"Buya! Umma!"
Nadim dan Hanani tersenyum bahagia saat melihat anak perempuannya seorang ini baru sahaja pulang daripada menamatkan zaman ijazahnya di negara Jordan sana. Akhirnya penat lelah yang selama ini mereka lihat berakhir dengan air mata kegembiraan milik Mahdeya sendiri.
"Tahniah, Mahdeya. Lepas ni menganggur ya?"
Terus muncung Mahdeya mendengar apa yang ummanya cakapkan. Alah umma ni, bagilah Mahdeya peluang nak rehat-rehat dekat rumah. Otak ni dah penat asyik menghafal sahaja. Full storage dah ni!
"Buya, umma ni asyik perli Deya je!" adu Mahdeya pada bapa kesayangannya.
Giliran Hanani pula muncung. Ha mulalah dia tu nak rampas kasih sayang suami kita. Baik duduk Jordan sana je! Aman sikit kita nak manja-manja dengan suami sendiri.
"Tak apalah, umma. Umma kawan dengan Hud je. Biarkan kakak tu menggedik dengan buya."
"Jangan Hud pula nak ambil kesempatan. Umma tu buya punya!"
Hud sekadar angkat bahunya. Lengan umma ditarik agar jalan bersamanya. Troli yang mengisikan ruang dengan beg bagasi milik kakaknya, Mahdeya itu ditolak bersama keluar dari airport.
Baik dia dating dengan umma daripada dating dengan girlfriend. Halal pun halal. Tak ada masalah pun. Walaupun akan menimbulkan sedikit fitnah kerana umma nya masih kelihatan awet muda, tetapi Hud sangat tidak kisah. Yang tahu saja tahu.
Itu konsepnya.
"Dimanakah kekanda Mahdeya seorang lagi, buya? Sejak tadi adinda tidak nampak batang hidungnya, mahu menampakkan bulu hidungnya di sini juga sangat susah sekali."
Nadim ketawa mengekek mendengar soalan anaknya, Mahdeya. Kelakar dengan intonasi suara anak perempuannya.
Alahai anaknda, ayahnda geli hati sekali mendengar ujaran anaknda. Lantas dia gelengkan kepalanya.
"Macam tak kenal adik kamu seorang tu."
Mahdeya anggukkan kepalanya. Ada betulnya juga ya.
"Macam mana nak jadi seorang komander kalau lembik macam ni! Baru angkat berat sikit dah tumbang! Lembik!" Haq menjerit kuat. Tangannya bercekak dipinggang. Bukan biasa-biasa kalau aura komander dia dah keluar. Kecut perut!
"Bangun! Bangun!"
"Kau orang yang minta nak jadi komander, jadi kau orang kena tanggung penat dan sakitnya. Bangun!"
Cepat-cepat dua orang lelaki itu bangun daripada melutut. Berdiri senang diri dihadapan antara pegawai tertinggi di dalam Angkatan Tentera Malaysia itu.
"Tuan,"
"Banyak alasan! Suka menjawab!"
Terus terdiam lelaki yang ingin bersuara itu. Haq langsung tidak beri dia peluang untuk berbicara.
"Bukan, tuan. Tapi..."
"Senyap!"
Puk! Belakang badan Haq dipukul kuat. Membuatkan Haq merintih kesakitan. Dia ingin marah. Tidak nampakkah dia sedang melatih dua orang lelaki dihadapannya ini? Berani-berani memukul tanpa kebenaran dia?
Lantas dia menoleh. Terus membulat matanya. Tidak jadi mahu marah.
"Senyap kepala hotak awak! Awak tak dengar ke saya panggil daripada tadi? Sibuk sangat melatih anak orang, bini sendiri panggil tak dengar pula! Masuk sekarang!"
Geram pula dia. Tak tahu ke dah masuk waktu maghrib ni? Dasar orang tua!
"Tapi..."
"Ha, menjawab! Tahu pula awak nak menjawab! Masuk sekarang!"
YOU ARE READING
KAHFI ✔️
Romance2022 Series Awas! Story terlalu rushing dan tidak best untuk dibaca! ... ❝𝙃𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧.❞ "Tak rasa jijik ke dah ludah nak jilat balik? Let me tell you, I'm Kahfi's. Better you stay away from me before m...