D-43

6.3K 289 13
                                        

Khalaf menarik kerusi untuk Qaira duduk. Senyumannya tak lekang daripada bibir. Perkara itu mengundang keluhan daripada Qaira.

"Tak apa, saya boleh tarik sendirilah. Tak payah susahkan diri awak untuk saya. Nanti sampai bila-bila saya tak reti nak buat sendiri."

"Tak apa, saya yang nak bersusah dengan awak."

Qaira mengerutkan dahinya. Memandang Khalaf dengan wajah garangnya. "Kita dah berbincang pasal ni, kan? Lepas je anak yang saya kandungkan ni lahir, kita cerai."

Khalaf terdiam. Hatinya bagai dihiris dan disiat-siat dengan kejam. Tak pernah sekali pun dia bersetuju untuk bercerai dengan Qaira. Hatinya sudah dapat terima kehadiran Qaira sebagai isterinya.

Tetapi belum sempat dia membahagiakan Qaira, Qaira kembali dengan surat penceraian ditangan lalu diserahkan kepada dia. Betapa remuknya hati dia tika itu. Hanya Allah saja yang tahu.

Tidak mahu melayan perasaan sedihnya, Khalaf senyum. Berpura-pura tidak terkesan dengan perkataan cerai yang keluar daripada mulut isterinya.

"Awak nak makan apa? Ada ayam goreng, sotong goreng tepung, kailan ikan masin. Kegemaran awak kan?"

Qaira geleng kepala. Dia palingkan wajah ke tempat lain. "Saya tak naklah. Nak makan lain."

Khalaf diam seketika.

"Nak makan apa? Saya boleh masakkan."

"Kan saya dah kata saya tak nak makan apa yang awak masak. Apa susah sangat nak faham ni?"

Buat sekian kalinya, hati Khalaf bagai dicarik-carik sehingga tiada lagi bentuk yang sempurna. Khalaf cuba bersabar. Nak dapatkan hati Qaira memang susah. Tak apa, untuk kebahagiaan rumah tangga mereka juga.

Khalaf senyum. "Awak nak makan apa? Saya belikan."

Qaira langsung menjeling. Dia bangun daripada kerusi lalu berjalan pergi meninggalkan Khalaf yang terpinga-pinga.

Bukan, dia cuma tak suka Khalaf layan dia sebaik ini. Kenapa? Kenapa pada waktu dia sudah serahkan borang penceraian, Khalaf baru terhegeh-hegeh nak ambil hati dia kembali?

Kenapa tidak dari dulu? Kenapa sekarang? Kenapa buat semua ini pada masa dia sudah mula tawar hati?

"Qaira..."

"Ikut macam apa yang kita dah bincangkan." Qaira berhentikan langkahnya. Hanya berdiri membelakangkan Khalaf.

"Tolong... Lepaskan saya. Berikan saya kebebasan. Berikan saya kebebasan untuk saya mencari sendiri kebahagiaan yang sebenar."

Masing-masing diam membisu.

"Bagi saya peluang? Kali ni sahaja. Saya janji, demi Allah saya akan berubah." bersungguh-sungguh Khalaf berkata.

"Peluang apa lagi? Untuk apa? Berapa banyak lagi peluang yang perlu saya bagi? Sepuluh? Seratus? Atau seribu?"

Qaira tertawa sinis. Walaupun Khalaf tidak nampak wajah Qaira tika itu, dia tahu macam mana wajah itu menunjukkan riak sinisnya. Dia juga tahu ketika mereka berbual tentang ini, hati Qaira benar-benar rapuh dan kecewa. Sakit bukan main kepalang. Tetapi wanita itu tetap teguh dan utuh. Tidak mahu lagi menunjukkan kelemahan dirinya.

"Saya dah muak lah, Khalaf. Dah muak dengan janji-janji yang awak bagi. Semua palsu! Selama saya jadi isteri awak, tak pernah sekali pun awak hargai saya. Awak sibuk sangat kejarkan Hanani padahal dia dah bersuami, dan hakikatnya suami dia terlalu sayangkan dia! Awak tak malu ke terhegeh-hegeh isteri orang? Mana saya nak letak muka saya, Khalaf? Apa saya nak jawab kalau orang tanya kenapa suami saya tergila-gilakan isteri orang lain?"

KAHFI ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang