•BAB 25•

7.3K 463 9
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN.

"Rabbit dah kahwin? Dengan siapa?" Soal Karios terkejut dengan berita yang baru Avin sampaikan, dia terbangun dari duduknya memandang ke arah lelaki itu.

"Tak tahu, boss. Tapi ada orang kata dia dah kahwin cuma identiti suami dia dirahsiakan termasuk keberadaan diorang sekarang."

"Sial!" Karios membentak.

"Cari diorang sampai dapat! Kalau tak aku bunuh korang semua!" Tinggi nada Karios memberi arahan pada Avin dan orang-orang Outlaw yang lain untuk cari Aralyn.

Dia boleh jadi gila kalau dia tak dapat bunuh Aralyn.

"Baik, boss!" Avin menurut tapi sebaik sahaja mereka pusing tubuh untuk keluar dari ruang tamu, tiba-tiba...

Boom!

Bunyi letupan di hadapan mansion Outlaw mula kedengaran. Masing-masing menjengah ke arah luar untuk melihat apa yang terjadi bila mereka mendengar bunyi tembakan tanpa henti dari luar.

Membulat mata Karios bila melihat satu kumpulan beruniform yang sedang berbalas tembakan dengan orang-orang Outlaw, dia kenal pasukan berpakaian hitam itu.

VAT69!

"Macam mana diorang tahu tempat ni?" Jerkah Karios mencapai pistol yang terletak di meja.

"Tak tahu, boss!" Jawab Avin, dia sendiri tidak tahu macam polis tentera itu tahu tempat ini sedangkan tempat ini agak terpencil serta sukar diketahui kerana tiada orang akan tahu ada rumah agam di kawasan hutan tersebut.

Bang!

Bang!

Bang!

Sekelip mata, beberapa orang yang berada dalam mansion itu turut rebah tidak bernyawa bila terkena tembakan sniper VAT69.

"Sniper!" Jerit Avin, mereka terus berlindung manakala Karios memikirkan cara untuk dia keluar dari sini tanpa tertangkap.

"Move! Move!" Shadow bergerak bersama beberapa lagi VAT69, mereka turut membalas tembakan musuh tanpa membiarkan satu peluru pun terlepas daripada sasaran riffle yang mereka gunakan.

"Shoot to kill!" Arah Shadow.

Shadow bersama Musang dan Ayam berlindung di balik tembok bila mereka semakin rapat ke arah rumah agam tersebut. Kepala menjengah ke arah beberapa orang musuh yang leka membalas tembakan tanpa sedar ada tiga hantu sudah berhampiran.

"Musang, Ayam." Mereka memandang isyarat tangan Shadow. Ketua mereka melihat tangan Shadow memberitahu jumlah tangos serta membuat isyarat ibu jari ditarik dari leher kiri ke kanan.

Musang dan Ayam faham dengan isyarat Shadow, mereka angkat senjata riffle masing-masing kemudian terus membidik sasaran yang masih tidak sedar akan kehadiran mereka.

"Titik." Arah Shadow sepatah.

Bang!

Bang!

Bang!

Orang-orang itu terus terbaring di hadapan tangga masuk ke mansion tersebut. Dengan pantas Shadow, Musang dan Ayam bergerak sambil berwaspada dengan musuh yang mungkin akan menyerang hendap mereka.

"This Shadow, we're breaking in the mansion. Send a few back up. Spear, Romeo...cover us."

"Copy that." Spear dan Romeo menyahut sambil mereka memerhati musuh yang berada dalam rumah agam tersebut.

Shadow, Musang dan Ayam mula masuk. Mereka melalui laluan yang membawa mereka ke ruang tamu yang luas dengan chandelier tapi kelihatan berantakan kerana ada kesan tembakan yang banyak di situ.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now