•BAB 44•

6.7K 431 9
                                    

IRVAN dan Tengku Qidran duduk di tepi Jalan sambil menongkat dagu ke arah Anaqi yang sedang berjual beli dengan seseorang, sesekali mereka mengerling jam yang sudah menginjak pukul 1 pagi.

"Van..." Panggil Tengku Qidran meleret.

"Hm..."

"Berapa lama kita nak kena sidai dengan Anaqi ni? Dahlah dia heret kita pagi-pagi buta sebab nak nak cari durian sampai ke Perak untuk bini dia." Guman Tengku Qidran sambil melentokkan kepala di bahu Irvan, ngantuk ya amat sekarang ini.

Irvan tak jawab, dia perhati saja Anaqi yang sudah mendekati bersama satu plastik durian.

"Dah, jom balik." Ajak Anaqi.

"Habis dah kau punya jual beli?" Soal Tengku Qidran sambil celik mata perlahan.

Anaqi angguk sekilas sambil angkat plastik yang berisi beberapa buah durian. Walaupun dia dikejut oleh Aralyn yang tiba-tiba mengidam mahu makan durian itu, dia gagahkan diri untuk tunaikan permintaan isterinya.

"Kau ni kalau ya pun sayang bini, janganlah heret kitorang yang tak berbini ni untuk cari benda yang bini kau mengidam. Kalau nak heret juga, heretlah Jebat ke Ezran ke...asalkan orang dah kahwin." Bebel Tengku Qidran.

Anaqi tak membalas dia buat tak endah saja dengan Tengku Qidran. Bukan apa, diorang saja yang belum kahwin dan boleh diheret untuk membantu dia cari benda yang isterinya mengidam.

Kepala Anaqi menoleh ke arah Irvan yang sudah melangkah ke arah Lamborghini Urus miliknya, kemudian terus saja lelaki itu bolos masuk ke dalam lalu enjin dihidupkan.

"Hey, Anaqi. Kau dengar tak ni?" Tengku Qidran tepuk bahu Anaqi.

"Tak, jom balik." Mudah balasan Anaqi membuatkan Tengku Qidran geram, aku cakap panjang berjela boleh pula dia tak dengar.

Tengku Qidran mengekor Anaqi masuk ke dalam kereta.

"Van, kau boleh drive ke?" Soal Anaqi bila tengok Irvan sudah seperti orang khayal saja, nampak betul dia punya penat tu.

"Hm..."

"Van...bagi aku jelah drive, risau pula aku tengok kau ni." Tengku Qidran sudah naik bimbang dengan Irvan, ini kalau dia tekan minyak memang habis kita bertiga ni.

Irvan tak membalas.

Vroom!

"Allahu Akbar!" Menjerit Anaqi dan Tengku Qidran tatkala Irvan buat hal tekan minyak macam nak jumpa tuhan.

"Van! Slow! Slow!" Tengku Qidran sudah memeluk kerusi Anaqi dari belakang, dalam hati dah macam-macam doa dia baca termasuk doa makan sebab takut punya pasal.

"Jangan laju sangat! Van! Aku ada bini kat rumah! Irvan Ul-Haq!" Suara komando Anaqi pun dah keluar, member sebelah pula macam tak hirau dengan nada suara Anaqi yang  sentiasa menakutkan anggota yang lain ketika dalam latihan dan bertugas.

Irvan pekakkan telinga, yang dia tahu...dia mahu balik cepat dan tidur dengan tenang tanpa sebarang gangguan lepas ni.

"Hello Ezran! Abang kau dah gila! Dia nak bawa aku dengan Anaqi masuk liang lahad!" Adu Tengku Qidran dalam panggilan telefon, dalam situasi panik macam ni hanya Ezran saja yang Tengku Qidran terfikir untuk hubungi.

"Tut..." Panggilan itu terus dimatikan oleh membuatkan Tengku Qidran tercengang.

"Babi Ezran! Irvan! Slowkan kereta ni!"

Anaqi sudah pejam mata, dia dah berdoa agar dapat kembali dalam keadaan selamat dan hidup. Berperang pun tidak seseram ini.

"Irvan Ul-Haq!"

BERHENTI saja kereta itu di hadapan rumah Anaqi, terketar-ketar lelaki itu keluar dari dalam kereta sambil buat sujud syukur bersama Tengku Qidran.

"Tuhan! Aku masih hidup nak jumpa bini aku! Alhamdulillah!"

"Aku nyaris dijemput tapi masih lagi diberi peluang! Terima kasih!" Roh Tengku Qidran sudah kembali tenang walaupun nyaris terkeluar dari jasad kerana kelajuan Anaqi memandu sangat tinggi daripada Perak ke Kuala Lumpur.

Dia buat macam KL itu sebelah rumah, dalam masa sejam dah sampai.

Irvan keluar dari kereta, dia terus melangkah ke guest house depan rumah Anaqi dan Aralyn yang pernah dia gunakan untuk menginap bersama Tengku Qidran dulu.

Anaqi dan Tengku Qidran pandang tajam ke arah Irvan yang sudah masuk ke dalam guest house tersebut dengan wajah tak bersalah.

"Member buang kes! Bongok punya Van." Marah Tengku Qidran sambil terketar-ketar mahu berdiri tegak, sempat juga dia tolong Anaqi yang dah macam hilang darah kat muka.

Pucat betul muka member tu.

"Kau okay tak?" Soal Tengku Qidran.

"Okay, kau masuklah rehat dulu dalam guest house."

Tengku Qidran angguk, dia terus berjalan ke arah tempat penginapan yang Irvan masuk tadi. Terhuyung-hayang dia berjalan ke arah rumah tetamu tersebut sampai boleh terlanggar tembok rumah sebab pening.

Buk!

"Aduh! Bodoh punya tembok! Macam mana kau boleh sesat kat sini? Bodoh!" Tembok tak bernyawa pun Tengku Qidran boleh marah dengan penuh selamba.

Anaqi pula sudah berjalan masuk ke dalam rumah kerana dia nampak lampu ruang tamu sudah menyala, isteri dia sudah menanti kepulangan dia.

ANAQI tongkat dagu memandang ke arah Aralyn yang sedang ralit memakan durian itu, sesekali dia angkat tisu yang berada di tangannya kemudian disapu pada bibir isterinya itu.

"Comot awak makan, young lady." Tergeleng-geleng kepala Anaqi memandang isterinya yang tersenyum tidak bersalah dengan pipi kembung.

"Cowwy..." Dengan nada manja Aralyn bersuara.

"Dah, banyak dah awak makan ni."

"Okay, sayang." Anaqi senyum, dia cubit lembut pipi isterinya sebelum dia bangun angkat kulit buah durian yang sudah kosong itu kemudian dibawa ke tong sampah.

"Duduk situ, jangan bangun. Saya cucikan tangan awak kejap lagi." Arah Anaqi.

Aralyn hanya menurut saja. Sejak mengandung ni, Anaqi betul-betul menjaga dia walaupun kadang-kadang lelaki itu akan pergi menjalankan tugas untuk beberapa hari hingga ke minggu.

Itu yang sampai Reyanna dan Puan Rossalia akan datang ke Malaysia jika Anaqi ada operasi dan latihan yang dijalankan untuk jangka masa yang lama.

Anaqi kembali ke kitchen island itu bersama satu mangkuk berisi air jernih, dia tarik tangan isterinya kemudian dicuci hingga bersih sebelum dilap lembut hingga kering.

Queen's treatment.

Aralyn senyum melihat suaminya.

"Ada nak apa-apa lagi tak, young lady?" Soal Anaqi sebaik saja membersihkan mangkuk yang digunakan.

"Nope, buat masa ni mommy dengan baby taknak apa-apa lagi tapi..." Sengaja Aralyn gantungkan ayat dia dengan mata diangkat ke arah suaminya yang berdiri di sebelah.

"Tapi?" Sebelah kening Anaqi terangkat.

"Saya nak sayang saya ni dukung naik atas, nak tidur peluk bear besar kesayangan saya." Aralyn depa tangan pada suaminya.

Anaqi senyum, dia suka tengok kecomelan isteri dia ni. Menampakkan lagi seri ibu mengandung.

"Okay, come." Didukung Aralyn gaya bride style kemudian naik ke tingkat atas, tersenyum suka Aralyn sambil merangkul leher Anaqi.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now