ARALYN yang sedang nyenyak itu tersedar saat dia menangkap bunyi pintu bilik air dibuka, terus dia celikkan mata dan bangun memandang ke arah bilik air tersebut setelah dia menilik jam yang baru menginjak pukul 2 pagi.
Kelihatan suami dia dengan berseluar loreng tanpa baju itu baru keluar menuju ke wardrobe dan menyarung uniform, dia perhati saja perlakuan suaminya hinggalah tubuh sasanya akhirnya berpaling ke arah dia.
"Young lady?"
Aralyn tersentak, dia menunduk bila ditegur. Kantoi pula usha suami sendiri tapi kisah apa aku. Kepala diangkat ke arah suaminya kembali.
"Duty calls?" Soalnya pada Aralyn.
Anaqi senyum kelat, dia angguk perlahan seraya melangkah ke arah katil lalu melabuhkan punggung bersebelahan Aralyn.
Dia sebenarnya berat hati nak tinggalkan isterinya seorang diri di rumah walaupun dia tahu gadis ini mampu jaga diri serta ada orang Marquis menjaga rumah agam ini tapi sebagai suami, rasa risau terhadap isteri itu tetap ada dengannya.
"I'm sorry, aku nak ada masa lagi dengan kau tapi diorang panggil aku." Ujar Anaqi serba salah.
Aralyn geleng kepala, dia usap wajah macam itu bersama seulas senyuman berlesung pipit.
"Aku faham tanggungjawab kau tapi pastikan kau jaga diri." Pesan Aralyn.
Kepala diangguk sekilas.
"Berapa lama kau pergi?"
"Bergantung pada operasi tu sendiri, aku harap sekejap je. Takut rindu kau pula nanti." Sempat lagi tu Anaqi try Aralyn.
Aralyn ketawa kecil sambil geleng kepala, ada-ada saja suami dia ni. Nasib baiklah sayang, kalau tak dah makan penumbuk dah.
"Aku kena pergi tapi kau jangan risau, Van dengan Qidz akan teman kau kat sini. Diorang nanti tinggal dekat guest house depan rumah ni." Kata Anaqi.
Aralyn pun angguk saja, tidak membantah kerana dia tahu suami risau akan keselamatan dirinya walaupun rumah ni je dah dikawal 24 jam oleh orang-orang keluarga suaminya itu.
Anaqi senyum nipis, dia tarik belakang leher isterinya itu lalu dahi gadis itu dikucup lembut membuatkan Aralyn menutup mata menerima sentuhan hangat itu.
"Jaga diri."
Baru saja Anaqi bangun, Aralyn memegang pergelangan tangannya membuatkan lelaki itu menoleh sebelum kembali duduk di sisi isterinya.
Cup!
Terkedip-kedip mata Anaqi saat sesuatu yang lembut menyinggah di bibir, terus senyuman lebar terukir dalam masa sesaat.
"Kalau nak lebih, balik awal sikit and kau hutang aku untuk cerita pasal LRD." Kata Aralyn tanpa rasa malu, nak malu apa kalau dengan suami sendiri.
"Okay then. Aku akan balik secepat mungkin." Anaqi bangun setelah mengusap beberapa kali rambut isterinya dan apa yang buat dia terpana sekejap ialah saat tangannya disalam serta dikucup oleh Aralyn.
Sungguh dia tidak jangka macam ini perasaan saat isteri salam suami ketika mahu pergi kerja. Rasa teruja.
Sempat dia lihat Aralyn kembali lena sebelum dia turun dan keluar dari rumah agam itu. Dalam masa yang sama, Irvan dan Tengku Qidran pun sudah berada di hadapan rumahnya.
"Kau ni kan, kalau aku tak fikir kawan...memang aku tak layan kau punya call suruh aku datang lagi-lagi buta macam ni." Bebel Tengku Qidran sambil gosok mata, mengantuk punya hal.
Irvan hanya diam sesaat sebelum dia buka mulut.
"Berapa lama."
"Around 1 minggu maybe, bergantung tapi aku try untuk balik awal." Ujar Anaqi tenang mendapat anggukan daripada Irvan.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomanceUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...