•BAB 48•

2.4K 99 1
                                    

"ZAHEIN lari dari penjara." Ungkapan yang meniti bibir Rhys buat Anaqi tersentak. Dia pandang abangnya dengan riak wajah terkejut.

"How?"

"Aku syak ada orang yang bawa dia keluar tapi aku dah minta Diluc cari sampai dapat dalangnya."

Anaqi merengus, ingatkan hal ini dah selesai tapi nampaknya perkara akan berlanjutan lagi sekali. Diraup rambutnya ke belakang sambil bersandar pada kerusi depan meja kerja Rhys.

"Macam mana kau boleh tahu?" Soalnya datar pada Rhys.

"Pihak PDRM sendiri yang cakap dekat aku suruh sampaikan pada kau. Operasi mencari suspek pun dah dibuat sekarang ni dan sebabkan Zahein ada rekod jenayah yang banyak including membunuh 10 orang awam, dia perlu ditangkap sama ada dalam keadaan hidup atau mati."

Anaqi angguk faham.

Bahu adiknya itu Rhys tepuk perlahan.

"Kau jangan risau sangat, Rayn. Biar polis buat kerja, kau fokus pada Aralyn yang nak lahirkan waris kau tu. At the same time, aku akan suruh La Rouge jaga isteri kau and ketatkan kawalan kat rumah ni." Rhys tidak mahu Anaqi terlalu fikirkan sangat soal Zahein.

Anaqi tak membalas, dia jatuhkan kepala tanda faham. Betul apa Rhys cakap, lebih baik dia fokus pada Aralyn yang bakal melahirkan anak mereka tidak lama lagi.

"Kau nak cakap pasal ni dekat wife kau?" Rhys menyoal.

"Jangan. Aku tak nak emosi dia terganggu sampai effect kat baby nanti. Buat masa sekarang, aku kena jaga emosi wife aku. Takut nanti dia jadi risau sebabkan Zahein bengong tu." Kata Anaqi, dia tak mahu nanti Aralyn jadi paranoid kalau tahu soal Zahein nanti.

Rhys faham. Dia sandarkan tubuh pada kerusi kerja lalu teringat sesuatu.

"Kejap, kau duduk office aku ni... adik ipar aku tak cari kau pula? Bukan kau cakap dengan aku yang tadi dia kirim kau cari aiskrim Godiva ke?" Soalan itu buat Anaqi tersentak, matanya meluas kemudian dia lihat jam.

Shit!

"Aku gerak dulu!" Anaqi bingkas bangun melaga penumbuk dengan Rhys sebelum memecut keluar dari pejabat abangnya itu. Habislah dia... mesti isterinya dah tunggu aiskrim yang dipinta dekat tiga jam.

Rhys geleng kepala, memang malam karang adalah ni yang kena tidur luar.

ARALYN yang berpeluk tubuh dengan jelingan tajam itu Anaqi pandang. Habislah mak buyung dah marah. Macam manalah dia boleh terlupa yang isterinya mengidam nak makan aiskrim? Hah kan dah mendapat muka ketat bakal ibu sekarang ini.

"Kenapa abang lambat? Mana aiskrim yang Ara minta?" Anaqi telan liur kesat mendengar soalan kedua isterinya. Macam mana nak jawab ni kalau masa dia sampai mall tadi, mall pun dah tutup. Aduh...

"Errr... abang... abang..." Anaqi garu belakang kepala.

"Abang apa?" Telapak tangan Aralyn menghentak meja.

"Abang terlupa!" Serentak itu Anaqi tutup mulut. Dasar mulut derhaka!

Anaqi pandang Aralyn. Muka comel itu sudah merah. Masaklah aku...

3...

2...

1...

"Sampai hati abang lupa Aralyn! Jangan masuk bilik malam ni! Tidur luar!" Serentak itu Aralyn bangun meninggalkan suaminya di ruang tamu lalu berjalan naik ke atas sambil hentak kaki menaiki tangga.

"Young lady, anak kita dalam perut tu. Ada terbalik kejap lagi kalau ibu dia hentak-hentak kaki masa naik tangga." Ujar Anaqi.

"Shut up! Tidur luar!" Sekali lagi Aralyn memberi peringatan pada Anaqi supaya tidur di luar bilik, jangan mimpi dia nak bagi suaminya itu masuk. Dia merajuk!

Anaqi geleng kepala. Nasib kaulah Anaqi, siapa suruh lupa beli apa yang bini mengidam? Padan muka kena tidur luar, dasar Raid Anaqi bongok! Sempat dia menyumpah seranah diri sendiri.

Ting!

Telefon di capai saat ada pesanan masuk.

Nafas dihela bila mendapat pesanan panggilan tugas. Dia dongak pandang tingkat atas atau lebih tepat lagi pada pintu bilik tidur dia dan isteri.

Puan Rossalia yang baru turun pandang pelik pada Anaqi.

"Rayn, kenapa tak tidur lagi? Aralyn mana?" Soalnya buat Anaqi toleh pada ibunya.

"Mama, Rayn kena keluar." Kata-kata itu cukup buat Puan Rossalia faham. Anaknya sudah dipanggil untuk tugasan penting.

"Mama siapkan minuman dulu. Rayn pergi bersiap." Kata Puan Rossalia, dia tahu anak lelaki dia yang bongsu itu takkan makan kecuali minum sebelum pergi ke dapur.

Anaqi akur, dia masuk dalam salah satu bilik tetamu. Mujur otaknya bijak untuk sediakan uniform penting dalam bilik tetamu sebagai rancangan sandaran kalau-kalau dia hadap situasi kena halau tidur luar.

Selesai sarung uniform VAT69, Anaqi lihat Puan Rossalia sudah tuang air kopi di cawan di kitchen island.

Langkah dibawa ke sana dan dia capai cawan untuk diteguk hingga habis. Kemudian Anaqi pandang Puan Rossalia.

"Rayn pergi dulu, mama."

"Tak jumpa Aralyn dulu?"

Anaqi senyum nipis.

"Dia merajuk sebab Anaqi lupa beli apa yang dia nak?" Tebak Puan Rossalia. Dia bukan tak pernah mengandung, dah dua orang anak jadi faham sangat dah riak wajah macam ni menunjukkan memang pasal kes mengidam.

Anaqi angguk.

"Tak apa, Rayn cakap kat mama apa yang Ara mengidam. Nanti mama minta tolong Van dengan Qidz carikan." Tak pasal-pasal nama Irvan dengan Tengku Qidran menjadi sasaran, kesian member kat rumah tengah lepak tiba-tiba tercekik halkum sebab orang sebut nama.

"Okay, ma. Rayn naik kejap."" Anaqi naik dan berdiri depan bilik tidurnya dan Aralyn, dia rapatkan sedikit jarak pada pintu kemudian dia kucup pintu itu ibarat Aralyn berada depan mata sebab enggan mengganggu ibu mengandung yang sudah lena itu.

"Nanti abang balik pada young lady. I'm sorry for forgetting your ice cream." Perlahan saja Anaqi berkata sebelum dia pusing tubuh turun semula ke tingkat bawah.

Kelihatan Tuan Rays pun sudah ada bersama Puan Rossalia.

"Come back home safely." Pesan Tuan Rays sebaik saja Anaqi bersalaman dengannya dan Puan Rossalia.

"Baik, pa, ma. Rayn pergi dulu." Setelah itu terus Anaqi berjalan keluar dari rumah.

Tubuh terus membolos masuk ke dalam Audi R8 yang terparkir elok depan rumah. Telefon dikeluarkan setelah enjin dihidupkan lalu Anaqi menghubungi Irvan.

"Hello, Anaqi." Suara Irvan bangun tidur mula kedengaran.

"Van, I need your help."

"Tolong apa?"

"Nanti kau belikan aiskrim Godiva untuk isteri aku. Dia mengidam and aku tak sempat nak belikan sebab ada panggilan." Pinta Anaqi.

"Okay."

"Thanks, Van." Ucap Anaqi. Dia tahu Irvan memang boleh diharap kalau memerlukan pertolongan seperti ini walaupun sahabatnya itu belum berkahwin.

"No problem." Panggilan dimatikan kemudian Anaqi pandang rumah kemudian naik pada tingkap balkoni bilik tidur.

"Jaga diri, young lady. Tolong jaga mummy untuk daddy ya, baby?" Katanya sebelum memandu keluar dari kawasan rumah.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now