"Kaiser anak yang baik, jangan nangis-nangis. Nenek ada dekat sini."
Umi sungguh-sungguh memujuk Kaiser daripada terus menangis. Sejak pagi tadi, tahu-tahu saja yang maknya keluar. Sekejap tidur, sekejap meragam. Memang tak boleh duduk diam. Tinggal setengah jam, nanti menangis lagi. Memang anak mak sangat. Muka si kecil ini, memang mengingatkan dia pada anaknya, Khalaf. Sebijik, dari alis mata hingga ke mulut. Teringat Khalaf kecil-kecil dulu, menggamit kenangan sungguh.
"Assalamualaikum, umi."
"Waalaikumussalam, Hanani.... Sihat dekat sana?"
"Sihat sangat, umi. Apa pula tak sihat. Budak gemuk kecil ni pun semangat je."
Umi gelak sambil gelengkan kepala. Tahulah dia siapa budak kecil gemuk yang dikatakan itu. Cucunya yang kedua itulah. Sebulan selepas Qaira habis pantang, Hanani pula yang bersalin. Tetapi menantunya itu bersalin tanpa suami di sisi.
Entah sampai sekarang tiada langsung berita tentang anaknya, Nadim. Entah selamat atau tidak, entah hidup atau tidak. Umi cuma boleh berdoa dan tawakal sahaja. Semoga Nadim hidup baik-baik saja diluar sana. Boleh kembali dengan selamat.
Selama Hanani berpantang, tiada sesiapa pun yang menyebut tentang Nadim. Fahamlah mahu menjaga emosi ibu yang sedang berpantang. Perempuan yang sedang berpantang sangatlah penting untuk menjaga emosinya. Semua orang faham yang satu itu.
"Qaira tak balik lagi umi? Hanani dengar suara Kaiser merengek tu."
"Belum, Qaira belum balik. Sekejap lagi baliklah tu. Kaiser ni biasalah, tak boleh ditinggal lama-lama. Dia tahu yang maknya tak ada, mulalah dia meragam." terang umi tenang, biarpun sedang memujuk Kaiser yang masih merengek dalam dukungannya itu.
"Sini Kaiser ni, biar Khai yang jaga."
Muncul Khai yang datang entah dari mana terus mengambil Kaiser daripada dukungan umi. Memujuk si kecil itu daripada terus merengek mencari ibunya.
Umi sekadar melihat dari jauh Khai yang memujuk si kecil itu. Ditepuk perlahan dan didodoikan seperti mana seorang bapa selalu buat. Tidak pelik bagi dia yang bergelar umi. Kadang kala Khai memang ada sisi tenang dia. Tak adalah dia risau tentang jodoh anaknya seorang ini nanti.
"Hanani okey dekat sana? Semua cukup?"
Umi berdiri agak jauh dari Khai. Tidak mahu mengganggu Khai yang sedang bermain dengan Kaiser.
"Okey, umi. Janganlah risau. Mama dengan abah ada dengan Hanani. Abang-abang pun ada dengan Hanani dekat sini boleh jaga Hanani."
"Umi risaukan Hanani. Hanani dah jadi tanggungjawab umi masa ketiadaan Nadim ni."
Umi baru tersedar sesuatu. Lantas dia menepuk mulutnya yang tersasul cakap benda yang tak sepatutnya.
"Hanani, umi..."
"Tak apa, umi. Hanani dah redha. Kalau betul Nadim akan balik, Hanani orang yang paling bersyukur. Tak sabar nak bagitahu si gemuk kecil tu yang ayah dia dah balik. Kalau sebaliknya, tak apa. Hanani terima. Tetapi Hanani tetap akan tunggu. Tak kira berapa lama yang Hanani dengan si kecil perlu tunggu, Hanani tak kisah. Umi jangan risau okey?"
"Umi juga yang ajar Hanani untuk redhakan segalanya, kan?"
Air mata umi perlahan mula mengalir. Jagakan mereka untuk aku, Ya Allah. Hanya engkau tempat aku mengadu dan memohon pertolongan.
"Umi janganlah menangis. Umi kena jadi sumber kekuatan dan semangat Hanani. Kalau umi sedih, Hanani pun sedih. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga."
Umi makin tidak dapat membendung rasa sedihnya. Kuatnya hati menantu dia yang seorang ini.
11 Januari 2024,

ANDA SEDANG MEMBACA
KAHFI ✔️
Romantik2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...