"OH...jadi betullah kau sorok perempuan wanted kat pulau besar kau ni?" Tengku Qidran buat muka mengusik pada Anaqi yang duduk berhadapan dengan mereka.
Anaqi tidak jawab, dia buat signal jari supaya Irvan hempuk Tengku Qidran guna kusyen sofa yang mereka duduk.
Irvan angguk kepala, dengan senang hati dia capai kusyen lalu terus dia hempuk muka Tengku Qidran.
"Van! Asal kau hempuk aku?" Tengku Qidran pandang Irvan tidak puas hati. Aku tengah nak usik Anaqi, kau boleh bagi kusyen cium muka aku?
Dasar member!
"Kau banyak mulut sangat, stress aku dengar. Zip kejap mulut kau, takpun pergi call babi kau kat luar."
"Siapa babi?" Ujar Tengku Qidran.
"Eh silap, baby baby." Irvan betulkan ayat dia padahal dia memang sengaja label scandal Irvan yang ke-365 itu dengan panggilan haiwan Haram tersebut.
Tengku Qidran jeling sebelum telefon dia berbunyi, dia jeling skrin kemudian dia pandang semula ke arah Irvan.
"Kau nasib baik darling aku call, kalau tidak memang aku libas kau pakai kaki Diluc Genshin Impact ni tau." Penuh selamba Tengku Qidran petik nama Diluc membuatkan lelaki itu tersentak, apa dosa aku sampai disamakan dengan Genshin Impact?
Tahulah aku muka Jepun, beza rambut bukan warna merah je. Dia pandang Irvan yang tepuk bahunya, lelaki itu bagi isyarat muka supaya bersabar dengan setan kiriman neraka.
"Hello darling." Sapa Tengku Qidran gedik, jari telunjuk dia bergerak di atas riba Irvan.
Irvan sudah jeling.
"Darling kau dalam call, bukan aku. Berambus keluar, aku nak sembang dengan Anaqi." Sindir Irvan, ingat aku ni gay ke sebab lama sangat single? Memang taklah!
Mahu kena tombak dengan mama Dareeka kalau dia jadi bengkok.
Tengku Qidran mencebik sebelum dia bangun menuju ke pintu yang membawa di ke halaman villa Anaqi, sempat juga dia menggedik sepanjang nak ke pintu itu.
"Iya darling, I pun rindu you. You rindu I tak?" Dengan lenggok badan Tengku Qidran berjalan, Anaqi yang perhati dari tadi dah naik geram pula dengan anak Denzel ni.
Dia capai satu kamus dewan yang Diluc bagi dan...
Pak!
"Aduh!" Tengku Qidran pandang sekeliling villa itu sebelum dia pandang Anaqi yang tayang muka tidak berperasaan.
"Anaqi! Siling rumah kau retak ke? Bahaya ah rumah kau ni, silap-silap jadi rumah The Conjuring ni kejap lagi." Bebel Tengku Qidran kemudian dia sambung jalan.
"Ni darling, ada siling villa orang retak kena kepala I. Cakit you know?"
Anaqi, Irvan dan Diluc sudah tahan geram, ini kalau mereka bangun memang automatik mereka flying kick Tengku Qidran ni.
Satu muka.
Satu badan.
Satu lagi bahagian sensitif.
Cukup tiga bahagian untuk Anaqi, Irvan dan Tengku Qidran buat flying kick.
Hilang saja bayang mereka, Irvan dan Diluc kembali pandang Anaqi bila bayang Tengku Qidran sudah hilang. Baru dunia mereka terasa tenang dan aman.
"Apa kau nak buat sekarang dengan Aralyn tu, takkan nak terus kurung dia kat pulau ni?" Soal Irvan ingin tahu kerana Anaqi sudah cerita semua benda mengenai Aralyn.
Anaqi diam, dia pandang Diluc.
"Diluc."
"Yes, Maestro Rayn?" Sahut Diluc sedia menerima arahan.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
Любовные романыUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...