•BAB 13•

6.8K 492 30
                                    

AVIN berdiri di hadapan Karios, dia dipanggil oleh lelaki itu menghadap.

"Yes, boss?" Soal Avin.

"Any updates pasal Rabbit?"

"Buat masa ni still no updates, boss." Jawab Avin membuatkan rengusan kasar Karios kedengaran seraya tangan naik menghentak meja geram dengan jawapan yang Avin berikan.

Bam!

Terangkat bahu Avin kerana hentakan kuat pada meja hingga cawan pun jatuh di atas lantai hingga pecah.

This old man is mad.

"I don't care macam mana kau nak buat, aku nak kau pastikan yang korang dapat trace Rabbit sampai dapat." Wajah Karios merah menahan amarah dengan panahan mata berapi dia hadiahkan pada Avin.

Avin telan liur kesat melihat wajah berang lelaki itu,

"Kau dengar ke tak?" Jerkah Karios.

"Dengar boss!" Sahut Avin, gentar dia dengan kemarahan Karios sekarang ini lagi-lagi bila revolver lelaki itu sudah diacu ke arah wajahnya.

"Out!"

Avin pusing dan terus keluar dari bilik itu meninggalkan Karios, nyaris saja dia hilang nyawa jika ketua Outlaw itu mengikut emosi.

Karios meletak kasar pistol enam peluru itu di atas meja, dia raup kasar rambutnya ke belakang sambil nafas dihela kasar.

Hati dia takkan tenang selagi Aralyn masih tidak dapat dijejak.

"Where the fuck are you, Rabbit?" Dia menyoal sambil menegur kasar araknya.

ARALYN memeluk tubuh, dia berjalan dalam hutan dengan mata meliar di sekeliling dirinya. Dalam hati sudah mempersoalkan diri kenapa dia masih berada di sini lagi?

"Aralyn..." Suara yang menghantui Aralyn itu kembali kedengaran sekaligus menghentikan langkah Aralyn.

"Siapa tu?"

"Aralyn..." Sekali lagi suara itu menyapa halwa telinga Aralyn, cuma nada kali ini lebih seram Bila suara tersebut mendayu-dayu di sekeliling hutan hujan itu.

"Keluar! Tunjukkan diri kau!" Jerkah Aralyn sudah hilang sabar.

Suara itu masih lagi ada cuma ia sudah berubah daripada Aralyn kepada...

"Monster..." Tiba-tiba tubuh gadis itu mengeras, suara itu kedengaran betul-betul di sebelah telinga kanannya membuatkan kepala teralih ke arah datangnya suara tersebut.

"Who the fuck are you! Tak kelakar sial!"

"You're a monster, Aralyn Zuhayra!" Suara garau pula menyapa sebelah kiri Aralyn pula dan serta merta gadis itu jatuh terduduk bila ada wajah menyeramkan menyergah dia.

Seorang lelaki dengan kepala yang sudah pecah bersama darah yang membasahi daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Senyuman sinis lelaki menakutkan itu ukir pada Aralyn yang sudah mengesot ke belakang sampai belakang tubuhnya akhirnya bersandar pada sebatang pokok.

"Aralyn Zuhayra...you're a monster..." Suara itu sampai lagi pada deria pendengaran Aralyn.

Kepala digeleng beberapa kali.

"I'm not a monster." Katanya, matanya pula sudah berkaca.

Tiba-tiba lelaki itu mencekik kuat leher Aralyn seraya menolak kuat tubuh Aralyn hingga terangkat tubuhnya dengan nafasnya yang sudah tercungap-cungap.

"Aralyn Zuhayra...you're a heartless monster who doesn't care about people!"

Aralyn tidak boleh membalas kerana sudah mula hilang nafas, air matanya turut mengalir deras di pipi.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now