•BAB 51•

3.1K 130 8
                                    

ARALYN duduk di beranda. Angin sepoi-sepoi menyapa wajah mengundang kedinginan malam. Entah kenapa hati memberontak enggan membenarkan lena membawanya ke alam mimpi. Seakan ada sesuatu yang tak sepatutnya terjadi cuma tidak tahu apakah itu.

Perut yang bulat dia usap perlahan dengan senyuman tatkala merasakan si kecil itu menendang. Sudah beberapa kali kaki satu lagi nyawa ini menolak-nolak dari dalam.

"Anak mummy... lasak ni sebab rindu daddy ke? Sabar ya, nanti daddy balik." Katanya perlahan.

Selang beberapa saat berkata begitu, bunyi ketukan pintu bilik tidur buat tumpuan pada perut beralih pada Puan Rossalia dan Tuan Rays yang kelihatan cemas masuk ke dalam ruangan tersebut. Reyanna pun nampak cemas sekali.

"Mama? Papa? Kenapa ni?" Aralyn menyoal pelik.

"Ara bersiap sekarang, kita pergi hospital."

"Siapa sakit?"

"Anaqi cedera masa operasi." Tuan Rays menjawab.

"Hah!?"

SAMPAI saja di hospital, Aralyn lihat semua sudah ada depan pintu wad kecemasan. Rhys, Diluc, Irvan, Tengku Qidran dan Jebat duduk di kerusi.

"Macam mana? Anaqi okay tak?" Soal Aralyn.

"Tak tahu lagi, puan." Azraf menjawab.

Aralyn jadi tak keruan. Puan Rossalia dan Reyanna sampai menggamit tangan menantunya untuk duduk kerana dia tak berhenti mundar-mandir depan pintu wad kecemasan.

"Sabar, Ara. Doa banyak-banyak untuk Anaqi." Pujuk Puan Rossalia.

Aralyn diam tapi hati tetap mendoakan supaya suaminya dalam keadaan selamat.

Selang beberapa jam, doktor keluar dari ruangan kecemasan. Serentak itu juga yang lain bangun menerpa orang bertanggungjawab memastikan Anaqi akan terus bernyawa.

"Semua ni waris encik Raid Anaqi ke?"

"Macam mana dengan kawan saya, doc? Dia hidup tak? Kalau dia mati, saya akan seru dia bangun balik cari doc sebab tak selamatkan nyawa dia." Tengku Qidran mula melalut hingga tangan Irvan dan Rhys serentak naik lalu...

Pak!

Pak!

"Aduh!" Tengku Qidran terus cangkung depan doktor yang terpinga-pinga.

"Maaf, doc. Budak ni memang otak hilang sikit. Dulu lahir kena rendang kuda. Itu yang melalut tu." Jebat berkata sambil geleng kepala. Orang ni tengah kalut fikir pasal Anaqi, boleh pula Qidz buat perangai bangang kat sini.

"Macam mana suami saya?" Doktor pandang Aralyn.

"Puan isteri dia?"

Aralyn angguk. Kau tak nampak ke perut aku yang memboyot ni? Kalau aku laga ada terbang keluar hospital nanti. Gerutu hati Aralyn.

"Jangan risau, puan. Suami puan dalam keadaan stabil. Kami berjaya selamatkan dia dan mungkin takdir menyebelahi kerana tiba tepat pada waktunya. Jika tak, encik Raid akan pergi sebelum tiba ke sini kerana kehilangan banyak darah." Jelas doktor panjang lebar. Ra

Tengku Qidran dekatkan kepala ke telinga Irvan.

"Doktor ni sampaikan berita baik atau bergurau kasar bab mati ni? Nak bagi reaction macam mana sekarang ni?" Irvan jeling Tengku Qidran. Ada makan penampar lagi sekali ni karang.

"Diam." Muncung sedepa bibir Tengku Qidran. Aku tanya je...

"Boleh saya masuk jumpa suami saya?"

"Boleh, puan. Dia tengah berehat dan kejap lagi kami akan bawa dia ke wad kelas pertama. Tapi kalau nak jumpa sekarang, hanya seorang saja dibenarkan." Kata doktor. Dia kenal muka-muka di sini, mereka Ni orang-orang yang ada nama jadi wajarlah kalau Anaqi berada di wad persendirian.

Aralyn pandang Puan Rossalia dan Tuan Rays. Mertuanya seakan faham terus beri anggukan menyuruh dia masuk berjumpa Anaqi.

Baru dua tapak Aralyn melangkah, tiba-tiba tangannya menyentuh perut. Dahinya mula berkerut bila rasa sesuatu yang belum pernah dia alami sebelum ini.

"Kak Ara?" Reyanna menegur. Kenapa kakak iparnya tiba-tiba kaku depan pintu? Tangan naik mahu menggapai lengan Aralyn tapi terbantut bila wanita mengandung itu paling tubuh menghadap ke arahnya.

Bunyi air buat semua mata pandang kaki Aralyn.

"Ara?"

"Ara rasa Ara– Argh! Ara nak bersalin!" Suasana yang tadinya senyap dan tenang terus berubah riuh dengan jeritan Aralyn mahu bersalin.

"Oh no! Bomba! Bomba! Bini kawan saya nak bersalin! Panggil semua jabatan kerajaan sekarang!" Tengku Qidran dah berlari ke hulu ke hilir macam dia pula mahu beranak.

Rhys, Diluc, Jebat dan Irvan tepuk dahi. Mula dah si biul ni.

Tuan Rays geleng kepala.

"Bawa dia masuk was bersalin sekarang!" Doktor panggil beberapa orang jururawat untuk bantu Aralyn ke wad bersalin bersama Puan Rossalia dan Reyanna. Mereka memapah Aralyn untuk naik ke atas katil beroda.

"TERAN lagi puan! Push! Push!" Jururawat dan doktor memberikan semangat untuk Aralyn bersalin tapi sudah lebih 15 minit namun, bayi masih belum keluar.

Doktor sudah mati akal, macam mana nak buat ni?

Aralyn berpeluh. Sakitnya tak dapat dibayangkan. Yang dia perlukan sekarang ini ialah...

Suaminya.

"Anaqi..." Dia perlukan kekuatan dari sang suami tapi dirinya sedar situasi sekarang perlu dihadapi seorang diri.

Aralyn kuatkan hati. Dia cuba meneran beberapa kali tetap saja tak berjaya. Saat hampir putus asa, satu sentuhan pada tangan buatnya berpaling. Dalam samar-samar, dia nampak satu wajah dengan muka tenang memberi senyuman padanya.

Anaqi.

"Abang..."

"Abang ada kat sini, abang teman Ara bersalin ya?" Nada Anaqi memujuk itu seakan memberi ketenangan padanya.

"Abang..."

"Sama-sama. Sedia?" Aralyn ukir senyuman dengan anggukan. Genggaman tangan mereka dieratkan Anaqi seperti memberi kekuatan pada isterinya.

"Push! Push! Kita dah nampak kepala dia!" Doktor sudah sedia menyambut kehadiran satu lagi nyawa yang sedang Aralyn perjuangkan untuk bawa keluar melihat dunia.

"Arghhh..."

"Uwek... Uwek..." Dengan sekali teran, suasana dalam labour room itu bergema dengan tangisan bayi yang baru lahir.

"Congratulations, it's a boy." Kata doktor menjalankan prosedur selepas bersalin. Bayi pula diserahkan pada jururawat untuk dibersihkan.

Saat itu, jatuhnya air mata seorang lelaki melihat seorang ahli keluarga yang baru lahir ke dunia. Mata Anaqi beralih semula pada Aralyn yang kelihatan lelah setelah bertarung nyawa namun masih boleh tersenyum padanya.

Anaqi rapatkan dahinya dengan dahi Aralyn. Bibir mula menutur sesuatu cukup mereka berdua saja dengar.

"Terima kasih, young lady. This is the most precious gift ever."

Aralyn angguk kepala tanpa membalas sebelum dia terlena sendiri kerana kepenatan. Anaqi kembali duduk di kerusi setelah labuhkan satu ciuman pada ubun-ubun isterinya.

Balutan pada luka di abdomen disentuh. Anaqi toleh pada doktor yang merenung arahnya, tajam saja panahan mata lelaki itu pada dia.

"Saya suruh awak rehat, kan?" Doktor menyoal geram.

"Biarlah. Kalau saya tak datang tadi belum tentu isteri saya boleh melahirkan anak kami." Balas Anaqi. Tadi dia paksa diri untuk bangkit dari katil mahu menemani isterinya bersalin tanpa ambil peduli kecederaan yang dialami.

Padanya, sakit bersalin tak sama dengan sakit ketika berperang. Jadi, jangan mimpi dia akan biarkan Aralyn lalui fasa ini seorang diri.

Doktor geleng kepala. Susah ada pesakit keras kepala.

"Nanti kami masukkan isteri awak dalam wad awak. Jadi, tak payah nak keluar cari pasangan masing-masing. Lagipun, nak mudahkan awak berinteraksi dengan baby nanti." Kata doktor.

Anaqi angguk sebelum...

"Noh pengsan! Nurse! Ada pesakit pengsan!"

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now