•BAB 46•

6.7K 411 16
                                    

ANAQI menghulur tangan untuk membantu isterinya sebaik saja bot yang dibawa oleh Nara itu berhenti di jeti pulau miliknya.

"Be careful." Pesan Anaqi, risau kalau Aralyn terjatuh masuk ke dalam laut.

"Iya, sayang. Risau betul sayang saya ni padahal turun bot je pun." Aralyn jeling manja ke arah suaminya, bukannya dia tak reti berenang kalau terjatuh dalam laut ni.

Nara pula hanya tersenyum melihat gelagat pasangan itu, majikan dia ni sejak dah jadi suami isteri memang nampak jauh berbeza daripada dulu. Apa yang dia lihat ialah kebahagiaan, lagi-lagi bila akan ada kemunculan penerus generasi keluarga Marquis.

"Nara."

"Yes, maestro?" Sahut Nara bersedia untuk menerima arahan, beg pakaian Anaqi dan Aralyn sudah diangkat oleh pengawal-pengawal Marquis yang menjadi escort mereka tadi.

"Yang lain dah ada ke?"

"Dah, maestro. Semua dah siap sedia untuk Lady Aralyn." Ujaran Nara membuatkan Aralyn pandang Anaqi meminta penjelasan daripada suaminya itu.

Anaqi senyum misteri.

"I have a surprise for you, but I need to close your eyes first." Anaqi mengeluarkan satu kain putih kemudian ditutup mata isterinya.

"Sayang takde nak buat pelik-pelik, kan?" Soal Aralyn, rasa berdebar pula bila mata dia kena tutup. Jangan suami dia tinggal dia dalam hutan sudah.

"Takde, young lady. Just trust me, my wife. It will be fine." Lembut saja Anaqi berkata sambil mengusap lengan isterinya.

"Ready, young lady?"

"Ready." Kata Aralyn sambil angguk kepala sekali.

"Hold my hand." Aralyn akur, dia pegang tangan suaminya lalu mereka berdua jalan beriringan ke halaman villa pulau tersebut.

Sampai saja di satu tempat, Anaqi terus menarik kain yang menutup mata isterinya kemudian wanita itu terus mencelikkan mata perlahan-lahan lalu...

"Surprise!"

Membulat mata Aralyn melihat semua ahli keluarga Marquis berada di situ siap ada hiasan seakan mahu menyambut sesuatu yang sangat menggembirakan.

"Happy birthday Aralyn!" Lagi terkejut Aralyn dibuatnya, dia sendiri lupa yang hari ini ialah hari lahirnya. Kepala ditoleh memandang Anaqi dengan wajah tidak percaya.

"Happy birthday, my wife." Dahi Aralyn itu Anaqi kucup lembut, dia hampir ketawa bila melihat wajah isterinya yang memang sangat tidak jangka dengan kejutan dia berikan pada wanita kesayangannya itu.

"Saya tahu young lady dah lama tak celebrate your own birthday in a proper way, so I ask Rhys to help me make this for you."

Aralyn tidak dapat menahan sebak, terus dia dakap erat tubuh suaminya bersama dengan air mata yang mengalir. Dia terharu dengan apa yang suami dia buat untuknya.

He never fails to make me happy.

"Thank you, sayang." Ucap Aralyn mendongak ke arah suaminya.

"You're welcome and don't cry, young lady. Hari ni hari gembira jadi kita kena celebrate with smile not tears." Air mata Aralyn itu diseka lembut oleh Anaqi.

"Hello lovebirds! Jangan lupa kami kat sini, takkan nak sidai semua kat sini?" Celah Rhys sambil berpeluk tubuh, nyaris saja dia nak termuntah bila tengok pasangan itu bermanis di hadapan mereka sekeluarga.

"Kau kahwinlah, Rhys. Duda berpengalaman, kan?" Selamba saja Anaqi membidas Rhys membuatkan lelaki itu jegil mata ke arah adiknya itu, kau tunggu nasib kau kejap lagi.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now