•BAB 23•

7K 474 17
                                    

KARIOS melangkah ke arah Avin yang bersengkang mata cuba mencari keberadaan Aralyn serta orang-orang yang membantu gadis itu.

"Macam mana, Python? Kau dah jumpa Rabbit belum?" Soalnya datar, Karios berpeluk tubuh memandang tiga screen monitor yang berada di depan Avin.

"Still searching, boss. Masih tak jumpa."

Bam!

Terhinjut bahu Avin bila Karios menghentak meja itu, dia toleh dan wajah berang lelaki tua itu menghiasi pandangan matanya.

"Cari sampai jumpa, jangan terlepas." Dingin Karios mendapat anggukan daripada Avin, lelaki itu terus sambung menekan keyboard bersama Mata memerhati setiap rakaman cctv tersebut.

Karios jauhkan diri dari Avin, dia toleh dan telefon dia tiba-tiba bergetar. Dia lihat nama pemanggil lalu merengus, satu lagi masalah dah datang lepas Aralyn.

Panggilan itu diangkat.

"Hello."

"..."

IRVAN merapikan baju melayu putih yang tersarung pada tubuh Anaqi manakala Tengku Qidran sibuk membetulkan samping pengantin lelaki itu, mereka berada di salah satu wad kelas pertama yang tidak digunakan.

Rhys pun ada di dalam lengkap berbaju melayu hitam.

"Tak sangka kau kahwin dekat hospital." Kata Tengku Qidran setelah merapikan samping Anaqi.

"Biarlah, janji dia nak kahwin ikut cara betul. Bukan dia lari ke Siam ke apa." Tutur Irvan sambil menyarung songkok di kepala Anaqi.

"Kau ni, kalau nak balas aku mesti nak bagi aku sentap." Tengku Qidran mencebik.

"Kau terasa ke? Sebab scandal kau reject kau ajak kahwin lagi?" Kali ini cebikan Tengku Qidran bertukar kepada renungan maut, jantan ni!

Personal sangat ni.

"Kau pun dah kena reject dengan Ferza banyak kali tau!"

"At least aku kena reject dengan perempuan yang sama. Daripada kau, ajak lima orang kahwin lima orang juga reject kau." Balas Irvan buat Tengku Qidran makin sentap.

Irvan ni masa belum lahir, mama Dareeka dia telan apa? Bisa betul mulut anak sulung keluarga Haq ni.

"Done." Kata Irvan setelah merapikan lagi sedikit pakaian Anaqi.

Anaqi pusing, dia tatap dirinya yang segak berpakaian baju melayu putih itu lengkap bersongkok. Kali pertama dia sarung baju ini selain dari Hari Raya ataupun kenduri.

"You look good, Rayn." Anaqi pusing pandang abangnya.

"Macam ni rupanya kalau kau kahwin." Kata Rhys, dia tidak pernah bayangkan macam mana Anaqi akan kahwin dan hari ini merupakan hari dia menyaksikan adik dia kahwin.

"Mama dengan papa mana?"

"Mama dengan bakal isteri kau and papa...-" Ada satu suara mencelah sebelum Rhys sempat nak habiskan ayat dia.

"I'm here." Tuan Rays muncul dengan baju melayu tanpa songkok, dia memandang anak lelakinya yang bakal jadi suami orang dalam beberapa minit lagi.

"Papa." Anaqi menyapa Tuan Rays.

"Kitorang happy with you, Rayn. Finally you want to get married." Tutur Tuan Rays membuatkan tawa Anaqi meledak sekejap.

"Nasib baik kitorang dah study perkahwinan dalam Islam, kalau tak maybe huru hara mama kamu nak manage your wedding." Tuan Rays memeluk bahu anak keduanya itu untuk beberapa kali.

"So...semua dah sedia ke?" Celah Rhys.

"Kalau dah, kita boleh masuk wad sebelah. Daisy kata tok kadi dah sampai dengan saksi and wali hakim." Sambungnya lagi.

"Let's go, then." Irvan dan Tengku Qidran memeluk bahu Anaqi bila mereka lihat wajah tenang itu ada riak wajah risau untuk sesaat.

"Everything will be fine, duda. Take a deep breath." Pesan Tengku Qidran.

"Sebab malam ni kau menang besar." Sambung Tengku Qidran lagi dengan sengihan bakal.

Pak!

"Aduh!" Anak Tengku itu gosok belakang kepalanya yang baru ditampar oleh Irvan yang sudah menjegil ke arahnya.

"Kau ni member tengah nervous, kau boleh buat lawak bangang pulak." Bebel Irvan, orang nak bagi semangat kat Anaqi, bukan nak bagi Tengku Qidran kena pijak sebelum Anaqi kahwin.

Anaqi tarik nafas, dengan lafaz bismillah...dia mengorak langkah diiringi Irvan dan Tengku Qidran di belakang. Rhys dan Tuan Rays sudah bergerak dahulu.

ARALYN gementar tapi hilang rasa itu bila Puan Rossalia dan Reyanna memegang tangannya yang terasa sejuk, dua ahli keluarga Marquis itu merapatkan jarak mereka dan memberi kata-kata semangat.

"Jangan takut, sis. Everything will be okay, just tenangkan diri." Kata Reyanna berbisik.

"Betul tu, Aralyn. Mama nak Aralyn tenang and relax, sekejap je lafaz akad tu then both of you dah jadi husband and wife." Puan Rossalia turut berbisik menghilangkan rasa risau dalam gadis itu.

Aralyn senyum, dia angguk. Awalnya dia takut dengan kehadiran ahli keluarga Marquis tapi dia tidak jangka akan dilayan dengan baik serta memberi sokongan padanya supaya tidak janggal.

Betullah kata Anaqi yang keluarga Marquis menyambut kehadiran dia dengan tangan terbuka.

"Boleh kita mula?" Soal tok kadi.

"Boleh, tok. Kasi nikah kawan saya dengan bride." Kata Tengku Qidran semangat, dia dah sedia nak ambil gambar dan video.

Tok kadi angguk kepala, dia hulur tangan pada Anaqi dan lelaki itu menyambut tenang.

"Raid Anaqi Bin Abdullah."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Aralyn Zuhayra Binti Amar Zuhair dengan mas kahwin RM10,000 tunai."

"Aku terima nikahnya Aralyn Zuhayra Binti Amar Zuhair dengan mas kahwin RM10,000 tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah." Dengan sekali lafaz, Anaqi dan Aralyn sah bergelar pasangan suami isteri. Tok kadi mula membaca doa manakala ahli keluarga Marquis yang lain menayang senyuman hormat pada upacara itu.

Aralyn berpelukan dengan Puan Rossalia dan Reyanna.

"Congratulations, sis."

"Welcome to the family, daughter-in-law." Ucap Puan Rossalia dengan nada yang gembira mendapat anggukan Aralyn.

Anaqi terus bangkit dari duduk di kerusi lalu mengambil tempat di atas pelamin kecil khas terletak dalam wad kelas pertama tersebut, dia duduk bersebelahan dengan Aralyn untuk menyarung cincin.

Tangan lelaki yang bergelar suami itu Aralyn salam sebaik saja jari manisnya disarung dengan cincin dan bila tiba giliran Anaqi disarung cincin, dahinya ditolak kemudian bibir lelaki itu menyentuh dahinya sekaligus membuatkan hati Aralyn berdegup.

"Yeay! Dah kahwin! Dah halal! Aku dengan Van bila pula nak halal?" Suara kuat Tengku Qidran buat semua yang berada dalam wad itu ketawa.

Irvan sudah raup wajah. Kenapa kau tak ada, Jebat? Kenapa time macam ni kau kena outstation? Irvan menyoal sendiri, Jebat tidak dapat ada di hari penting Anaqi kerana ada urusan syarikat di luar negeri.

"Kenapa aku ada kawan macam ni?" Soal Irvan sendiri. Kadang-kadang dia rasa nak jual Tengku Qidran dekat pasaran gelap ataupun darkweb tapi tulan, nasib baiklah kawan.

Anaqi dan Aralyn pula memandang satu sama lain, buat pertama kali masing-masing menayangkan senyuman ikhlas tanpa peduli dengan orang lain di situ.

Anaqi dengan senyuman manis.

Aralyn pula dengan senyuman dimple.

Anaqi dan Aralyn dalam dunia mereka.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now