"MAJU ke depan! Jangan bagi diorang lepas masuk dalam markas kita!" Musuh memberi kata-kata pada rakan-rakannya agar tidak gentar membalas serangan VAT69 dan tanpa mereka sedar, pasukan polis tentera itu sudah pun berada di dalam kawasan markas mereka.
Bang!
Bang!
Bang!
Sekelip mata saja, ramai sudah tumbang sebelum sempat bertindak. Shadow, Musang dan Ayam mara tanpa gentar bersama jari tidak melepaskan picu raifal masing-masing. Belakang mereka bertiga dijaga sniper membuatkan musuh tidak mampu mendekat apatah lagi melepaskan peluru dari muncung senjata api pada mereka.
"Musang, pukul 3!"
Musang menembak musuh yang berada di salah satu pondok mengacu AK-47 pada mereka.
"Ayam, pukul 7!" Ayam pantas baling bom tangan pada musuh yang baru keluar dari tempat persembunyian setelah isi peluru senjata api miliknya.
Shadow pula mara menembak musuh. Terkadang dia ubah posisi dengan Musang atau Ayam untuk mengisi peluru sebelum mereka kembali ke kedudukan asal.
Sedang Shadow menyerang, ada hantu cuba menyelinap dari tepi pondok buluh yang dekat dengan kawasan pokok bakau. Baru saja dia mahu tetak Shadow guna parang, sebelah tangan Shadow terlebih dahulu melalukan kerambit tepat pada leher lelaki itu.
Kedua belah lutut lelaki tersebut jatuh atas lantai papan. Tangan pula memegang leher bersama mata terbelalak.
Musang dan Ayam tak terkejut pun. Shadow memang tangkas dalam bertempur. Jadi, tak boleh disangkal lagi kebolehan seorang Raid Anaqi.
Shadow mara ke depan dan tiba-tiba...
"RPG!" Shadow menjerit serentak Musang dan Ayam meniarap bila nampak Ismet muncul secara mengejut dengan RPG di tangan.
"Shadow! Itu Ismet! Ketua kumpulan militan!" Musang berkata sambil menembak ke arah Ismet berlindung di belakang beberapa kotak kayu tersebut.
"Zahein on sight! Pukul 12! Dalam pondok kayu!" Kali ini tumpuan Shadow terus beralih pada Zahein. Boleh nampak senyuman sinis dari lelaki yang berada di pondok itu sebelum dia menghilang.
Musang dan Ayam dipandang.
"Tangkap Ismet. Romeo! Cover me!"
"Copy that!" Romeo menyahut dalam earpiece. Shadow terus bangkit menuju ke pondok Zahein menyorok. Musang dan Ayam memastikan yang Ismet tidak menghalang Shadow daripada menguruskan Zahein.
Jejak saja kaki Shadow dalam pondok tersebut. M4 di tangan terus diacu ke depan mencari kelibat Zahein. Perlahan dia melangkah ke setiap ruangan pondok kayu tersebut.
Kosong.
"Zahein! Keluar dan serah diri sekarang!" Shadow memekik. Tapi tiada sahutan pun yang kedengaran namun...
"Mampus kau, Anaqi!" Anaqi terundur ke belakang bila Zahein hayun parang. Hampir saja terkena dada tapi bilah tajam itu menyentuh tali yang berpaut pada senapang Anaqi lalu terputus.
Tak sempat apa-apa, kaki Zahein menendang Anaqi hingga belakang tubuhnya terhempas tepat dinding pondok.
"Buktikan kau terbaik, Anaqi!" Bilah diangkat tinggi kemudian hinggap tepat pada dinding tepi kepala Anaqi.
Anaqi menolak dada Zahein kemudian dia terus tolak kaki menerpa Zahein hingga mereka meja kayu di tengah ruangan patah.
Mereka berdua bergelut. Anaqi berjaya duduk atas dada Zahein. Beberapa tumbukan dilepaskan pada wajah musuh hingga lebam dan bengkak beserta cecair merah pekat mengalir dari hujung bibir lelaki itu.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...