Hanani duduk termenung dijendela. Memikirkan kembali apa yang Haq katakan pada dia petang tadi. Sangkanya selepas putus dengan Khalaf, dia sudah tidak ada kena mengena dengan keluarga itu.
Tapi kenapa... Argh! Penatlah macam ni!
"Tempoh hari Nadim ada datang sini kan?" Hanani sekadar angguk kepala.
"Dia ada cakap dengan aku yang dia nak jadi adik ipar aku."
Hanani angkat kening sebelah. Okey... Jadinya? Apa kena mengena dengan dia? Nak jadi, jadi sahajalah. Kenapa pun?
"Okey, lepas tu? Kenapa pun? Apa kena mengena dengan Hanani? Biarlah dia nak jadi adik ipar kau pun."
Halah adik ipar je... Wait, what?! Adik ipar?!
Nadim lelaki. Dalam keluarga ni, ada dua orang je perempuan. Mama dan... aku sendiri. A—aku ke yang Haq maksudkan?
Hanani gelak. Membuatkan Haq kerut dahi. "Kau bergurau je kan. Aku je seorang dalam adik beradik kita. Bukan aku kan?" cuba sedapkan hati sendiri.
"Nope. Aku serius. Mama pun dah tahu."
Hanani buat muka tak percaya. Dia membuang keluhan kasar. "Hanani tak nak. Hanani dah serik."
Haq letak tangan kanan diatas bahu adiknya. "I know him well, princess. Dia bukan macam Khalaf. Trust me. Mama tahu, ayah tahu, Hariz tahu, Haidar pun tahu yang Nadim tu bukan macam Khalaf."
"Tapi dia orang still adik beradik kan?"
Haq gelak kecil. "Memang adik beradik, tapi tak semestinya perangai mesti sama."
Hanani menayangkan muka muram. "Hanani takut nak beri kepercayaan Hanani pada orang lain lagi. Hanani tak nak pisang berbuah dua kali."
"Aku janji. Perkara ni tak akan berulang lagi. Aku, Hariz dan Haidar akan pastikan princess kita orang ni tak akan rasa benda yang sama lagi."
Hanani buang keluhan berat. Kenapa semuanya masih berkait? Apa yang dia perlu buat? Terima begitu sahaja? Atau tolak pinangan itu?
"Haq, kalau aku nak kahwin dengan adik kau, kau sudi tak terima aku jadi adik ipar kau?"
Nadim membuka matanya luar. Teringat kembali apa yang dia cakap pada Haq tempoh hari. Betul ke keputusan aku? Nak ke Hanani tu jadi isteri aku? Cukup sediakah aku untuk membimbing dia ke syurga bersama-sama?
Dia cuba memejam mata kembali. Turut menukar posisi tidurnya. Tetapi masih gagal mahu melelapkan mata. Wajah Hanani masih terngiang-ngiang didalam kepalanya.
Ke... kenapa dengan aku? Aku terlalu obses dengan Hanani ke?
Akhirnya, Nadim tewas. Dia bangun daripada baringnya lalu menghadap meja solek. Dia mendengus kasar. Wajahnya yang kelihatan serabut itu ditilik.
Kau memang gila, Nadim. Gila!
"Aik? Tadi elok-elok tidur, dah kenapa terbangun pula kau ni?"
Nadim menoleh ke tepi. Melihat Khai dan Khalaf yang masih celik matanya sedang bermain permainan video didalam bilik itu. Mereka bertiga terpaksa kongsi bilik. Disebabkan atuk malas nak kemas bilik yang lain, dia suruh kami bertiga guna bilik ini. Mujurlah mewah sedikit.
Yang dia orang berdua tu, sejak bila ngam balik?
Matanya menikam tajam kedua-dua adiknya itu. "Yang kau orang masih celik mata kenapa? Dah tak reti nak tidur?"
Khalaf dan Khai sama-sama buat muka. "Kau yang tidur awal sangat. Sekarang baru pukul 1 pagi."
"Entahnya kau ni. Sejak bila kau tidur awal? Pelik, tapi hairan. Tak pernah-pernah. Ke kau tengah mengigau ni?"
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...