercerita pada dia, mungkin dia sudah lama jatuh kasihan pada lelai dan anak kecil itu. Tahu-tahu berkahwin dengan lelaki itu. Tidak dapatlah dia merasa suami yang kerjanya seperti abangnya, Haq.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romansa2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...