•BAB 17•

6.6K 493 20
                                    

TERPEGUN Aralyn melihat air terjun yang berada di depan mata, tidak sangka ada air terjun yang lagi cantik daripada tempat dia berehat ketika jatuh tebing dulu. Rasa tenang saja bunyi aliran air itu bersama angin nyaman yang menyapa wajah, sesekali dia memandang kakinya yang direndam.

Sejuk tapi seronok.

"Aralyn." Dia memandang Anaqi yang melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Kau nak apa? Bukan tadi kau duduk sana ke tadi?" Soal Aralyn, dia nampak Anaqi tadi duduk di atas batu sungai yang berada di sebarang. Alih-alih muncul kat sebelah dia pula.

"I just want to ask something." Anaqi buat tidak endah dengan soalan Aralyn.

Sebelah keningnya terjungkit ke arah Anaqi memberi izin untuk lelaki itu mengajukan soalan yang mahu ditanyakan.

"Kau mimpi apa sampai kau selalu menjerit and menangis?" Gerakan kaki Aralyn dalam air itu terhenti tatkala soalan itu menerjah telinga dia.

Serta merta dia pandang Anaqi di sebelah, wajahnya tiba-tiba berubah kelat sebelum kembali pandang ke hadapan.

"Mimpi ngeri biasa je." Katanya perlahan.

"It's not ordinary nightmare when you always cry and scream in your sleep." Ujar Anaqi tapi Aralyn masih lagi pandang ke depan.

Aralyn hela nafas panjang, dia selit rambutnya ke belakang telinga membuatkan Anaqi sedikit terpana memandang sisi wajah jelita Aralyn.

Beautiful indeed.

"Villains were made, not born. So was I, I was made to be a criminal." Mendengarkan itu, Anaqi mula pasang telinga mendengar luahan Aralyn.

"People call me a monster the moment they know I'm the one who killed my own family." Kali ini Anaqi tersentak, dia tatap wajah gadis itu tidak berkelip.

Tanpa menoleh, Aralyn sudah tahu Anaqi terkejut dengan pengakuan dirinya dan dia sendiri belum tentu dapat menghadam kalau berada di tempat Anaqi.

'He will judge me.' Itu fikir Aralyn, tapi dia silap saat Anaqi bersuara.

"Apa yang jadi sebenarnya?" Aralyn pandang Anaqi.

"Kau tak rasa aku ni manusia yang takde hati perut ke bunuh keluarga sendiri?" Soal Aralyn, dia pelik dengan riak wajah Anaqi yang tampak sangat tenang.

Anaqi rapatkan jarak antara mereka kemudian dia rendam kedua belah kakinya bersebelahan dengan kaki Aralyn.

"I'm not a person who judge people. Plus, I don't even care about people's histories because the past makes them become what they are today and that includes you, young lady." Lembut saja Anaqi berkata pada Aralyn.

Entah kenapa, ayat Anaqi itu kedengaran sangat menenangkan hatinya.

"So, tell me what happened?" Anaqi pandang Aralyn, tumpuan sepenuhnya dia berikan pada gadis itu dengan telinga sedia mendengar apa sahaja yang bakal didengar.

Aralyn hela nafas.

"KAU ni budak yang bawa sial kau tahu!" Jerkah seorang lelaki 30-an pada seorang gadis berumur 10 tahun yang duduk memeluk lutut dengan air mata yang mengalir.

"Kariz! Kau dah gila ke apa nak bunuh budak ni!" Halang seorang wanita sebaya lelaki tadi yang memegang pisau.

Kariz pandang isterinya.

Zahiera.

"Kau diam! Kau tahu tak budak ni dah banyak bawa sial pada kita! Ini semua bila bapak kau nak wariskan semua harta keluarga pada dia, habis kita ni dapat apa? Habuk?" Kariz pandang Zahiera sebal.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now