•BAB 2•

9K 536 9
                                    

ZAHEIN menjengah ke arah Anaqi yang sedang menyusun pakaian dalam beg sandang bersaiz sederhana besar, dia sedia maklum yang teman serumahnya itu akan bercuti seperti yang dijanjikan pihak atasan cuma...

Faham-faham jelah kerja mereka.

"Anaqi." Dia dongak kepala saat nama diseru, dia pandang kosong pada Zahein yang berdiri di depan pintu biliknya sambil memegang semangkuk maggi.

"Apa?"

"Kau bercuti sampai 2 minggu ni, kau nak pergi mana sebenarnya?" Soal Zahein dengan selamat duduk di katil Anaqi, garfu diangkat menyuap maggi ke dalam mulut.

Dasar nggak sopan.

"Spain." Hampir tersembur maggi itu bila Anaqi sebut nak balik Spain, Nasib sempat tahan dari tersembur katil Anaqi, kalau tidak memang patah riuk dia dikerjakan harimau kutub itu.

Anaqi sudah pandang tajam, secebis maggi atas katil aku...aku bakar stok maggi kau kat dapur tu.

"Finally, kau nak balik juga jumps family kau." Ujar Zahein, dia sangka yang Anaqi sudah tidak mahu pulang ke tempat asal tapi akhirnya balik juga dia ke sana.

"I left my family there for my dream, bukan kena halau." Perli Anaqi, cara cakap Zahein macam dia kena buang keluarga pula.

Zahein angguk kepala faham.

"Kau nak aku hantar kau esok ke pergi KLIA?" Soal Zahein.

"Kau bukan esok ada duty ke?" Zahein termenung sejenak, dia tersengih tidak bersalah sambil garu belakang kepala yang tidak gatal.

Lupa pula esok dia kena bertugas.

"Habis siapa ambil kau esok?"

"Qidz dengan Irvan."

"Jebat tak ambil kau?"

"He's busy with his son's PIBG." Sekali lagi kepala Zahein jatuh. Dia sudah kenal Tengku Qidran, Irvan dan Jebat jadi dia tak pelik kalau keluarga bangsawan itu mahu ambil dan hantar Anaqi ke KLIA dari Ulu Kinta.

Zahein sambung makan maggi dia tapi untuk sesaat, dia terasa macam ada satu pedang sedang terarah pada dia. Sekali dia toleh dan...

Zapp!

Pandangan mata biru tajam milik Anaqi sedang terarah pada dia, kalau pedang betul tu memang sudah tembus kepala dia.

"Apa?" Zahein menyoal.

"Nak makan, makan kat luar. Ni bilik tidur aku bukan dining room." Sedas Zahein kena sindir dengan Anaqi, dingin-dingin pun boleh tahan pedas mulut harimau kutub ni.

Zahein sengih kambing, dia turun dari katil Anaqi dan tanpa rasa bersalah dia halakan punggung pada wajah Anaqi lalu...

Proottt!

Cepat-cepat Zahein lari keluar dari bilik Anaqi lepas tinggalkan cenderamata khas buat lelaki itu.

"Anggap itu hadiah perpisahan sementara dari aku untuk kau, jangan marah ya!" Laung Zahein yang sudah berada di ruang tamu, dia ketawa mengekek dapat kentut kat muka Anaqi.

Bukan selalu dapat kenakan member sendiri.

Anaqi sudah bengang, nasib baik senjata dia dalam bilik senjata di base. Kalau tidak, peluru M4 dia sudah selamat tembus ke arah punggung tak sekolah milik Zahein.

"ERGH..." Lelaki itu kesakitan, tangan dan kakinya pula terikat pada kerusi kerja yang mempunyai roda. Pergerakan sudah terbatas tapi kalau tak dia boleh bergerak sekalipun...belum twenty dia boleh hadap orang di hadapan dia.

Seorang gadis berpakaian serba hitam lengkap bersarung tangan kulit dan boot hitam, ada pistol holder terpasang di kaki kanan manakala kaki kiri mempunyai sebilah pisau belati. Wajah pula ditutup dengan topeng arnab berwarna hitam yang mempunyai ukiran nama Rabbit di bahagian dahi topeng tersebut.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now