IRVAN memandang sosok tubuh yang berada di hadapannya. Setelah beberapa kali dipinta, akhirnya Irvan berada di sini berhadapan dengan orang yang dia langsung tidak mahu jumpa sekarang ini.
Ferza Nadine Hades.
Gadis yang menolak dan menghina dirinya hingga dia pergi healing di Amsterdam untuk berbulan lamanya tanpa sebarang khabar.
"Thank you for finally coming to see me, I really appreciate it." Ferza bersuara dengan nada yang mesra.
"Cakap apa yang kau nak cakap, aku takde masa nak tunggu kau punya opening sentence." Kata Irvan mendatar, dia di sini kerana terpaksa kalau tidak dia memang tidak mahu berjumpa dengan Ferza.
Jangankan jumpa, perempuan itu bernafas pun Irvan tidak mahu.
Bukan dia benci tapi hatinya sakit setiap kali teringat balik lemparan kata-kata Ferza kepadanya sewaktu dia cuba mendapatkan kembali hati gadis itu.
"Kau dah jadi macam anjing yang dah dibuang tuan. Dan sekarang, kau nak aku pula jadi tuan kepada kau. Sorry, Van...I don't takes stray dogs to be in my life. They belong to the streets, not me."
Irvan takkan boleh lupa bila Ferza samakan dia dengan seekor anjing. Dia sendiri pun tak pernah hina gadis itu apatah lagi memakai hamun padanya.
Melihat wajah Irvan yang datar saja, Ferza hela nafas panjang. Dia kena cakap juga dengan Irvan, kalau tidak dia sendiri akan menyesal.
"Okay, aku jumpa kau sebab aku nak...aku nak..." Tak terkeluar ayat yang Ferza mahu cakap, tak tahu kenapa susah nak cakap bila dengan Irvan ni padahal memang dia patut luahkan apa yang patut sekarang ni.
Irvan sudah mula nak hilang sabar tapi dia tahan, dia tunggu saja apa yang Ferza nak cakap. Kalau benda tak berbaloi, memang dia angkat kaki sekarang juga.
"Kau nak cakap apa?"
"Aku nak minta maaf dengan kau." Ujar Ferza.
Sebelah kening Anaqi terjungkit, dah kenapa pula perempuan ni minta maaf dengan dia? Buang tabiat dah ke?
"Kau nak minta maaf dengan aku untuk apa? Kau ada buat salah ke? Setahu aku...kita dah lama tak jumpa, I mean kau sendiri dah memang tak ingin pun nak hadap muka aku. So, why you say sorry to me?"
Soalan Irvan itu kalau difahamkan, ada sindiran terhadap Ferza. Jika gadis itu bijak, mesti boleh faham dengan sindiran yang Irvan sampaikan padanya.
Ferza ketap bibir.
"Come on, Van. I'm sorry about what I said to you."
"Sorry? Sorry?" Tawa sinis Irvan mula kedengaran dan apa yang buat Ferza tersentak ialah saat melihat wajah lelaki yang selalunya tenang serta lembut itu berubah menjadi sangat dingin.
Senyuman di wajah lelaki itu pun bukan lagi memaparkan kemanisan kerana...
It's the devilish smile.
"Lepas apa yang kau cakap kat aku, kau hina aku...kau ingat semudah tu untuk aku maafkan? Hah? Ferza Nadine Hades?" Irvan bersandar, tangan disilang pada dada bersama tatapan yang tajam ke arah gadis itu.
Ferza terdiam sejenak.
"Tapi kau tak boleh salahkan aku sebab kau datang balik pada aku bila Aufiya tinggalkan kau macam sampah." Kata Ferza, mungkin dia boleh guna kisah Aufiya dan Irvan untuk mendapatkan kemaafan lelaki itu.
"Tapi tu tak bermaksud kau boleh samakan aku dengan anjing. Lagipun, kau tak pernah ungkap perasaan kau pada aku. Jadi, bukan semua salah aku." Balas Irvan senang dan padat cukup untuk buat Ferza mati kata.
Melihat Ferza dalam keadaan tidak mampu bersuara lagi, Irvan terus bangun dari duduknya sambil meletak beberapa keping not berwarna ungu di atas meja.
Iris kelabunya tajam menikam ke arah Ferza.
"Aku boleh maafkan kau tapi aku tak boleh lupa apa yang kau cakap pada aku, Ferza. Sedangkan aku sendiri tak pernah hina kau sebagai binatang sekalipun. But you..." Irvan jantung ayat dia, elok dia tak sambung sebab ayat yang dia akan cakap boleh menyakitkan hati gadis itu.
"Macam ni jelah, kau buat apa yang boleh buat kau bahagia. Aku nak ucap selamat pengantin baru since kau akan kahwin dengan Garren Declan tak lama lagi but I'm sorry...I won't be there."
Ferza angkat wajah pandang Irvan, dia tak tahu nak balas apa kerana terkejut dengan apa yang Irvan baru kata, lelaki itu takkan ada masa hari pernikahan dia dan Garren di Itali nanti.
"Van..."
"Excuse me, I got to go." Irvan menepis tangan Ferza saat gadis itu cuba meraih tangannya. Gadis itu tak layak menyentuh dia, lelaki anjing yang dibuang tuan.
Dia pandang Ferza sekilas.
"Kau pernah cakap kau takkan ingin bersuamikan lelaki macam aku, lelaki tak guna yang datang balik pada kau sebab ditinggalkan cinta lama."
Irvan terus melangkah pergi dari restoran itu meninggalkan Ferza yang jelas-jelas terkedu dengan tindakan Irvan menepis tangannya, mata dia berkaca-kaca bila dia ingat balik apa yang dia buat pada Irvan.
Kata-kata dia.
Hinaan dia terhadap Irvan.
Semua itu buat dia rasa bersalah sangat, dia dah jadi punca Irvan berubah macam itu sekali.
She broke someone who sincerely wants her and now he goes away from her without looking back even for a second.
ANAQI naik ke bilik sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dia tiba di rumah agak lewat kerana tersekat di jalan raya, jadi dia lihat rumah sudah gelap menandakan isterinya kini sedang lena dalam bilik.
Masuk saja dalam bilik, mata Anaqi sudah terpandang ke arah Aralyn yang lena di atas katil dalam posisi mengiring.
Dia berjalan perlahan tidak menghasilkan bunyi dan melutut bersebelahan katil memandang isterinya sambil menopang dagu.
"Cantiknya young lady aku ni." Ucapnya perlahan sambil menyelit rambut Aralyn ke belakang telinga.
Terasa ada sedikit gangguan pada lena, Aralyn celik mata dan benda pertama yang menghiasa pandangan matanya ialah...
Wajah suami kesayangan dia.
Raid Anaqi.
"Sayang? Bila sayang balik?" Perlahan Aralyn bangkit dari baring sambil menggosok lembut matanya, suara dia pun serak basah.
"Baru je, sorry ganggu kau tidur."
"Haip...no kau aku, tak elok." Kata Aralyn tiba-tiba buat Anaqi kerut dahi pelik.
"Kenapa pula tak elok? Okay je selama ni kau aku." Ujar Anaqi.
Pap!
"Aduh..." Lengannya yang ditampar tadi digosok perlahan bersama dahi yang berkerut.
"Memanglah dulu okay je, tapi sekarang tak okey sebab nanti baby kita dengar."
"Oh baby dengar..." Anaqi angguk faham.
Eh?
Baby dengar?
Laju kepala dia pandang Aralyn yang sudah tersenyum penuh makna ke arahnya, elok dia melutut terus saja dia angkat punggung duduk menghadap isterinya.
"B-Baby dengar?" Auto gagap Anaqi bertanya.
Aralyn senyum lucu, comel dengan reaksi suaminya. Dia naik menyentuh pipi suaminya lalu diusap lembut.
"Iya sayang, dalam perut young lady sayang ni dah ada baby kita." Lembut saja Aralyn berkata sambil membawa tangan suaminya menyentuh perut dia yang masih belum menampakkan bentuk.
Anaqi tidak dapat tahan diri dari merembeskan air mata, ini satu berita yang sangat gembira dalam hidup dia. Terus dia tarik isterinya masuk ke dalam dakapan yang erat.
"Thank you, young lady." Ucap Anaqi pada Aralyn yang turut mengalirkan air mata gembira.
Aralyn ingat mula-mula dia lewat beberapa Hari dari hari sepatutnya dia datang bulan tapi bila dia buat pemeriksaan sendiri, barulah tahu yang dirinya sudah membawa satu nyawa baru dalam hidup mereka.
"Ini tanda cinta Raid Anaqi dan Aralyn Zuhayra."
YOU ARE READING
RAID ANAQI
Любовные романыUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...