•BAB 20•

7.3K 467 37
                                    

SEKELILING dirinya itu cerah seakan dia berada di dalam satu bilik putih yang tidak mempunyai satu objek. Yang ada dalam bilik itu hanya...

Dia.

"Aku kat mana ni?" Kepala menoleh di setiap penjuru namun masih tiada apa, dia cuba kerah otak dia untuk ingat kembali apa yang terjadi dan...

Dia ditembak.

Aralyn tunduk memandang tubuhnya tapi langsung tiada luka tembakan dan ini semakin buat dia bingung.

"Aku dah mati ke?" Soalnya pada diri sendiri kemudian dia menangkap satu suara yang cukup lembut memanggil namanya.

"Hayra...puteri mama dan papa." Laju kepala menoleh dan dari tempat dia berdiri, kelihatan dua sosok tubuh yang sangat dia kenali tengah tersenyum memandangnya.

Mata Aralyn tiba-tiba berkaca, bibir pun sudah bergetar.

"Mama...papa..."

Mereka tersenyum sambil mendepakan tangan ke arah Aralyn.

Dengan laju Aralyn berlari dan memeluk tubuh mama dan papanya dengan erat.

"Hayra rindu mama dengan papa."

"Mama dengan papa pun rindu Hayra." Ujar Hayleen sambil menggosok rambut Anak perempuannya.

Aralyn dongak pandang dua wajah itu.

"Papa dengan mama takkan tinggal Hayra lagikan?" Soal Aralyn dengan mata yang sudah banjir.

Amar senyum, dia usap lembut pipi Aralyn sambil berkata dengan nada yang lembut.

"Kami tak pernah tinggalkan Hayra, kami sentiasa ada dengan Hayra...dekat sini." Jari telunjuk Amar terhala pada hati Aralyn.

Aralyn senyum, dia kembali peluk mereka.

"Tapi...belum sampai masa lagi untuk Hayra bersama dengan kami." Kata-kata itu membuatkan Aralyn kembali memandang wajah jelita mamanya.

"Maksud mama?"

"Perjalanan Hayra masih jauh dan sekarang Hayra kena bangun, ada yang menanti Hayra kat sana." Dahi Aralyn semakin berlapis, ada orang menanti dirinya di sana?

Di mana?

"Bangun Hayra, bangkit dari semua ni. Teruskan hidup Hayra." Ujar Amar pada Aralyn sebelum semuanya menghilang daripada pandangan mata Aralyn.

PERLAHAN mata Aralyn terbuka bila dia menangkap suara beberapa orang yang berbadan cemas.

"Doktor! The patient is conscious!" Serentak itu, mata Aralyn disapa dengan wajah doktor yang memakai pakaian pembedahan.

"Aralyn, do you hear me? Kalau dengar Saya, kelip mata sebagai jawapan." Pinta doktor tersebut.

Aralyn kelip mata sekali.

"Alhamdulillah!" Doktor dan para jururawat itu menarik nafas lega, mereka dah berjaya membawa gadis itu lepasi tahap kritikal kerana kehilangan banyak darah.

"Nurse, sediakan wad untuk patient." Arah doktor itu sebelum dia kembali memandang Aralyn.

"Miss Aralyn boleh berehat dulu, kami akan bawa miss pindah ke wad sekejap lagi."

Aralyn tidak membalas dan dia kembali terlelap.

TENGKU QIDRAN menyenggol bahu Irvan untuk beberapa kali untuk menarik perhatian lelaki itu.

"Apa, Qidz?" Soal Irvan memandang Tengku Qidran, terganggu kejap dirinya yang tengah layan TikTok.

Mulut Tengku Qidran memuncung ke arah Irvan seakan menunjuk sesuatu dan Irvan menoleh, dia lihat Anaqi yang duduk di sisi katil dengan mata yang langsung tidak lepas dari wajah Aralyn.

"Kau tengok member kau tu, dia buat kerja gila betul. Singgah Spain sekejap jumpa abang dia lepas tu terus fly balik Malaysia untuk Aralyn. Jet lag pun macam takde dalam diri tu."

"Biarlah dia, kau bitter ni kenapa?"

"Bukan apa, jarang-jarang dapat tengok Anaqi macam ni. Lain macam betul kalau dia risaukan seorang perempuan, rasa macam aura VAT69 dia hilang kejap bila dengan Aralyn." Tebak Tengku Qidran.

"Okaylah juga dia jadi macam tu untuk satu perempuan, daripada kau dah ada scandal setengah dozen pun masih tak berubah perangai buaya tembaga tu." Bidas Irvan, dia betul-betul sindir Tengku Qidran bila dah dapat peluang ni.

Tengku Qidran mencebik, aku cakap pasal Anaqi tapi aku pula terjebak. Aku seorang takpe tapi scandal setengah dozen tu pun Van libatkan, dasar kawan.

"At least aku ada scandal, kau ada siapa?"

"Aku ada Allah."

Zap!

Tersentap terus Tengku Qidran dengan ayat makan dalam khas dari Irvan, betullah yang aku takkan boleh menang lawan mulut dengan Irvan.

"Kau ni, Van. Tak payah sentapkan aku." Rajuk Tengku Qidran, tak suka ah kena sentap macam ni.

"Dah kau yang minta kena sentap, jadi kau terima jelah kena sentap dengan aku." Balas Irvan.

Tengku Qidran terus pusing peluk tubuh, merajuk 10 minit dengan Irvan.

"Sikit-sikit marah, sikit-sikit marah."

Irvan sudah jeling ke atas menyampah, mula dah drama rajuk Tengku Qidran. Jangan mimpi aku nak pujuk kau.

Anaqi tidak ambil peduli dengan Irvan dan Tengku Qidran yang berada di sofa itu, tumpuan dia hanya pada Aralyn.

Ditatap wajah pucat itu kemudian pandangan mata birunya turun ke pakaian hospital yang tersarung elok pada tubuh gadis itu, dia dapat lihat balutan pada tubuh Aralyn.

Mujur dia sempat tiba sebelum Karios lepaskan tembakan. Kalau tidak, dia akan jadi manusia paling menyesal kerana lambat untuk datang pada Aralyn.

"Maaf kalau aku lambat datang pada kau." Tutur Anaqi perlahan.

Entah apa yang menghasut dia saat tiba di Spain untuk menyampaikan sesuatu pada Rhys, terus saja dia arahkan Diluc bawa dia kembali ke Malaysia kerana hatinya rasa tidak tenang seakan sesuatu bakal berlaku pada Aralyn dan sangkaan dia tepat bila dia lihat tubuh gadis itu terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah saat dia tiba di bilik persendirian kelab malam tersebut.

Tanpa Anaqi sedar, sebelah tangannya naik mengusap wajah putih gebu itu.

Irvan dan Tengku Qidran yang melihat adengan itu dengan pantas membuka kamera merakam serta tangkap gambar untuk dihantar pada Jebat dan Diluc.

"Cepat sedar, aku tunggu kau ni."

Dan Tengku Qidran pengsan bila Anaqi cakap begitu.

"SIAPA diorang? Macam mana diorang boleh ceroboh bilik aku?" Jerkah Karios pada Avin serta orang-orang Outlaw yang menunduk memandang lantai kerana gentar dengan kemarahan Karios.

Mereka kini berada di rumah agam Outlaw yang terletak di satu lokasi yang tidak diketahui malah tidak akan dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

"Aku tanya ni, jawablah!"

"Tak tahu, boss! Kitorang langsung tak tahu siapa diorang."

Jawapan Avin mengundang maki hamun daripada Karios, ditatap tajam ke arah mereka sambil dia memandang luka tembakannya yang sedang dibalut salah seorang perempuan seksi.

"Aku nak kau cari siapa diorang and siapa yang berani tembak aku." Arah Karios dingin.

"Baik, boss!" Mereka semua menurut sebelum keluar dari ruangan itu.

Karios tidak puas hati, dia akan cari siapa yang berani campur tangan urusan dia dengan Aralyn termasuk yang berani lepaskan peluru ke arah tangan dia.

I will find you and kill you all!

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now