RHYS memandang Anaqi yang berdiri di sisi katil dan Aralyn yang terbaring itu silih berganti, dapat dia lihat wajah masing-masing ada lebam tapi dia takkan komen pasal tu sebab ada benda lain yang dia nak tanya.
"Anak perempuan siapa kau kidnap ni, Rayn?" Soal Rhys ingin tahu, agak terkejut ya bila dia melihat Anaqi bawa balik perempuan.
Bukan dia saja terkejut malah seluruh keluarga Marquis terkejut dengan kemunculan Anaqi mendukung seorang gadis sewaktu masuk ke dalam rumah.
Anaqi pandang Rhys, dia berjalan ke arah abang dia dan menyerahkan dua objek pada lelaki itu.
Terangkat kening Rhys memandang benda yang berada di tangan Anaqi. Sepucuk pistol Glock 17 dan pisau belati.
"Apa ni?"
"Kalau kau nak tahu perempuan ni siapa, kau check guna cap jari dia pada benda ni and get all the information about this girl." Jelas Anaqi.
"Okay then. Ada apa lagi yang kau nak minta?" Rhys bertanya ingin tahu sebab apa yang Anaqi cakap tadi ialah sebuah pertolongan yang diminta kerana adik dia ni pun nak tahu siapa perempuan pengsan tu.
"Padam semua recording cctv kat KR Hotel. Jangan ada satu copy pun." Pinta Anaqi.
"Boleh." Rhys toleh pandang Diluc di belakang.
"Diluc, uruskan sekarang." Pistol dan pisau itu diserah pada Diluc dan lelaki itu menurut, terus dia keluar dari bilik tidur Anaqi untuk menjalankan kerja.
Tinggallah Anaqi dan Rhys bersama Aralyn yang terbaring tidak sedarkan diri itu.
"Apa kau nak buat ni?" Rhys tahu Anaqi takkan bawa perempuan sembarangan balik kecuali kalau ada tujuan.
Anaqi diam, dia sedang berfikir apa dia nak buat dengan Aralyn kerana dia tahu ada sesuatu mengenai diri gadis itu lagi-lagi bila mata hitam itu mempunyai satu rahsia yang berat tersimpan.
"Island." Kata Anaqi.
Rhys jungkit kening.
"Pulau mana?"
"Manila. One of my islands." Dengan kata-kata itu, Rhys sudah faham apa yang Anaqi akan buat dengan Aralyn.
"Consider it done, kau nak bertolak bila?"
"As soon as possible sementara dia belum sedar."
"Aku siapkan private jet ke Manila sekarang." Kata Rhys berjalan keluar meninggalkan dua manusia berlainan jantina itu dalam bilik, Rhys buat begitu sebab dia tahu Anaqi tahu jaga diri.
Anaqi tatap wajah Aralyn, dia rasa bersalah juga sebab dah pukul perempuan bila lihat wajah gadis itu ada lebam. Lengan pun sama tapi nak buat macam mana kalau gadis itu pun sama naik bantai dia siap nak tikam dengan pisau lagi.
Kira adil sama-sama sakit.
Dan dalam tidak perasan, ada tiga kepala menjengah dari pintu bilik Anaqi.
"Agak-agak Rayn tu dah jatuh cinta ke?" Puan Rossalia menyoal.
"I tak tahu tapi I think our son has its own reason sampai dia nak bawa that girl pergi pulau dia." Jawab Tuan Rays, kalau betul Anaqi nak bercinta jadi dia sebagai ayah tidak akan menghilang.
Puan Rossalia angguk setuju.
Reyanna pula tersengih-sengih sambil rakam Anaqi yang menemani seorang gadis yang tidak sedar diri, pertama kali dalam sekarang hidup Marquis untuk melihat abang Rayn dia a.k.a Anaqi si harimau kutub itu menemani perempuan.
My brother jatuh cinta ke tu?
"WHAT!?" Suara Karios bergema tatkala menerima berita daripada Caleb yang Aralyn hilang.
"Macam mana dia boleh hilang?" Dingin Karios menyoal, tak pernah lagi dia menerima berita yang ahli Outlaw hilang ketika misi dan ini kali pertama ia terjadi.
"I don't know, boss. Kali terakhir aku dapat trace dia masa dia nak ke lif exit." Terang Caleb dalam panggilan.
"Fuck!"
Semakin Karios rasa serabut, ini kerana kalau Aralyn hilang...macam-macam benda yang akan terjadi dan salah satunya ialah maklumat mengenai Outlaw akan bocor sekaligus meruntuhkan organisasi yang sudah seperti empayar ini.
"Apa arahan kau sekarang ni, boss?" Soal Caleb.
Karios diam sejenak, otak dia bergerak memikirkan apa yang perlu dia buat sekarang kerana kehilangan Aralyn akan hancurkan semua benda yang dia bina selamat ini.
Dan tiba-tiba, dia terfikir sesuatu. Bibirnya menyenget sinis, dah tiada cara lain dalam fikirannya sekarang ini iaitu...
"Keluarkan maklumat pada polis pasal Rabbit." Arah Karios membuatkan Caleb tersentak.
"Biar betul, boss?" Soal Caleb tidak percaya.
Dedahkan maklumat pasal Aralyn pada pihak berkuasa? Itu satu arahan yang cukup gila pernah dia dapat daripada Karios.
"Just do it sebab aku tahu dia takkan boleh lari kalau dia plan untuk khianat Outlaw. Once dah government dah dapat trace dia, kill Rabbit before they reach her." Itulah arahan Karios, dia tahu akan ambil masa untuk cari Aralyn menggunakan Outlaw tapi lebih senang menjadikan gadis itu buruan bunuh organisasi itu dengan memberi maklumat supaya gadis itu dikehendaki.
Caleb tidak membantah, dia matikan panggilan dan terus membuat panggilan pada salah seorang hacker Outlaw untuk mendedahkan jenayah yang Aralyn buat selamat ini.
Sorry Rabbit, I can't help you this time.
ARALYN berdiri di tengah kawasan yang dia sendiri tidak tahu di mana, apa yang dia lihat di sekeliling ialah hitam gelap dengan bunyi-bunyi haiwan dalam tropika hijau itu.
"Aku kat mana ni?" Soalnya sendirian.
"Aralyn..." Ada suara bergema dalam hitam itu buat Aralyn tercari-cari, dalam masa yang sama dia rasa meremang dengan suara yang seakan berbisik itu.
"Siapa tu?" Nada kuat dia gunakan menyoal empunya suara yang masih menyeru namanya tanpa henti.
"Diam!" Kedua belah tangan Aralyn sudah naik menekup telinga seraya dia beringgung di atas tanah itu namun namanya masih lagi diseru-seru hinggalah...
"Hayra..."kepala diangkat memandang suara lembut itu.
That voice...
"Mama?" Seorang wanita dengan senyuman berdiri di hadapannya, terus dia bangun memeluk tubuh itu dengan erat.
"Mama! Hayra rindu mama!" Ucap Aralyn dengan nada sayu, pelukan pada tubuh wanita itu dieratkan lagi seperti tidak mahu melepaskannya pergi.
"Mama pun rindu Hayra tapi mama dah takde kat sini."
"Kenapa?" Aralyn regangkan pelukan. Dia tatap wajah wanita itu dan kali ini wajah yang tadinya ada senyuman sudah berubah bengis bersama kepala yang mempunyai darah yang memancut, baju juga sudah basah dengan cecair merah pekat berserta bau hanyir.
"Because you're a monster..."terundur beberapa tapak Aralyn bila ayat itu kedengaran, kepala digeleng untuk beberapa kali.
"Monster."
Beberapa kali perkataan itu bergema di kepala Aralyn.
"No! I'm not!"
"You're a monster, Aralyn Zuhayra!"
"No!" Terbuka luas mata Aralyn seraya dia bangun dari baringnya, nafas tercungap-cungap dengan dahi yang berpeluh.
Beberapa kali dia cuba mengambil nafas sebelum dia reda kemudian dia perasan sesuatu, dia toleh pandang sekeliling.
Bilik tidur mewah dengan hiasan warna putih keemasan.
"Aku kat mana ni?" Perkara terakhir yang dia ingat ialah dia ada bergasak dengan seorang lelaki sebelum dia hilang kesedaran. Dia tunduk memandang tubuhnya yang sudah ditukar baju kepada t-shirt hitam dan seluar track.
Bunyi pintu dikuak itu menarik perhatian, dia angkat wajah dan wajah bingungnya tadi terus berubah saat melihat gerangan yang membuka pintu bilik tersebut seraya memandang ke arahnya.
"You're awake."
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...