•BAB 41•

6.8K 451 14
                                    

SEMINGGU telah berlalu, semua sudah beransur baik. Zahein sudah dipenjarakan bersama ahli-ahli Outlaw untuk jangka masa yang agak panjang atas jenayah-jenayah yang dilakukan walaupun itu mengejutkan semua anggota polis dan VAT69 sendiri saat tahu pasal siapa diri Zahein yang sebenarnya.

Tapi dalam masa seminggu juga, Anaqi langsung tidak bercakap Aralyn dan itu buat Aralyn jadi tak tentu arah bila suami dia bukan saja tak bercakap malah tak tidur sebilik pun. Namun, suaminya tetap jalankan tanggungjawab dengan memasak dan membersihkan rumah serta cuci pakaian mereka.

Rhys dan Diluc pula sudah kembali ke Sepanyol untuk sambung menjalankan tugas mereka sebagai seorang keluarga Marquis.

Aralyn tolak pintu bilik gaming Anaqi dan melihat suaminya itu sedang ralit bermain permainan video.

Dia menarik dan menghembus nafas untuk beberapa kali, dia sudah nekad mahu pujuk suami dia. Tak lena tidur dia malam-malam kerana tak dapat peluk suami, peluk baju suami pun tetap tak boleh nak bagi dirinya lena.

Sempat Aralyn menilik pakaian tidurnnya malam ini, dia mengenakan baju tidur satin bertali halus paras peha berwarna merah dengan jubah satin yang sama warnanya.

Ini pun dia tanya mama mertua dia sendiri iaitu Puan Rossalia tentang macam mana nak pujuk suami.

"Pakai baju tidur yang mama pernah bagi kat Ara dulu, mesti Rayn suka. Lagipun, bukan untuk orang lain...untuk suami sendiri juga."

Itu apa yang Puan Rossalia cakap padanya dan dia akan buat sebab bukan tak biasa goda suaminya sendiri.

Perlahan dia mengorak langkah menghampiri Anaqi yang masih belum sedar akan kehadirannya dalam bilik tersebut.

Tangan Aralyn memeluk belakang leher suaminya membuat tubuh itu serta merta mengeras.

"Sayang..." Dengan nada menggoda suara Aralyn menyapa pendengaran Anaqi.

Bulu roma Anaqi naik, dah apahal seram sangat ni? Ditambah lagi dengan haruman liar yang menusuk ke dalam hidungnya, beberapa kali air liur ditelan kesat.

"Sayang..." Sekali lagi Aralyn memanggil tapi kali ini, jari wanita itu mula bermain pada jawline Anaqi.

Pejam mata Anaqi dibuatnya sambil dalam hati sudah mengucap, setan apa pula yang kacau dia masa dia tengah main game ni? Dahlah wangi semacam baunya dengan suara attractive pula tu.

Geram dengan suaminya yang masih tidak beri respon, Aralyn pusing kerusi yang Anaqi duduki menghadap ke arahnya kemudian diletakkan kedua belah tangan pada tempat rehat tangan di kerusi tersebut.

"This is the third time I'm calling you, sayang." Kata Aralyn dengan mata menikam mata biru laut milik Anaqi.

Anaqi pandang wajah Aralyn kemudian turun memandang baju yang dikenakan oleh wanitanya, liur ditelan kesat untuk sekali lagi melihat baju tidur yang seksi itu.

Punggung dilabuhkan pada riba suaminya, konsol yang berada di tangan diambil dan diletak atas meja. Wajah suaminya itu ditatap bersama tangan merangkul leher Anaqi.

"Kau marah aku lagi ke, sayang?" Soal Aralyn lembut.

Anaqi tidak respon, otak dia tidak berfungsi. Ini isteri dia ke bunian alam ghaib?

"Sayang, aku tanya kau ni...kau marah aku lagi ke, yang?" Rengek Aralyn menggomol pipi suaminya untuk beberapa kali.

Bagai tersedar dari lamunan, beberapa kali Anaqi geleng kepala.

"Apa kau cakap tadi?"

Aralyn tahan senyum lucu, terhibur tengok muka Anaqi yang blushing sebab dia. Telinga pun dah merah.

"Kau marah aku lagi ke, sayang?" Tangan Aralyn mula bermain dengan rambut suaminya yang messy itu.

"Suami mana yang tak marah kalau isteri dia senyap-senyap keluar tanpa pengetahuan suami. Itu satu hal, lagi problem pergi ambush markas pembunuh sorang-sorang macam nak serah diri pada tuhan." Bebel Anaqi datar, geram dia dengan Aralyn pasal kes menyerang Outlaw minggu lepas tak hilang lagi.

Aralyn cebik bibir, dia kucup muka suaminya beberapa kali membuatkan mata suaminya itu terkedip-kedip.

"Sorry, okay?"

"Senang kerja, ya? Buat salah lepas tu sorry, kalau apa-apa jadi masa tu...tak pasal-pasal aku jadi duda mati bini. Kau tahu?" Aralyn sengih tak bersalah mendengar leteran Anaqi.

"Sorrylah, yang...jangan marah aku lagi, aku rindu laki aku. Dah seminggu dia palau aku, palau takpe tapi siap tinggal aku tidur sorang-sorang kat dalam bilik tu. Kejam betul laki aku tu." Adu Aralyn sambil merehatkan dagu di bahu suaminya.

"Itulah, laki kau tu merajuk tapi kau pula biar dia sorang-sorang. Padanlah muka, siapa suruh taknak pujuk." Balas Anaqi selamba dalam nada sindir isteri sendiri.

Aralyn angkat kepala, dia tepuk dada suaminya. Sempat lagi jantan ni perli aku.

Anaqi ketawa kecil tengok wajah cemberut isterinya, nak sangat mengadu kan? Aku balas balik dengan satu perlian khas.

"Kau dah tak sayang aku ke, yang? Asyik marah je dari tadi." Aralyn bersuara dengan bibir yang sudah memuncung ke arah suaminya.

Tangannya naik merangkul pinggang Aralyn.

"Sebab aku cinta, sebab aku sayanglah...aku marah bila kau buat macam tu, young lady." Ayat itu buat rama-rama muncul dalam diri Aralyn, bibir yang memuncung tadi beransur menjadi senyuman dimple buat suaminya.

"Aku pun cintakan kau, sayang." Balas Aralyn memeluk suaminya dengan erat.

"Esok kau dah masuk hutan, kau nak biar aku tidur sorang lagi ke?" Soal Aralyn sebaik saja merenggangkan sedikit pelukan mereka.

"Kau dah pakai macam ni lepas tu nak tanya lagi." Mata biru laut Anaqi melirik Aralyn atas bawah dengan senyuman misteri.

Terus saja Aralyn terjerit suka bila Anaqi mula dukung dia macam koala, tahulah apa yang akan jadi sebentar lagi.

Yeay! Suami dah tak palau aku!

IRVAN duduk di ruang tamu sambil mengusap kepala tiga anak buahnya iaitu Ezekiel, Emir dan Eldian. Masing-masing sudah terlelap ketika menonton filem bersama Irvan, bukan Irvan yang ajak tapi kembar tiga ni yang ajak.

Tak padan dengan umur empat tahun ajak tengok cerita seram, punyalah takut sampai panjat kepala Irvan nak lindungi diri daripada tengok jumpscare serta hantu yang muncul dalam filem yang mereka tonton.

"Kroh...kroh..."

Bunyi dengkuran seseorang membuatkan Irvan angkat kepala lalu digeleng melihat satu sosok tubuh yang tidur dalam keadaan terbalik di ATA's sofa.

"Buruk betul model kalau tidur." Kutuk Irvan pada Ezfan yang tidur dalam keadaan tidak sopan, buat malu betul.

"Diorang tidur ke, Van?" Irvan pandang bapak kepada triplets iaitu Ezran yang baru muncul dari dapur bersama Maleeka dan Ezyan dengan cawan di tangan.

"Dah tersadai dah, penat jerit tengok jumpscare." Geleng kepala Irvan tengok tiga anak saudaranya itu.

"Yang itu pula jadi dugong?" Soal Ezran memandang adik kembarnya yang dah macam dugong terdampar, macam manalah kau boleh jadi model terkenal?

"Abang, Lee angkat anak-anak masuk bilik ya?"

"Abang tolong sekali." Ezran membantu Maleeka mendukung anak-anak mereka lalu naik ke atas.

Ezyan mendekati abang sulung mereka.

"Kau nak air tak?"

"No, thanks." Irvan baru mahu bersandar pada sofa tapi terbantut bila ada mesej masuk ke dalam telefonnya, dia terus lihat pesanan yang baru dia terima.

Serta merta wajah Irvan berubah seraya menghela nafas panjang mengundang kerutan pada dahi Ezyan.

"Kau okay ke, Van?"

"Aku keluar kejap."

"Pergi mana?" Soal Ezyan.

"Ada hal sikit. Nanti aku balik." Ezyan angguk memandang Irvan yang menyarung hoodie sambil mencapai kunci kereta McLaren sebelum keluar dari rumah itu.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now