ARALYN duduk bersila sambil bersandar di kepala katil, daripada tadi dia tidak boleh lelapkan mata sebab dia takut mimpi ngeri yang dialami akan berulang lagi.
She's never afraid of everything yet the nightmare still haunts her sleep.
Nafas dihela panjang, dia bawah kaki turun dari katil berjalan ke pintu. Oleh kerana tidak boleh tidur...jadi baik dia ke dapur untuk minum, mana tahu ia boleh membantah untuk dia lelapkan mata selepas basahkan tekak.
Sampai saja di dapur, dia capai cawan kemudian dituang air kosong sebelum diteguk perlahan. Sambil itu, mata dia memandang sekeliling villa yang sudah gelap menandakan orang sudah masuk tidur kecuali pengawal yang berjaga di kawasan villa itu.
Dari apa yang Aralyn boleh lihat, villa ini sangat moden dengan rekaan yang agak cantik. Ada kolam renang di luar dan di dalam, mini gym serta gelanggang MMA. Tak lupa juga, ada movie room.
Boleh kata ini adalah kediaman impian semua orang di luar sana tapi tidak pada dia yang sudah biasa hidup di bilik yang kecil dan tidak peduli pasal orang lain selain misi yang diberi organisasi Outlaw sebelum dia jadi buruan.
Nafas dihela perlahan.
Entah berapa lama dia akan berada di pulau ni.
Rasa macam tahanan pun ada tapi tahanan versi mewah.
Sedang dia bersandar pada kabinet dapur, mata dia terpandang satu bingkai gambar di atas kitchen island. Terus dia capai bingkai itu lalu gambar di dalamnya itu ditatap.
Gambar keluarga The Marquis.
Ditatap satu persatu anggota keluarga tersebut, Aralyn kenal setiap ahli keluarga itu kecuali Anaqi yang baru saja dia kenal.
Tuan Rays Devyan Marquis.
Puan Rossalia Pearl.
Rhys Daryan Marquis.
Reyanna Daisy Marquis.
Ditatap satu persatu wajah ahli keluarga itu sebelum mata Aralyn menatap wajah Anaqi yang dipanggil Rayn oleh semua pekerja di villa ini.
"Raid Anaqi...Rayn Dezyan Marquis..." Ucap Aralyn nama itu perlahan.
SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND.
Dalam sebuah hutan tebal itu, seramai lima orang VAT69 dihantar untuk operasi kali ini. Diketuai oleh Anaqi dengan codename Shadow, Spear sebagai codename Zahein manakala Hilman dengan nama Romeo. Azraf sebagai Musang dan Firdaus dengan callsign Ayam.
Masing-masing dengan pakaian gempur berwarna hitam memegang senjata riffle yang mempunyai aim-point, laser dan torch light berjalan dengan penuh waspada.
Dalam beberapa tapak melangkah, Shadow angkat penumbuk memberi isyarat pada yang lain untuk berhenti, masing-masing terus menurut sambil mengangkat M4 masing-masing berwaspada dengan keadaan sekeliling kecuali Spear dan Romeo yang membawa sniper AWM.
Shadow melangkah setapak demi setapak kemudian dia melutut sebelah kaki mencapai satu kelonsong peluru yang berada atas tanah.
Masih lagi panas.
Maknanya musuh baru sahaja berlalu di kawasan ini.
"Keep alert, tangos near us." Kata Shadow datar, dia toleh ke arah Spear dan Romeo.
"Spear, Romeo. Macam biasa cari high point." Spear dan Romeo menurut, mereka terus bergerak memanjat dua batang pokok tidak jauh daripada mereka supaya dapat melihat lokasi musuh.
"Shadow, tango's base in 50 meters." Ujar Spear melalui aim-point sniper miliknya.
Romeo sudah berada di pohon sebelah, dia turut melihat asap yang muncul tidak jauh dari kedudukan mereka.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...