•BAB 21•

7K 514 52
                                    

ARALYN mencelikkan mata perlahan saat dia rasa tangannya digenggam erat oleh seseorang, siling was itu ditatap dengan mata berkelip untuk beberapa kali sebelum dia palingkan wajah ke arah kanan dan apa yang menyapa pandangan mata dia itu sangat mengejutkan.

Anaqi?

Macam mana kau boleh ada kat sini?

Kemudian Aralyn teringat satu suara sebelum dia tidak sedarkan diri.

"Young lady..."

Terus dia pandang semula wajah Anaqi, muka yang bersih dari sebarang jerawat, kumis, misai mahupun jambang. Rambut undercut yang sudah messy.

Tidur pun hensem.

Eh...apa aku cakap ni?

Aralyn gerakkan sedikit tangan dia yang digenggam erat oleh Anaqi buat lelaki itu tersedar dari lena.

Terpisat-pisat Anaqi bangun sebelum mata biru itu bertembung mata hitam Aralyn. Terus segar mata lelaki itu memandang ke arah gadis tersebut.

"Kau okay? Ada sakit kat mana-mana?"

"Dada aku sakit sikit." Jawab Aralyn jujur, dia tunduk sedikit pada tubuh dia yang berpakaian baju hospital itu, dapat dia lihat ada balutan di dada.

"It will be okay in few days." Kata Anaqi tenang.

"Ya...tambah lagi parut kat badan aku." Ujar Aralyn.

Anaqi tidak berkata apa, dia hanya tatap saja wajah yang mengukir segaris senyuman bersama wajah pucat.

"Kau nak air?" Aralyn angguk.

Terus Anaqi tekan satu butang untuk menaikkan sedikit separuh tubuh Aralyn supaya gadis itu tidak perlu bersusah payah untuk bangun dari pembaringan.

Selepas itu, barulah Anaqi tuang air ke dalam cawan sebelum diserah pada Aralyn. Tangannya menyambung cawan itu sebelum diteguk perlahan hingga habis.

"Nak lagi?"

Aralyn geleng.

"Dah berapa lama aku tidur?"

"Satu hari setengah."

"Kau ke yang bawa aku ke sini?" Soal Aralyn sebaik saja Anaqi kembali duduk di kerusi sebelah katilnya.

"Yup." Sepatah jawapan yang lelaki itu berikan.

"Bukan kau kat Manila lagi? Macam mana kau boleh ada kat Malaysia? Macam mana kau tahu aku ada dekat night club tu?" Beberapa soalan Aralyn aju pada Anaqi buat lelaki itu terkebil-kebil sekejap, sejak bila perempuan ni banyak soal?

"Satu-satu aku jawab, jangan tanya banyak sangat. Kita ada banyak lagi masa." Ujar Anaqi tenang.

Aralyn hela nafas, dia cuba bergerak sedikit tapi matanya sedikit terpejam kerana sakit di dada menyapa dirinya. Perut dia pun masih terasa sedikit sakit kerana tendangan yang Karios bagi atau lebih tepat lagi, dia pijak perutnya.

"First, lepas kau balik...aku terus ke Spain jumpa Marquis." Itu jawapan pertama yang Anaqi beri pada Aralyn.

Gadis itu hanya pasang telinga.

"Second, lepas aku jumpa family aku...aku suruh Diluc arrange private jet and bawa aku balik ke Malaysia."

"And lastly, aku terus minta Diluc trace phone kau the moment aku mendarat kat sini and I'm glad I made it in time sebelum kau nyaris dijemput kematian." Jelas Anaqi dengan mata langsung tidak lepas dari Aralyn, tumpuan dia hanya diberi sepenuhnya pada gadis itu.

Aralyn mendengar, dia seakan tak percaya yang seorang VAT69 dan merupakan ahli keluarga elit dunia merangkap musuh dia akan datang selamatkan dia.

What kind of enemy who save the other enemy?

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now