D-21

4.1K 177 2
                                    

Nadim menyeluk tangan kirinya ke dalam saku seluarnya. Tangan kanannya pula memegang telefon yang ditekapkan ditelinga. Hujung bibirnya naik menyengih sinis. Mata tajam memerhatikan pemandangan dari balkoni biliknya yang menghadap tasik buatan.

"You did a great job,"

"Well, men. This is Lieutenant Eshaal Fauzan."

Nadim geleng kepala. Pantang dipuji melambung, pandai dia ambil kesempatan.

"Dah habis pertunjukan ke?"

"Dah, baru aje. Siap-siap nanti terus baliklah. Hari last kan. Buat apa nak stay lama-lama."

Betul juga. Dia pun sudah sedia maklum yang Eshaal bukan jenis yang suka stay tempat orang lama-lama. Memang tak reti penat dia ni. Sanggup ulang-alik walaupun jauh.

"Kau nak pergi esok kan? Pukul berapa?"

"Pukul 8 dah gerak. Agak-agak pukul 9 ke 10 sampailah."

"Pangkalan Subang?"

"Ya. Dekat mana lagi kalau bukan dekat situ. Kau dengan aku dah bertahun-tahun takkan lah tak ingat." Nadim menjeling. Seolah-olah Eshaal sedang berdiri dihadapannya. Kalau betul-betul ada, sudah lama rasanya dia sumbat kasut saiz 8.

"Der, tempat kau dengan aku lain. Kalau sama memanglah aku tahu. Aku ni memang pelupa, tapi belum bodoh lagi." suara Eshaal seakan-akan memerli.

"Esok aku datang hantar kau. Aku pun dah lama tak jumpa kau."

"Kau memang tak reti penat ke, Eshaal? Kau rehat sajalah dekat rumah. Macam tak biasa."

"Kira helok lah aku masih ingat dekat kau. Bukan macam yang seorang tu. Dihantarnya sampai ke Sandakan. Memang tak ada masa nak balik semenanjung."

Nadim menggaru keningnya. Cakap sikit, balasnya dengan membebel. Memang dah biasa kena macam ni.

"Iyalah. Suka hati kau lah. Kau semput ke apa, bukan tanggungjawab aku."

"Kau sindir aku?"

Nadim angkat bahu. "Terasa ke? Kau tu elok-elok sihat, ulang alik sana sini ha tak pasal-pasal sakit nanti."

"Mulut kau! Tak boleh elok sikit ke, der? Cubalah doakan aku yang baik-baik. Ini tidak..."

"Apa-apa sajalah. Aku chau dulu." talian dimatikan sebelum Eshaal sempat menghabiskan kata-katanya. Nafas dihela panjang. Sakit kepala borak dengan Eshaal.

"Berat sangat mengeluhnya."

Nadim memusingkan badannya. Dia senyum nipis. Apabila Hanani sudah berdiri disebelahnya, tangan kanan naik diletakkan diatas bahu Hanani. Mengelus lembut pipi mulus itu.

"Beratnya rasa nak tinggalkan kau,"

"Sebulan aje... Pejam celik, pejam celik dah balik dah." pujuk Hanani yang melihat Nadim sudah muncungkan bibirnya.

Manja rupanya anak Dato' Khairul ni! Suami Hanani juga!

"Jom? Kata tadi nak hantar Haq."

"Oh, iya. Aku lupa." Nadim sengih. Membuatkan Hanani geleng kepala.

"Bagi aku bersiap sekejap. Nak tukar baju, rasa melekit."

Hanani angguk kepala sahaja. Bersetuju. Langkah Nadim dipandang lama sehingga hilang daripada pandangannya sebelum perlahan-laham senyuman dibibirnya hilang.

Dia nak kena tinggal dah? Untuk sebulan?














"How rude you are!"

KAHFI ✔️Where stories live. Discover now