ARALYN tersenyum saat melihat nama pemanggil telefon yang menghubunginya di tengah malam ini.
'Sayang❤️'
Punat hijau ditekan dan telefon pantas dibawa ke telinga, tidak sabar nak dengar suara suami tercinta. Ya...memang kau seorang saja Aralyn yang ada suami.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam, sayang." Balas Aralyn sambil tersenyum.
"Young lady, kau buat apa?"
"Tunggu kau call, yang. Ingat dah lupa bini." Sengaja Aralyn nak bergurau dengan suami dia ni, dapat bergurau dalam telefon pun jadilah.
"Mana ada aku lupa bini, aku sayang bini aku. Kalau tak sayang takdenya aku nak panjat pokok semata-mata nak cari signal call kau, young lady." Kata Anaqi.
Aralyn ketawa, hati turut berbunga-bunga kerana tahu effort Anaqi panjat pokok kerana ini hari kelima mereka berbual memandangkan suaminya itu perlu jalankan latihan dalam hutan selama dua minggu.
"Aku tanya ni, kau buat apa?"
"Tengok bulan sambil rindu kau, yang." Jawab Aralyn membuatkan tawa Anaqi kedengaran di hujung talian.
"I miss you too, young lady." Balas Anaqi, dia pun sebenarnya sedang bersandar pada batang pokok sambil memandang bulan penuh.
Aralyn senyum malu.
Tapi saya suka!
"Lama lagi ke kau nak balik, sayang?" Soal Aralyn sambil jari menguis kemeja suaminya. Dah jadi hobi kalau suami kerja, baju suami tu dia buat pakai dan tidur buat hilang rindu walaupun memang takkan hilang rindu dia.
"Tak lama pun, young lady. Dalam 9 hari lagi kau tengok muka aku kat rumah. Time tu kau nak lepas rindu ke apa ke silakan, aku terima dengan rela hati." Pujuk Anaqi membuatkan Aralyn ketawa kecil.
"Nanti aku tuntut, kau siap kau balik nanti, yang."
"Yes, ma'am." Kata Anaqi.
PRANG!
Bunyi sesuatu pecah itu membuatkan perhatian Aralyn teralih, dia dengar bunyi pecah dari tingkat bawah.
"Bunyi apa tu?" Soal Anaqi dalam talian, dia pun dengar bunyi sesuatu dipecahkan.
"Tak tahu, aku pergi check sekejap. Jangan letak call." Pesan Aralyn, dia sarung seluar track dan hoodie kemudian telefon ditekap semula pada telinga.
"Young lady, listen. Ada pistol kat bawah meja solek tu. Use it." Arah Anaqi lalu Aralyn bergerak ke meja solek berhadapan katil, terus dia tarik satu laci dan kelihatan sepucuk Glock 17 bersama 3 magazin peluru elok ada dalam laci tersebut.
Aralyn senyum sinis, nampaknya suami dia dah bersedia jika ada penceroboh terlepas masuk ke dalam rumah.
"Young lady, are you there?" Suara Anaqi bertanya.
"I'm here, sayang. Sekejap, aku ambil airpod." Satu airpod dipasang pada telinga bagi memudahkan Aralyn berkomunikasi dengan suaminya.
"Be careful, aku takkan letak sampai kau cakap semua okay." Tegas Anaqi pada Aralyn, dia jauh sekarang jadi dia hanya boleh berada dalam panggilan saja untuk tahu keadaan isterinya.
"Okay, sayang. Tunggu sekejap, aku periksa bawah." Aralyn memegang pistol itu dengan kedua belah tangan, magazin sudah dimasuk ke dalam poket seluar track.
Perlahan dia turun ke bawah, Anaqi pula masih dihujung talian.
Dari tempat Aralyn berdiri, dia sudah nampak pintu sliding door yang membawa ke halaman rumah itu sudah terbuka luas menandakan ada orang sudah pecah masuk ke dalam.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...