Azlan? Tegur seorang perempuan berdiri di tepi meja makan mereka.
Ye saya.. kata azlan dengan nada acuh tak acuh. Sebenarnya dia terkejut tiba-tiba seorang perempuan menegurnya. Pelik betul.
Aku ni. Anis kita kan satu sekolah dulu tegur perempuan tu tanpa di pelawa diambil satu kerusi duduk disebelah azlan.
No... jerit Adam. Jangan duduk tepi papa saya jerit Adam lagi gamat diseluruh kedai makan itu.
Merah padam muka Anis. Perempuan kau tak pandai ajar anak ye marah anis pada atikah yang sedang memangku alif yang dah mula nak menangis terkejut si abang menjerit.
Sorry cik anis saya rasa baik cik pergi dari sini. Tegur azlan.
Ok I boleh pergi tapi sebelum tu I nak mintak nombor handphone you..
Azlan.. pun memberi sekeping kad yang berada di dalam kocek seluarnya. Azlan pun terus ke kaunter pembayaran sambil membawa Adam bersamanya. Atikah yang memangku Alif pun berdiri mengikut Azlan.
Dah kaya mamat ni sekarang bergaya pulak tu. Patutlah boleh pasang bini dua. Aku kena ambil kesempatan ni jangan sampai terlepas bisik hati Anis.
Bahaya betul la perempuan tu. Bersungguh tuan kedai makan itu menceritakan pada yang berlaku pada acu . Dia boleh duduk sebelah padahal Azlan ada je bawa isteri dengan anak-anak dia. Kamu kena hati-hati Aida si Anis tu pisau cukur dah ramai orang bercerai pasal dia.
Ye aku tau. Terima kasih lah Zul bagitau aku. Patutlah abang ngah aku cakap dah balik sedangkan tadi la kami plan nak sarapan kat sini sama-sama.
Acu mendengar cerita dari kawan sekolahnya itu terus teringat pada si Anis bekas kawan baiknya yang banyak merosakkan hidupnya dulu. ANIS...
AKHIRNYA siap jugak sebuah dewan mini, surau, 4 biji chalet bersama sebuah kolam renang khas untuk kanak-kanak dan 2 tapak perkhemahan dengan menyediakan setiap tapak ada 3 khemah dan 3 buah tandas. Khemah ini berhampiran dengan kolam ikan di sebelah rumah arwah abah. Semua ini adalah sebagai penambah baikan atas kemudahan yang mereka sediakan sebelum ini.
Sebelum ini mereka dah ada menyediakan 2 buah homestay dengan kemudahan setiap rumah 2 bilik, 1 bilik air dan sebuah dapur sebagai homestay termasuk rumah arwah abah tapi keadaan semasa yang meminta mereka menyediakan tambahan kemudahan.
Imah sepupunya Azlan kini lebih selesa dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh Azlan. Gerai makan dia dah bertukar jadi Cafe ramai betul yang datang tak kira dari dalam kampung dan orang luar.
Macam mana kak imah ok tak ramai orang ye hari ni. Kata Tikah pada sepupu suaminya itu. Jika dulu imah la yang bertugas menjaga homestay kini telah disediakan sebuah pejabat kecil untuk khas untuk Teratak tok abah. Jadi kini imah, acu dan Azman pun dah ada share dalam Teratak tok abah. Memang Azlan sengaja menamakan tempat ini dengan nama teratak tok abah.
Itulah rasa kita dah kena tambah pekerja untuk selanggaraan, housekeeping dan tukang kebun untuk membersihkan kawasan perkhemahan. Rasa kena ambil 5 atau 6 orang lelaki dan perempuan sebaiknya. Ye lah pejabat tu nak guna kerani akuan dan penyambut tetamu acu dan Imah pun bukan mahir sangat akaun nasib baik sepupu tikah datang tolong ajarkan tempoh hari.
Kalau macam tu baik buat iklan kat depan tentang kita sedang mencari pekerja mungkin ada di kalangan penduduk setempat yang memerlukan pekerja. Kedai Acu pun rasa kita boleh letak iklan dengan sekali borang. Nanti mereka boleh isi terus borang tersebut yang mana ada kemahiran elektrik kita boleh
Tapi imah tak pandai sangat nak menemuduga tikah.. Kebetulan Acu dan Aira pun sampai ke Cafe imah untuk minum petang. Memang acu selalu membawa anaknya makan ABC disini.
Duduk acu pelawa tikah.
Mana anak-anak kak tikah. Tanya acu pada tikah.
Tu depan sana ikut abang Lan memancing ikan. Jawab atikah sambil tersenyum melihat telatah anak-anak dan suaminya.
Ini ABC yang kamu order. Acu kak imah nak nanti bolehlah tampalkan iklan kat kedai acu. Kita nampak ye dah kena tambah tenaga kerja. Tapi itulah masalah sekarang kak imah tak pandai.
Tak apa kak imah, acu dulu pernah kerja rasanya acu pun boleh tolong kak imah masa temuduga tu nanti lagipun kak tikah pun masih ada kat sini. Ni kak lin pun akan sampai sekejap lagi. Dia lagi mahir dalam bidang pelancongan ni. Terang atikah mengurangkan kerisauan kak imah.
Betul tu kak imah. Kak lin memang belajar dalam bidang pelancongan esok pagi InsyaAllah selain kak tikah, kak lin pun akan turut serta dalam proses temuduga nanti kata acu menyokong Kata-kata atikah tadi.
Bagus lah kalau macam tu. Tak sangka tempat ni semaju sekarang kan kata acu lagi.
Betul tu. Rezeki Allah tu macam-macam cara kan. Hah, tu rasanya kereta along dah sampai.
Betul la tu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
ActionKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
