•BAB 29•

6.9K 486 13
                                    

MASUK saja ke dalam bilik, Anaqi lihat Aralyn duduk membaca buku dan isterinya itu masih belum sedar akan kehadiran dirinya dalam bilik tidur mereka.

Dia perlahan berjalan ke arah katil. Tubuh statik berdiri di tepi memandang sisi wajah isterinya yang kelihatan fokus membaca buku...

Eh...Andai Itu Takdirnya!?

'Mana bini aku dapat buku tu?' Soal Anaqi dalam hati, tidak pernah dia tahu yang rumah ni ada simpan novel itu. Nampak sangat dah lama tak tinggal dalam rumah keluarga Marquis ni.

Anaqi perhati saja muka isterinya.

Berkerut-kerut dahi Aralyn membaca novel itu, dengan wajah merah dia. Tak tahulah tengah tahan marah ke malu ke tapi dari apa yang Anaqi nampak, tahan marah betul ni.

"Bodoh punya Syed Aizril, ni dapat kat aku memang aku kerat 20!" Terhinjut bahu Anaqi bila Aralyn jerkah novel macam tu, tapi rasa macam diri sendiri pun kena jerkah walaupun tak buat salah.

Dahsyatlah penangan novel sekarang.

Tapi, seronok pula tengok Aralyn fokus. Ini peluang nak tilik wajah isteri puas-puas kerana Rhys sudah pesan, jangan lepaskan peluang untuk tatap isteri masa dia tak fokus pada suami.

Anaqi mula melutut di tepi katil, terus dia tongkat dagu pandang isterinya yang masih emosi membaca novel itu.

Cantik isteri aku.

Ya, Anaqi. Memang kau sorang je bini.

Terasa diperhatikan, Aralyn angkat kepala dan mata dia bertembung dengan mata suaminya yang sedang menatap ke arahnya sambil menopang dagu.

"Be-Berapa lama kau ada kat situ?"

Anaqi tidak menjawab, khayal tengok isteri sendiri sampai tersenyum.

Aralyn sudah seram, dah kenapa suami dia ni senyum macam tu? Ada mimpi dijemput kematian ke?

"Anaqi."

Tiada respon.

"Anaqi."

Masih tiada respon.

Aralyn naik geram, novel tadi ditutup dan...

Pak!

"Aduh!" Terbaring Anaqi di atas lantai bersama novel yang elok melekat pada wajahnya, bila masa pula novel ni terbang?

Aralyn tahan tawa, sumpah kelakar tengok suami dalam keadaan terpinga-pinga bangun dari baring dengan novel itu.

Ini makan dia kalau orang panggil tak menyahut!

"Nah novel kau, entah macam mana boleh ada sayap terbang ke muka aku." Kata Anaqi yang masih tak perasan yang buku tu tadi dibaling oleh isterinya.

Aralyn yang sudah tidak boleh tahan ketawa akhir melepaskan tawa sepuas-puasnya kerana tidak tahan dengan suaminya yang masih blur.

Bila melihatkan tawa itu, Anaqi terkaku. Tawa isterinya itu kedengaran merdu saat menusuk masuk ke dalam telinga ibarat dia dengar alunan muzik.

"Kau ni boleh tahan blur ya kalau bukan dalam mod komando." Kata Aralyn dengan sisa tawa yang masih ada. Kalau dia rekod video tadi, memang setiap hari dia ulang sebab nak ketawa.

"I love your laugh."

Langsung terhenti tawa Aralyn bila Anaqi kata begitu, dia kembali pandang suaminya yang masih tersenyum manis ke arahnya.

Oh not that beautiful smile!

"Kau mengarut apa ni?" Aralyn berpaling ke arah lain, dia tak boleh tengok senyuman suaminya itu. Bahaya untuk jantung dia nanti.

Anaqi letak buku di night stand sebelum dia panjat katil merapati isterinya, kaki dibawa bersila saat dia betul-betul sudah duduk menghadap gadis yang masih memandang ke arah lain.

"Aku cakap aku suka masa kau ketawa, nampak cantik." Puji Anaqi dengan nada yang lembut membuatkan telinga Aralyn kian memerah menahan malu.

Perasan akan perubahan telinga isteri, Anaqi ukir senyuman mengusik. Dia terus tarik lembut dagu isterinya untuk menatap ke arah wajahnya.

"Kau cantik kalau kau terus macam ni."

"Macam apa?" Aralyn pandang dahi Anaqi, tak sanggup nak pandang mata biru laut itu. Rasa macam kena tarik ke lohong hitam nanti kalau dia renung mata cantik suaminya itu.

"Like this, kau ketawa. Nampak lebih cantik, lagi-lagi dimple kau tu tambah aura cantik kau masa ketawa. Aku suka."

Aralyn jadi tak senang duduk, dia dapat rasa perasaan aneh tu datang lagi dengan skala yang sangat besar melanda dalam jiwa dan raga dia sekarang ni.

"Err..." Aralyn jadi tidak tahu nak kata apa, otak dia pun dah macam tersekat di skala 6 kerana masih menghadam ayat Anaqi itu.

Anaqi senyum lucu, dia selit rambut isterinya ke belakang telinga.

"I love this dimple." Ibu jari Anaqi mula mengusap lembut pipi gebu Aralyn dan dia tak perasan yang isterinya itu sudah jadi makin tak keruan.

Tolong! Somebody! Help! Helep!

"A-Aku nak mandi." Cepat-cepat Aralyn mahu turun dari katil tapi sekelip mata lengannya disambar membuatkan dia kembali terduduk.

Mata Aralyn membulat bila dia terduduk atas riba Anaqi, kedua belah tangannya pula sudah terletak di bahu suaminya kerana ditarik mengejut tadi. Dapat juga dia rasa pinggangnya diusap lembut dari belakang.

"I love you."

"Hah!?" Semakin membulat mata Aralyn.

"Te Amo, mi jovencita. (I love you, my young lady.)" Anaqi ulang ayat itu dengan bahasa yang berbeza tapi tetap boleh difahami oleh Aralyn.

Aralyn hilang kata, dia macam tidak jangka Anaqi akan ucap ayat keramat itu.

"Kau cakap sebab kau saja nak ambil hati aku or you mean it?" Soal Aralyn, dia tidak yakin juga sebenarnya jadi dia ingin kepastian.

Anaqi senyum. Dia kucup bibir Aralyn mengejut membuatkan gadis itu tersentak namun dia tidak menolak ataupun hayun penumbuk kat muka suami dia.

Selepas beberapa saat, barulah tautan itu dilepaskan.

"I mean it, aku pernah cakap yang aku jatuh cinta dengan kau and I never lie. I really love you, young lady."

Aralyn rasakan hati dia mula berbunga dengar pengakuan yang ikhlas itu, ada rasa macam rama-rama terlepas dalam perut juga.

"Aku faham yang kau perlu masa but take as many time you want, aku boleh tunggu isteri aku." Kata Anaqi seraya menghadiahkan satu ciuman khas di pipi perempuan istimewa dalam hidupnya itu.

Aralyn tidak dapat menahan diri dari mengukir senyuman dimple miliknya, tangan dia bergerak mengusap pipi suaminya itu sambil berkata dengan nada yang lembut.

"Aku bersyukur ada kau yang muncul dalam hidup aku even aku rasa aku layak mati sebab perbuatan aku dengan orang-orang yang aku bunuh dulu."

"Itu dulu, sekarang kau bukan yang dulu. Kau isteri aku, kau mungkin pembunuh tapi kau tetap aku punya sampai mati." Anaqi mengucup lembut dahi isterinya.

Aralyn menutup mata saat menerima sentuhan hangat di dahinya, kalau betul hati dia sudah mempunyai perasaan cinta pada lelaki yang bergelar suami ini...kekalkan rasa ini sampai hujung nyawa nanti.

"Sebelum aku terlupa, esok aku nak bawa kau pergi satu tempat." Ujar Anaqi sebaik sahaja ciuman pada dahi isterinya itu dilepaskan.

"Tempat apa?" Dahi Aralyn berkerut.

"Tempat untuk aku tunaikan janji aku pada kau."

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now