•BAB 9•

6.7K 455 6
                                    

"MACAM MANA? Kau dah uruskan pasal Rabbit?" Soal Karios.

"Dah, boss. Now the whole country is looking for her including CIA yang ada kat Spain." Jawab Avi mendapat anggukan daripada Karios.

"Good, pantau segala pergerakan government. Once diorang dapat trace Aralyn, get to her before they reach her and do the execution." Arah Karios.

Avin angguk kepala faham.

"But, boss. Kenapa kita kena khianat Rabbit? She's one of the best organisation members we ever had." Avin ingin tahu kenapa mereka perlu buat Aralyn jadi buruan.

Karios senyum sinis, dia bersandar pada kerusi sambil mengangkat kedua belah kaki diletak atas meja memandang ke arah Avin yang masih menanti jawapan darinya.

"She owe me something and I'm collecting it now." Itu jawapan yang Karios berikan buat Avin tidak faham.

Rabbit hutang Karios?

Hutang apa?

Tidak sempat nak bertanya lagi, Karios sudah arahkan untuk Avin keluar dari bilik kerjanya dan lelaki itu menurut.

Persoalan yang berada dalam fikiran Avin terpaksa disimpan bila melihat wajah sinis Karios seperti ada sesuatu yang tersembunyi antara dia dan Rabbit.

ARALYN berjalan di tepi pantai itu ditemani Nara di belakang, betullah apa yang Anaqi cakap yang dia takkan boleh keluar sebab tengoklah pulau ni.

Satu biji bot pun takde.

Tapi satu benda yang Aralyn tak boleh nafikan ialah pulau ini cantik dan memang mewah, dia sendiri hampir tercengang bila Nara beritahu apa yang ada dekat pulau Anaqi ni.

Nara beritahu yang pulau ni lengkap dengan track hiking, ada air terjun cantik lepastu ada kandang kuda serta lapang sasar jika mahu menembak. Ini pulau memang bukan sebarang pulau tapi dia masih tertanya-tanya siapa Anaqi sebenarnya sampai dia kena duduk kat sini sepanjang jadi wanted.

"Nara."

"Yes, Lady Aralyn?"

"Siapa Anaqi sebenarnya and kenapa korang panggil dia Rayn?"

Nara memandang Aralyn.

"Nama maestro sebelum dia convert tu Islam is Rayn Dezyan Marquis." Dan kali ini Aralyn terkedu.

Marquis?

"Marquis like the elite family?" Soalnya tidak percaya.

"Yes. Maestro Rayn ialah salah seorang ahli keluarga Marquis cuma dia minta supaya diri dia tidak pernah didedahkan pada mana-mana pihak." Jelas Nara.

"But why?" Aralyn semakin ingin tahu. Yalah, keluarga elite terkenal ini mempunyai seorang lagi ahli keluarga yang tidak diketahui.

"Maestro Rayn kejar cita-cita dia di Malaysia and now he's finally achieve what he wants."

"Cita-cita apa?"

"Yang itu lady kena tanya maestro sendiri sebab it's not my place to answer because I don't even know dia kerja apa di Malaysia sampai 7 tahun tak kembali ke Spain." Aralyn mencebik tapi dia pun terfikir juga, kenapa Anaqi ni datang dari keluarga hebat namun kejar impian di Malaysia.

Apa yang dia kejar sebenarnya?

"Lady Aralyn." Aralyn kembali memandang Nara dengan kening sebelah terangkat.

"It's time to head back for dinner. Tak elok untuk lady di sini waktu-waktu macam ni and kena cuci luka plus tuam lebam lady tu."

"Tapi aku nak jalan-jalan kat pantai ni." Kata Aralyn datar, dia tengah menikmati pasir dan bunyi air laut yang menenangkan.

"Arahan Maestro Rayn ialah jangan bagi lady keluar waktu malam dan saya hanya jalankan arahan saja." Ujar Nara.

Aralyn berdecit geram, ingat lelaki itu siapa berani arahkan dia di sini?

Ingat aku bini dia ke?

"Please lady, mudahkan kerja saya." Pinta Nara, dia bukan apa sebab ini satu amanah yang Anaqi berikan pada dia iaitu jaga Aralyn sepanjang majikan dia tidak dapat berada di pulau itu.

Aralyn pandang kosong wajah merayu Nara tapi akhirnya dia hela nafas, dia turunkan jua permintaan Nara kerana gadis itu pun sudah melayan dia baik walaupun rata-rata maid dan pengawal yang berada di pulau Anaqi ini tahu dia ni buruan orang.

"Okay fine, let's head back to that villa." Kata Aralyn mendatar, Nara angguk dan mengekor gadis itu dari belakang.

Sempat dia hantar pesanan pada Anaqi mengenai Aralyn, itu pun satu arahan dari majikan dia iaitu lapor perkembangan Aralyn.

TENGKU QIDRAN dan Irvan memandang Anaqi, mereka menerima panggilan mengejut yang lelaki itu pulang ke Malaysia dan tiba di lapangan terbang jam 2 pagi.

Dipandang lelaki itu atas bawah.

"Apa mimpi kau balik awal? Bukan lagi empat hari baru kau balik sini ke?" Soal Tengku Qidran, Nasib baik dia dan Irvan lepak di mamak. Kalau tidak lantak pi kau nak balik naik apa.

Anaqi pandang Tengku Qidran.

"Ada ops mengejut." Jawab Anaqi mudah.

"Pasal perempuan Outlaw yang jadi wanted tu ke?"

"Itu bukan urusan aku, VAT69 tak terlibat selagi tiada arahan. Biar polis siasatan jenayah yang buat kerja." Datar saja penjelasan yang Anaqi beri pada anak Tengku Denzel itu.

Belum masa sesuai untuk dia cakap pasal Aralyn, dia perlu waspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin pasang telinga.

Tengku Qidran angguk faham.

"Kau nak kitorang hantar mana? Ulu Kinta ke Bukit Aman?"

"Ulu Kinta."

"Ya tuhan, kenapalah kau hantar Anaqi ni balik pukul 2 pagi? Dahlah jauh nak ke Ulu Kinta tu..." Pasrah betul Tengku Qidran, dia patutnya time macam ni dah balik tidur.

"Ah kau, tak payah nak berkira sangat. Semalam lepak sampai ngorat awek boleh pulak, ni nak hantar member banyak pulak cekadak kau." Celah Irvan buat Tengku Qidran mencebik, Van ni selalu tak back up aku...eeee menci!

Irvan sudah jeling Tengku Qidran, mulalah tu muka tempe basi dia. Pijak kang tak jadi apa muka jantan sorang ni.

"Let's go." Ajak Irvan.

Anaqi terus galas beg dia mengekor Irvan dan Tengku Qidran ke arah kereta yang elok terparkir di luar lapangan terbang tersebut.

SAMPAI sahaja di Ulu Kinta, Anaqi disambut oleh Zahein di pondok pengawal. Kereta Tengku Qidran tidak dibenarkan untuk masuk melainkan menghantar orang.

"Zahein, ops apa yang mengejut sangat ni?" Soal Anaqi mendatar seraya bersalaman dengan Zahein.

"Ada penceroboh dekat sempadan Malaysia-Thailand, kita dah diarah oleh pihak atasan untuk jalankan operasi ni." Zahein memberi penjelasan sambil berjalan ke bilik kelengkapan bersama Anaqi.

"Operation name?"

"Ops Hutan." Jawab Zahein.

Anaqi angguk kepala, dia terus bersiap memakai seragam yang sepatutnya sebelum dia bergerak untuk sesi taklimat operasi.

Kali ini, mereka akn dihantar melalui udara memandangkan operasi mereka akan berjalan di hutan tebal di sempadan negara kerana ia merupakan Jalan paling cepat untuk mereka tiba di titik lokasi.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now