•BAB 40•

6.5K 448 18
                                    

"ZAHEIN!"

Terhenti langkah Zahein bila suara Anaqi menjerkah, dia pusing memandang 'kawan' dia yang berdiri mengacu pistol padanya.

Zahein tayang muka sinis.

"So, this is it? Kau nak bunuh aku sekarang?"

"Kau boleh serah diri, Zahein. Mengaku kesalahan kau and kau boleh selamat. Atau...kita selesaikan semua kat sini." Dingin Anaqi.

Zahein tergelak, dia rasa terhibur dengan pilihan yang Anaqi mahu berikan.

"Sorry, buddy. Aku pilih yang kedua daripada pertama." Zahein campak pistol yang berada dalam genggamannya itu ke atas lantai kemudian dia menarik keluar satu kerambit keluar dari belakang seluarnya.

"Kalau kau betul anak jantan, buktikan." Cabar Zahein.

Anaqi tatap tajam Zahein, dia letak pistol ke bawah dan serta merta kaki Zahein menendang dia bersama hayunan kerambit pada wajah Anaqi tapi berjaya ditahan bersama pisau rambo milik Anaqi.

"Argh!" Zahein ditolak dengan kaki.

Anaqi bangkit dan terus menerpa ke arah Zahein. Senjata tajam mereka itu saling berlaga dan jika ada peluang, Anaqi dan Zahein cuba mencederakan satu sama lain. Sesekali tumbukan dan tendangan terkena pada wajah masing-masing.

Zap!

"Argh!" Bergema ruangan itu dengan jeritan Zahein tatkala pisau Anaqi itu mengena pada wajahnya daripada pipi kiri sampai hampir ke mata kanan.

Zahein menyentuh wajahnya, ada cecair yang mengalir dan dia melihat darah pada wajah itu. Rengusan kasar kedengaran bersama mata menjegil Anaqi yang menyeka darah dibibir.

"Come on, buddy. Anak jantan, kan?" Anaqi menyindir Zahein, sengaja dia mahu menaikkan api kemarahan lelaki itu.

"Mati kau!" Zahein hayun kerambit secara rambang ke arah Anaqi.

Anaqi mengelak tapi kerana tersilap langkah, kerambit itu terkena pada lengannya. Tiada langsung jeritan atau kerutan pada dahi Anaqi, wajah itu seakan tidak merasakan kesakitan pada lengan yang sudah berdarah itu.

Zahein sudah senyum sinis, sudah berjaya cederakan Anaqi lagi walaupun dalam hati memang ada rasa tidak puas hati kerana Anaqi langsung tidak menunjukkan reaksi.

Sekali lagi Zahein mara ke arah Anaqi tapi dengan pantas tangan yang memegang kerambit itu ditahan lalu dipusing hingga terlepas senjata tajam itu dari tangan.

Buk!

Anaqi menendang abdomen Zahein hingga terundur beberapa tapak ke belakang dan Anaqi terus mahu menikam pisau itu pada Zahein tapi terlepas saat Zahein mengelak sambil mengangkat kaki ke tangan Anaqi.

Combat tangan kosong.

Zahein hayun penumbuk tanpa henti pada Anaqi tapi lelaki itu menepis dan terus menepis hingga perut Zahein ditumbuk kuat oleh Anaqi.

Lutut Zahein jatuh ke lantai bersama tangan memegang perut senak, isi dalam perut lelaki itu pun keluar dek kerana tumbukan padu daripada Anaqi.

"Uhuk! Uhuk!" Terbatuk-batuk Zahein muntah dengan darah.

Anaqi pula berjalan sekeliling Zahein sambil menanggalkan jaket kulit yang dia pakai kemudian dicampak atas lantai membiarkan t-shirt hitam saja pada tubuh kekarnya.

"Bangun, Zahein."

Zahein berdiri dengan mata yang merah bersama muka bengis, apa yang dia mahu sekarang ialah tamatkan nyawa Anaqi dan Aralyn.

Dengan laju Zahein angkat tubuh menyerang Anaqi dan pergelutan kembali bersambung tapi kali ini hanya dengan tangan kosong.

Tumbukan di wajah Zahein diberikan secara bertubi-tubi membuatkan muka itu semakin dipenuhi dengan darah bersama luka dan lebam.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now