•BAB 47•

6.5K 454 42
                                    

ANAQI membantu Aralyn duduk di atas batu sungai yang besar di air terjun itu, mereka hari ini berkelah di kawasan tersebut bersama ahli keluarga Marquis kerana ini adalah permintaan Aralyn.

"Still the same." Kata Aralyn, mata dia menatap pemandangan air terjun itu. Ia masih tidak berubah tapi yang berubah ialah status dia dan Anaqi.

Kalau dulu mereka datang tanpa sebarang ikatan, tapi sekarang mereka kembali semula ke sini sebagai bakal mommy dan daddy.

"Betul, masih sama. Cuma sekarang dia lebih cantik daripada dulu." Itu buat tumpuan Aralyn pada pemandangan di depannya beralih kepada Anaqi.

Dan pandangan mata suaminya itu terarah pada dia.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal Aralyn.

"Sebab young lady dah buat tempat ni jadi lagi cantik daripada dulu." Serta merta Aralyn menampar peha suaminya dengan senyuman yang malu.

"Gatal."

"Okaylah menggatal dengan young lady, daripada menggatal dengan perempuan lain..."

"Berani cubalah menggatal dengan perempuan lain selain saya kalau dah tak sayang nyawa sangat." Tajam mata Aralyn memandang wajah Anaqi.

"Takdelah, gurau je. Gila nak cari perempuan lain kalau saya dah ada isteri yang sempurna depan mata." Bahu isterinya itu dipaut kemudian digosok perut isterinya yang itu.

Aralyn senyum sambil melentokkan kepala di bahu suaminya.

"Pak belang! Pak belang!" Suara jeritan itu membuatkan pasangan itu menoleh, terkejut mereka berdua lihat Tengku Qidran mencecet lari dan berlindung di belakang Rhys, Irvan, Diluc dan Tuan Rays.

Puan Rossalia dan Reyanna berlindung di belakang para lelaki.

Anaqi dan Aralyn naikkan pandangan dan ada seekor harimau muncul dari semak samun.

"Macam kenal." Kata Anaqi membuatkan Aralyn menoleh.

"Kenal?"

"Jom, sini." Aralyn bangkit dari duduknya kemudian perlahan dia turun dibantu suaminya menuju ke tapak perkelahan.

Sampai saja di situ, Anaqi suruh Aralyn berlindung di belakang Rhys, Irvan, Diluc dan Tuan Rays.

"Rayn, kau nak pergi mana?" Soal Rhys.

"Kau jangan buat gila, Anaqi! Itu pak belang tu!" Cemas Tengku Qidran bersuara bila lihat Anaqi melangkah ke arah harimau yang sedang menderam pada mereka.

Grr...

Anaqi jengah sikit lengan harimau itu.

Ada parut!

"Kau rupang, Lang. Kau nak berentap dengan aku lagi sekali ke apa? Sini kau peluk aku." Selamba saja Anaqi berkata membuatkan harimau itu menerpa ke arahnya namun bukan untuk membunuh tapi...

Memeluk?

Tercengang mereka semua lihat harimau itu peluk Anaqi, siap jilat lagi muka Anaqi macam lepaskan rindu.

"Ya, ya. Aku rindu kau juga, Lang. Kau ni sejak aku dah lama tak datang, makin besar kau ya? Tengah bahagia ke ni?" Soal Anaqi sambil gosok kepala harimau yang kini baring di sebelahnya.

Roar...

Harimau itu mengaum sebagai jawapan ya.

"Oh...maknanya dah ada bini ah ni, mana bini kau?" Anaqi berbual dengan harimau macam dia tengah bercakap dengan manusia.

Roar...

Sekali lagi harimau itu beri respon pada Anaqi buatkan Anaqi terangguk-angguk seperti dia faham apa yang haiwan buas itu sedang katakan.

"Bagus, bagus. Ingat, jadi harimau setia. Jangan cari harimau janda pula nanti. Silap-silap bini kau ajak berentap dengan bakal madu yang kau try tu." Sempat lagi tu Anaqi beri nasihat yang pelik-pelik pada harimau tu. Yang jadi hal, harimau tu pun respon.

"Siot...macam member-member siak dia buat harimau tu." Tengku Qidran gosok mata tidak percaya.

"You, I rasa anak kita memang ada keturunan tarzan lah you. Binatang buas pun suka dia ni masalahnya." Kata Puan Rossalia pada Tuan Rays.

"I dah pesan dulu, jangan banyak tengok cerita tarzan. Now see, anak kita pun boleh jinakkan harimau besar macam tu." Balas Tuan Rays, tengok dah terikut perangai tarzan dah Anak lelaki sorang ni.

"Wah...abang Rayn hati kering." Ujar Reyanna.

Rhys, Irvan dan Diluc tak tahu nak respon apa. Ini sangat mengejutkan mereka kerana tidak pernah tahu yang Anaqi ni boleh berbual dengan binatang macam best friend.

Siap dia belai lagi harimau tu.

"Sayang." Anaqi angkat kepala.

"Young lady, sini jumpa dengan Lang." Ajak Anaqi, dia angkat tangan memanggil Aralyn untuk mendekat.

Aralyn pun dengan beraninya mendekat kemudian dia duduk bersebelahan dengan suaminya.

"Lang, ini isteri aku. Tak lama lagi, aku dah nak jadi bapak orang." Anaqi perkenalkan Aralyn pada harimau itu.

Harimau itu mula bangun kemudian dia baring di sisi Aralyn pula, wanita itu ingat dia bakal diapa-apakan tapi dia silap...harimau itu labuh kepala di atas ribanya minta dibelai.

"Eh...dia jinak dengan sayalah." Kata Aralyn teruja, dia usap kepala berbulu itu beberapa kali sebelum wajah diangkat memandang ke arah Anaqi.

Zap!

Terkedu dia bila lihat Anaqi sudah pandang tajam ke arah harimau itu.

"Sayang?" Sapa Aralyn perlahan.

"Harimau ni, aku suruh jangan try harimau janda tapi apahal dia nak try bini aku?" Soalan Anaqi itu buat Aralyn menahan ketawa.

Anaqi cemburu dengan harimau?

"Kau ni, Lang...yang kau nak try bini aku ni pahal? Kau tak nampak perut bini aku dah memboyot ni? Ada ni aku buat bulu kau jadi karpet villa aku ni karang." Anaqi jeling harimau itu.

Harimau itu angkat kepala, dia jelir lidah pada Anaqi buat mata lelaki itu membulat.

"Eh harimau ni! Ada yang mati kejap lagi." Geram Anaqi dibuatnya, buat pertama kali dia nak tamatkan nyawa harimau sebab cemburu.

Aralyn sudah tidak dapat menahan tawa itu akhirnya terlepas jua, memang dah tak mampu nak tahan kalau dah suami boleh bergaduh dengan harimau sebab dia.

Tidak sampai sesaat, harimau itu bangun kemudian dia melangkah ke arah Irvan pula yang masih berdiri di situ.

"Van! Van! Dia nak baham kau, Van!" Tengku Qidran yang tadi elok nak tenang jadi panik balik bila harimau tu mendekati Irvan pula.

Saat harimau itu sudah berada dekat dengan Irvan, tiba-tiba...

"Eh..." Tengku Qidran ternganga melihat harimau itu mesra dengan Irvan, siap bergesel macam anak kucing lagi.

"Hello, fluffy." Sapa Irvan lembut.

"Nak pegang juga!" Reyanna pun pegang harimau itu.

Rhys, Diluc, Puan Rossalia dan Tuan Rays pun sama membelai harimau itu bila haiwan itu membetulkan respon yang positif.

Tapi bila sampai Tengku Qidran nak pegang harimau itu...

Roar!

"Siot punya belang! Kau select siot! Dengan orang lain kau bukan main jinak! Sampai kat aku terus kau nak baham! Dasar binatang select! Pilih masih!" Marah Tengku Qidran sambil memanjat pokok bila harimau itu mahu membaham dirinya.

Yang lain pula sudah melepaskan tawa melihat kejadian itu.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now