•BAB 6•

7K 501 13
                                    

MALAM itu The Marquis berdiri di hadapan sebuah bangunan megah iaitu tempat penginapan mewah yang bakal dilancarkan, ramai tetamu V.I.P yang dijemput bagi memeriahkan suasana majlis perlancaran hotel milik Kieran Ramsay itu.

KR Hotel.

Anaqi juga turut serta dalam majlis itu cuma dia memakai mask hitam menutup separuh wajahnya dan berdiri bersama para pengawal peribadi keluarga Marquis yang diketuai oleh Diluc. Ini kerana dia tidak mahu orang tahu siapa dia pada Marquis.

"Maestro sure nak berdiri dengan kami?" Diluc menyoal.

"Aku dah pernah berdiri lebih lama daripada ni, Diluc. For a few hours apalah sangat untuk berdiri macam tunggul kat sini." Balas Anaqi tenang, dia komando dan berdiri lama ni dah macam rutin kalau dia di Malaysia.

Diluc angguk faham.

Anaqi kembali membuang pandang sekeliling ballroom itu dan mata biru dia akhirnya tertancap pada satu sosok tubuh seorang gadis.

Gadis itu mengenakan evening dress paras peha berwarna hitam, rambutnya pula dilepas bebas dan dia hanya menayangkan wajah kosong tidak berperasaan saat ada lelaki-lelaki yang datang menegur.

Sebelah kening Anaqi terangkat.

She's the young lady from the other night.

"Ladies and gentlemen, now it's time for the owner of KR Hotel to give some speech and launch this hotel." Emcee mula membuat pengumuman di atas pentas sekaligus menarik perhatian semua tetamu termasuk Anaqi.

Saat itu, mata Aralyn tajam memandang Kieran yang sedang naik ke pentas dengan wajah yang megah.

Dalam hati gadis itu terukir senyuman sinis, nikmati saat gembira kau sebab tak lama lagi nyawa kau akan meninggalkan jasad.

"Rabbit, do you hear me?" Kedengaran suara Caleb dalam earpiece yang Aralyn pakai, gadis itu terus angkat sebelah tangan menyentuh telinga.

"Kau dah uruskan hotel system?" Soal Aralyn.

"Dah, waiting for your signal but remember that you only have 3 minutes to get out of the ballroom during the blackout." Terang Caleb lebih terperinci apa yang Aralyn perlu tahu.

"Okay then, standby." Arah Aralyn seraya dia memberi tumpuan pada Kieran yang sedang ralit berkata-kata di atas pentas.

"Without wasting our time, now I'm launching the first KR Hotel in Spain." Gunting yang diberikan orang itu Kieran capai untuk memotong reben yang berada di hadapannya.

"Ready in 3..."

"2..."

"1...now." Serentak reben itu putus, ballroom bertukar gelap.

Suasana dalam ballroom menjadi kecoh kerana gelap sangat kemudian terdengar suara Emcee dan Kieran bersuara.

"Don't worry, it's just a technical issue. Remain calm everyone." Kata Kieran menenangkan tetamu yang lain.

The Marquis pula santai di posisi mereka, tenang. Rhys boleh berbual dengan Reyanna dalam gelap manakala Tuan Rays dan Puan Rossalia boleh pula layan Netflix di meja makan mereka itu. Sangat santai.

Kieran tidak bergerak di atas pentas, dia takut kalau tersilap langkah memang tergolek dia dari atas pentas.

"Kieran Ramsay." Kali ini Kieran terkaku.

"Who's there?" Soalnya dengan nada sedikit tinggi.

"Kau dah lupa siapa aku?" Sinis sahaja suara itu menyapa telinga Kieran, bulu roma dia sudah naik meremang.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now