D-17

4K 206 3
                                    

OST: Berakhirlah Pencarianku by Hafiz Suip & Ernie Zakri


"Hanani memang anak yang manja. Apabila ditengking, hatinya akan mudah terasa. Dia dibesarkan dengan kasih sayang yang penuh dengan ketegasan daripada ayah, daripada mama dan daripada abang-abang dia. Ayah akan serahkan anak ayah pada kau, Nadim." Encik Eskandar menyapu air matanya. Manakala, Hariz, Haq dan Haidar diam-diam menahan sebak. Sedari tadi mereka hanya menunduk memandang karpet berbulu itu.

"Ayah tak minta lebih. Sayangilah dia, cintailah dia. Restui dia dimana pun dimana dia berada, apa pun yang ada didalam fikiran dia, sesiapa pun yang berada dalam hatinya. Jangan kasari dia. Ayah mohon, kalau kau sudah tidak mahu Hanani, pulangkan dia pada ayah. Ayah akan terima dia balik. Macam mana ayah beri dia pada kau, macam itu jugalah kau pulangkan dia pada ayah."

Sedar yang air mata mula mengalir, Hanani menunduk. Serta-merta memori dia bersama ayah, mama dan abang-abangnya dahulu bermain di kotak fikiran. Makin lebat air matanya jatuh. Mama disebelah turut menunduk menangis.

"Dia mungkin degil orangnya, tetapi dia penurut kata. Lagi-lagi pada suaminya nanti. Berlembutlah dengan dia, maka dia akan layani kamu selayaknya kamu sebagai seorang suami." Encik Eskandar mengeluarkan sapu tangannya dari dalam poket baju melayunya. Menyapu air mata, juga air di hidung yang hampir mengalir keluar.

"Sekali kamu sakiti dia, sampai bila-bila dia akan ingat dan simpan. Dia satu-satunya puteri ayah. Dari kecil ayah beri dia kesenangan. Apabila ayah serahkan dia pada kau, janganlah beri dia kesusahan. Ayah serahkan dia pada kau bukan untuk kau ajak dia bersusah dengan kau."













"Aku terima nikahnya Hanani Nur Islam binti Eskandar dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai."

Melihat saksi-saksi angguk kepala sudah membuatkan Nadim menghembus nafas lega. Alhamdulillah... Kedua-dua tangannya dibawa meraup wajahnya. Kini, Hanani sudah menjadi isterinya.

Lensa-lensa tidak berhenti menjalankan tugas mereka. Nadim menunaikan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu di satu tempat. Sementara itu, Khai membuat tugasnya. Bersama kamera ditangan, dia mengambil gambar dengan profesional.

Satu per satu gambar diambil dengan teliti. Gambar sewaktu Nadim bersujud syukur turut diambil gambarnya buat kenangan. Tidak ketinggalan gambar Hanani juga diambil.

Seusai itu menunaikan solat sunat, Nadim bergerak ke pelamin. Duduk disebelah Hanani yang tersipu malu apabila diusik. Jantung mereka berdegup kencang.

Nadim senyum manis menampakkan lesung pipitnya yang selama ini Hanani sendiri tidak sedar kehadiran lesung pipit itu. Dia merapatkan wajahnya ditepi telinga Hanani. Berbisik sesuatu yang tetamu sendiri tidak tahu. Sehingga membuatkan wajah Hanani bertukar merah padam.

Cincin disarungkan. Lensa-lensa kamera sekali lagi memancar ke arah mereka. Tidak ketinggalan dengan Khai yang turut sama seperti jurukamera yang lain. Bakatnya dalam menangkap gambar membuatkan Nadim bangga. Tidak susahlah dia mahu mencari jurukamera yang lain.

Ubun-ubun Hanani dicium lembut kemudiannya. Lama sehingga membuatkan dada Hanani terasa sebak. Aku dah kena duduk dengan suami ke? Dah tak boleh duduk dengan mama ayah?

"Smile, Hanan. Nanti orang ingat aku nak dera kau." bisik Nadim.

Hanani gelak kecil. Dia senyum melihat wajah kacak Nadim dalam sepersalinan baju melayu putih itu. Segenap wajah Nadim dilihatnya dengan teliti.

Tak pernah gagal buat jantung dia berdegup kencang.

"Handsome kan suami kau ni?" sempat Nadim memuji diri sendiri.


















KAHFI ✔️Where stories live. Discover now