"Nak tak nak, kita kena bawa dia balik kampung juga, umi. Sampai bila kita nak sembunyikan daripada Khai? Khai berhak tahu, umi."
Datin Maya sekadar mendengar kata anaknya. Tiada niat pun mahu mencelah.
"Nadim dah tak sanggup nak tengok dia macam tu, umi. Nadim nak adik Nadim balik. Nadim nak Khai yang ceria balik. Walaupun perangai Khai bodoh-bodoh, tapi Nadim sayang dia, umi. Nadim sayang semua adik-adik Nadim. Umi tolonglah, umi. Tolonglah cakap dengan babah." pertama kali Nadim merayu untuk adiknya.
Dia yakin sangat kalau Khai dibawa balik ke kampung, Khai akan jadi seperti biasa semua. Dia tersangatlah yakin. Seratus peratus yakin!
"Nantilah umi cakap dengan babah. Biar babah yang beri kata putus. Kalau boleh, kita pergi esok, kalau tidak tunggulah bila-bila babah free." Datin Maya beri kata akhir. Buatkan Nadim tidak puas hati dan membuang keluhan perlahan.
"Umi, kalau babah tak free tak apa. Biar Nadim sendiri yang bawa Khai pergi sana. Tak payah susahkan umi babah. Nadim boleh, Nadim tengah cuti." Nadim masih lagi merayu untuk adiknya. Dia dah tak sanggup untuk menipu lagi.
"Tak boleh buat keputusan sendiri, Nadim. Babah memang tak akan izinkan. Baik tunggu keputusan babah sahaja. Tak timbul masalah nanti."
Nak tak nak, Nadim terpaksa akur dengan arahan Datin Maya. Mungkin ada kebaikannya. Tak apalah, dia akan menunggu keputusan babah nanti. Harapnyalah babah boleh beri kerjasama.
Matanya terpejam rapat tetapi tidak pula dibuai lena. Hanya sekadar merehatkan diri sementara masih dalam perjalanan ke kampung. Lagi beberapa dan dan beberapa kilometer sahaja sebelum sampai.
Khai masih tidak tahu. Dia masih dalam mood sedih dan murungnya lagi. Juga masih berperang dingin dengan Khalaf. Entah macam mana lagi dia mahu buat supaya dua beradik itu boleh rapat seperti biasa kembali. Umi dan babah pun sudah buntu. Tidak tahu macam mana caranya.
"Kita sebenarnya nak pergi mana?" Khai menyendeng ke arah Nadim. Berbisik perlahan di tepi telinga Nadim.
Nadim tidak pula membuka matanya. "Adalah. Kau tahulah nanti."
Khai terus tarik muncung. Tangannya memeluk tubuh. Hish! Itu pun nak berahsia. Kata kawan! Tak bentah melihat Nadim hanya tidur, Khai cuba mengacau lagi.
"Wey," panggil Khai perlahan.
"Hm," acuh tak acuh Nadim mahu melayan. Inilah sebabnya dia tidak mahu balik ke kampung dengan satu kereta. Tak aman tau kalau duduk sebelah Khai ni. Ada sahaja perangainya nak kacau orang.
"Hebat tak lakonan aku? Boleh masuk tv tak agaknya?"
Nadim menjeling sekilas sebelum menutup kembali matanya. "Kau suka-suka, mati budak tu nanti aku tak nak bertanggungjawab."
Khai mencebik. "Tak adanya mati. Aku buat slow aje pon. Tak gentle lah tewas awal. Paling-paling pun kena support kena mesin bantuan pernafasan."
Gila agaknya Khai ni. Tak serik-serik!
"Uwah, dah sampai ke ni?!" teruja tiba-tiba kereta sudah berhenti di satu rumah yang agak mewah tetapi masih menjaga tradisional nya. Macam kenal aje tempat ni.
"Eh, ini bukan ke...."
Khai langsung berlari keluar daripada kereta. Habis Nadim yang duduk ditepi pintu itu dilanggarnya. Nak-nak lagi semasa berlari hampir nak tersandung kerana tersepak batu.
Dasar batu! Yang duduk tengah jalan tu buat apa? Bagitahu umi!
"Ya Allah, engko ni! Aku rindu betullah!" entah siapa-siapa yang dipeluknya itu.
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...