•BAB 42•

6.9K 463 61
                                    

SEMAK samun dalam hutan itu diredah secara berhati-hati tanpa menghasilkan sebarang bunyi, Anaqi, Azraf, Hilman dan Firdaus sedang menjalankan latihan dalam hutan seperti biasa.

Dalam mereka melangkah, terhenti langkah mereka bila melihat satu makhluk yang menaikkan kepala di hadapan Anaqi sehingga paras ketinggian hampir sama dengan lelaki itu.

Azraf, Hilman dan Firdaus sudah cuak melihat makhluk itu.

Ular Tedung Selar.

King Cobra!

"Anaqi..." Panggil Firdaus tapi Anaqi angkat tangan supaya mereka diam, mata biru laut lelaki itu masih lagi menikam mata ular tedung yang berada di hadapannya tanpa rasa takut.

Sss...

Ular tedung itu menjelir lidah di hadapan Anaqi.

"Kau ni, kat sini juga kau nak muncul. Tadi takde pula nak kau nak muncul time aku redah sungai. Pergi sana main jauh-jauh, aku dengan buddies aku tengah training ni." Marah Anaqi sambil menghalau ular tedung tersebut.

Ular tedung itu sudah seperti mahu menyerang Anaqi tapi Anaqi tetaplah tenang berhadapan dengan salah satu haiwan berbisa yang boleh membawa maut terhadap manusia.

"Anaqi...ooo...Anaqi, kau tak reverse ke? Tali pinggang hitam tu macam nak attack kau tu..." Perlahan Azraf panggil Anaqi, dia dengan buddy yang lain pula naik risau tengok ular berbisa tu.

Sebaik saja ular tedung itu mula menyerang, Anaqi pantas mengelak lalu tampar kepala ular itu menggunakan tangan kanannya yang tersarung sarung tangan kulit membuatkan ular itu tersembam ke atas tanah.

"Hah itu makan dia, aku suruh pergi tak nak. Ada hati nak serang aku lagi." Selamba Anaqi berkata pada ular itu.

Azraf, Hilman dan Firdaus ternganga.

Dia tampar macam tu je kepala ular tedung?

King Cobra pula tu yang dia tampar.

Ular itu sekali lagi mahu mematuk Anaqi tapi sebelah tangan Anaqi pantas menangkap kepala haiwan itu sambil dia mengelak pancutan bisa daripada terkena dirinya.

Pak!

Pak!

Pak!

Beberapa kali kepala ular tedung itu ditampar oleh Anaqi macam dia sedang tampar manusia.

"Biasa dia ni! Biasa dia ni nak patuk orang tu! Orang suruh balik tak mahu, nak juga attack bisa dia kat orang." Dah macam marah budak-budak Anaqi buat pada ular tedung selar itu.

Lepas beberapa minit buli ular itu, barulah Anaqi letak ular tersebut atas lantai.

"Dah balik sana, jangan buat macam tu lagi kalau nampak aku. Kalau tak, aku sembelih kau buat korban nanti." Laju ular tedung itu masuk ke dalam semak lepas mendengar ayat ugutan daripada Anaqi.

Anaqi geleng kepala, dia tepuk tangan dia yang berdebu untuk beberapa kali sebelum dia toleh memandang ke arah Azraf, Hilman dan Firdaus.

Rahang mereka masih jatuh melihat kejadian itu, siapa je tak terkejut tengok manusia buli ular macam buli member. Siap mencecet member lari lepas kena ugut.

"Korang apahal?"

"Aku nak tanya kau soalan, boleh?" Soal Hilman.

"Apa?"

"Kau dulu banyak duduk dalam hutan ke masa kecil?"

"Dah kenapa korang tanya macam tu?" Soalan Hilman dibalas dengan soalan.

"Takdelah, manalah tahu kau dulu memang anak Tarzan sampai ular tedung pun kau boleh buli. Ni kalau gajah lalu pun kau buat member jadi transport dalam hutan." Hilman memberi jawapan pada Anaqi membuatkan yang lain angguk setuju.

Anaqi tak tahu nak gelak ke nak apa sebab apa yang Hilman cakap tu macam buat nak pijak orang pun ada.

"Dah jangan mengarut. Hari pun dah nak senja, baik kita set up pondok kat sini sebelum gelap, lagipun tadi aku nampak ada buluh kat belakang laluan ni. Dalam 20 kinit" Arah Anaqi melihat langit yang mula mengubah warna.

"Roger, boss." Azraf, Hilman dan Firdaus terus berpecah untuk menjalankan tugas mereka masing-masing.

Azraf dan Hilman cari buluh dan tali pokok manakala Firdaus pula akan uruskan unggun api serta mencari sumber air terdekat yang boleh mereka gunakan.

Anaqi?

Anaqi akan memburu haiwan untuk dijadikan santapan.

Biasanya Anaqi hanya pasang perangkap saja untuk memburu kerana di hutan yang mereka jalankan latihan adalah berbeza dan habitat yang menghuni belantara itu juga ada sedikit perbezaan.

Jadi, setiap hutan yang menjadi tempat latihan, Anaqi akan lakukan pemburuan dengan cara yang berbeza mengikut suasana dalam hutan tersebut.

Senapang M16 diselempang ke belakang, busur dan panah yang dibuat menggunakan sumber hutan itu dibawa ke depan. Parang pun turut dia gunakan jadi dia letak di belakang seluar.

Anaqi bersembunyi di balik semak samun, mata dia memerhati seekor rusa yang sedang makan tumbuhan dan langsung haiwan itu tidak sedar akan kehadiran pemangsa di situ.

Panah dipasang pada busur lalu ditarik, sasaran ditetapkan pada kaki rusa tersebut.

Pak!

Terbaring rusa itu atas tanah bila panah itu tembus kakinya, haiwan tersebut tidak dapat melepaskan diri kerana kakinya sudah cedera sekaligus akan membuatkan pergerakannya terbantut.

Anaqi melangkah ke arah rusa bersama dengan parang yang sudah dipegang. Dengan lafaz bismillah, Anaqi menyembelih haiwan itu.

Baru saja dia mahu angkat haiwan yang sudah disembelih itu, dia melihat ada beberapa ekor serigala yang muncul dari semak yang berada di kelilingnya.

"Tadi tedung, ni askar serigala pula muncul. Lepas ni apa? Buaya?" Guman Anaqi perlahan sambil memandang kawanan serigala yang mengelilingi dirinya.

Grr...

Serigala-serigala itu menatap Anaqi tidak ubah seperti mangsa yang akan dijadikan makanan.

"Pergi dari sini, aku malas nak bergaduh dengan korang. Aku cakap baik-baik ni, kalau tak ada yang hilang mata nanti." Kata Anaqi tenang, dia sudah keluarkan parang dari sarung.

Serigala-serigala itu berhenti di posisi, salah seekor daripada mereka mula mengorak langkah ke hadapan dan kini menghadap Anaqi bersama tatapan yang tajam.

Grr...

Anaqi senyum senget, nampaknya serigala yang berhadapan dengannya ini ialah seekor alpha. Ketua kepada kawanan yang mengelilingi dirinya sekarang ni.

"Kau alpha? And kau nak ajak 1 by 1 dengan aku?"

Serigala itu menyalak sebagai jawapan ya.

"Kalau itu kau nak, bertempur kita sekarang."

Sekali lagi serigala itu menyalak padanya sebelum dia laju melompat ke arah Anaqi.

Anaqi mengelak sambil menghayun parang itu pada bahagian leher serigala tersebut, hanya sekadar calar.

Serigala itu merenung Anaqi sebelum kembali menerpa lelaki itu sekali lagi dan dengan pantas Anaqi mara dan menolak tubuh haiwan berbulu tersebut.

Kini, serigala itu berada di atas tanah dalam keadaan baring menghadap ke sisi bersama parang Anaqi terhala pada lehernya.

"Kau dah kalah." Ujar Anaqi merenung mata serigala tersebut.

Bila lihat serigala itu sudah tenang, barulah Anaqi bangkit dari menahan haiwan berbulu tersebut dari terus baring.

Serigala itu bangkit memandang ke arah Anaqi, dia menunduk kepala seakan hormat pada makhluk yang telah mengalahkan dirinya.

"Kau baik tapi janganlah serang aku kalau terserempak lagi, kita kawan eh? Tak mahu lawan-lawan dah, okay?" Anaqi usap kepala serigala itu dan serigala itu menerima tanpa melawan atau menyerang, serentak itu juga serigala yang lain mendekati dan mengikut apa yang ketua mereka buat.

Setelah itu, barulah kawanan tersebut bergerak meninggalkan Anaqi.

Anaqi dah geng dengan kawanan serigala nampaknya.

Bila lihat cuaca semakin gelap, Anaqi terus pikul rusa yang disembelih tadi lalu dibawa ke arah tapak pondok mereka.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now