"MACAM MANA dengan Azraf? Dia okay ke tidak?" Zahein menyoal Doktor Sefia yang merawat buddy mereka. Hilman dan Firdaus turut menerpa doktor perempuan itu bertanyakan soalan yang sama.
Anaqi pula hanya diam tidak bersuara menanti apa jawapan yang Doktor Sefia bakal berikan.
"Jangan risau, Azraf dah lepas tahap kritikal. Dia bernasib baik peluru tak terkenal pada jantung, kalau tidak memang dah tiada jalan untuk selamatkan dia." Jelas Doktor Sefia.
Mereka terus meraup wajah syukur yang Azraf selamat, kalau apa-apa jadi pasti mereka salahkan diri kerana tidak dapat melindungi buddy mereka.
"Boleh kami masuk tengok dia?" Firdaus meminta izin.
"Silakan." Doktor Sefia memberi keizinan pada mereka untuk masuk ke dalam bilik rawatan itu.
Zahein pandang Anaqi yang bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh, kosong saja wajah lelaki itu.
"Kau nak masuk tak?"
"Korang masuk, sampaikan salam aku Azraf. Aku ada hal."
"Hal apa?" Zahein kerut dahi, pelik kalau Anaqi ada hal selain melibatkan kerja mereka berkhidmat untuk negara.
Anaqi tidak menjawab, dia hanya bagi isyarat mata untuk Zahein masuk bersama Hilman dan Firdaus.
Nasib baiklah Zahein faham isyarat itu, kalau tidak mahu dia terus menyoal sampai dia tahu hal apa yang Anaqi maksudkan.
Baru saja Anaqi pusing tubuh nak pergi, lengannya dipegang oleh Doktor Sefia. Keningnya terangkat memandang gadis itu.
"Awak patut berehat, luka awak baru saja dibalut." Mata bundar gadis itu turun pada lengan Anaqi yang dibalut.
Anaqi tidak bersuara, dia tarik lengannya daripada pegangan Doktor Sefia. Dia tidak suka akan disentuh tanpa kebenaran.
Sedar akan tingkahnya, Doktor Sefia lantas menunduk memandang lantai.
"Sorry." Ucap Doktor Sefia.
Jeda.
Masih lagi tiada balasan dari Anaqi. Saat gadis itu angkat wajah, lelaki itu sudah pun menjauh membuatkan dia menghela nafas panjang.
He's still cold.
ANAQI berjalan sambil mengeluarkan telefon miliknya, nombor Nara didail.
"Maestro Rayn." Suara Nara kedengaran.
"Dah jumpa?" Soal Anaqi mendatar.
"All our guards are looking for Lady Aralyn right now, kami yakin yang Lady Aralyn masih ada di sini sebab kita tiada pengangkutan untuk keluar dari pulau maestro." Nara memberi penjelasan pada Anaqi.
Petang tadi, Aralyn hilang ketika mendaki bukit di hutan belakang villa pulau Anaqi dan sehingga sekarang gadis itu masih lagi belum ditemui oleh orang-orang keluarga Marquis.
Anaqi merengus perlahan.
"Aku balik sana sekarang and pastikan korang cari dia sampai dapat."
"Yes maestro." Panggilan itu terus dimatikan dan tika itu juga langkah dia terhenti bila ada dua sosok tubuh berdiri di depannya, malah salah seorang dari dua sosok tubuh itu tersengih kambing ke arahnya.
Ah shit!
"Cari dia sampai dapat ya? Dia tu siapa? Marka ka?" Kening Tengku Qidran terangkat beberapa kali dengan sengihan tidak lekang dari wajahnya.
Irvan pula dengan wajah tenang dia tapi Anaqi boleh nampak lelaki itu kemam bibir menahan diri daripada melepaskan tawa.
Memang hanat betul Tengku Qidran ni.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomantizmUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...