"ZAHEIN."
Zahein yang sedang duduk berjaga memandang unggun api itu mendongak ke arah Anaqi, kening diangkat memandang ke arah lelaki itu.
"Ikut aku kejap." Pinta Anaqi mendatar.
"Okay. Daus." Panggil Zahein pada Firdaus yang sedang lena itu, dalam beberapa saat barulah dia bangun sambil menggosok perlahan matanya.
"Daus." Panggil Zahein sekali lagi.
"Kenapa?" Firdaus yang sudah jelas penglihatannya daripada kabur itu memandang Anaqi dan Zahein silih berganti.
"Aku dengan Anaqi nak pergi cari kayu api kejap, kau jaga sini." Arah Zahein pada Firdaus.
Firdaus tak cakap banyak, dia menurut sambil dia bangun dari duduknya di dalam pondok buatan mereka itu lalu turun duduk berhadapan dengan unggun api.
Zahein mengekor saja Anaqi dari belakang walaupun dia sendiri tak tahu kenapa harimau kutub itu bawanya jauh daripada campsite mereka.
"Kau ni kenapa ajak aku berbual jauh-jauh?" Soal Zahein pelik, sudah dekat 100 meters mereka berjalan sampai cahaya unggun api di kawasan pondok mereka pun kelihatan kecil.
Anaqi pusing dengan mata biru tajam ke arah Zahein lalu dia...
Pak!
Leher Zahein dicekik kuat sambil ditolak oleh Anaqi kuat pada batang pokok. Zahein yang terkejut pantas bertindak dengan menendang perut Anaqi hingga lelaki itu berundur beberapa tapak ke belakang.
"Pahal kau ni?" Soal Zahein terbatuk-batuk memegang lehernya, rasa sangat sakit sekarang ini.
Anaqi merengus, dia terus tendang kuat pada Zahein hingga belakang tubuh lelaki itu berlanggar dengan akar pokor yang menjalar di atas tanah.
"Kau tanya aku kenapa? You dare to ask me that question even you know what you did." Dingin Anaqi pada Zahein.
"Apa kau merepek ni, Anaqi?"
Senyuman sinis Anaqi terlakar di bibir, dia tarik kolar baju Zahein sehingga lelaki itu berdiri di hadapannya.
"Stop being a fool, Zahein Faleeq. Aku tahu kau big boss Outlaw. You're the one who sent me those messages and ordered your men to come after my wife." Mata Anaqi sekarang ini tajam menikam mata Zahein.
Zahein akhirnya ketawa mendengar ujaran Anaqi tapi tawa itu kedengaran sinis menyapa pendengaran seorang Raid Anaqi.
"So...kau dah tahu?"
Kolar baju dilepas kasar, dada Zahein ditolak kuat hingga terundur beberapa tapak ke belakang.
"Why, Zahein?" Dingin Anaqi menyoal pada Zahein yang masih ketawa sinis sambil menyeka darah dihujung bibirnya.
"It's obvious, Anaqi. Sebab isteri kau, apa yang keluarga aku dah bina selama ni hancur macam tu je."
"Keluarga?"
"Ya, keluarga aku. Karios tu pakcik aku." Anaqi terpana, terkejut dengan pengakuan Zahein.
Melihat reaksi Anaqi, Zahein menrapatkan jarak mereka bersama wajah yang masih lagi sinis.
"Outlaw musnah sebab isteri kau dan kau, Anaqi. Mula-mula aku pelik macam mana kau boleh tahu pasal Outlaw tapi bila aku dapat tahu Aralyn ada dengan kau, jadi isteri kau..."
"What a bitch."
Buk!
Satu tumbukan dilayangkan pada wajah Zahein bila dia kata begitu.
"Insult my wife again and I'll kill you now, I don't care even if you're my buddy because you've already been a traitor." Pada Anaqi, Zahein sudah jadi pengkhianat kerana lelaki itu rupanya ada kerja 'kedua' iaitu menjadi boss besar dalam Outlaw.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...