•BAB 5•

7.4K 498 10
                                    

"SO...how's life without being a Marquis?"soal Rhys sambil kedua belah tangan dibawa ke belakang kepala gaya santai memandang Anaqi.

Anaqi kalih wajah, dia tatap kosong wajah abangnya itu.

"Good, at least no one come after me." Terletus tawa kecil di bibir Rhys. Rasa macam ketawa perli pun ada.

"You know, one day orang akan tahu kau Marquis juga but don't worry about it. LRD akan pastikan no one knows who you are unless kau step up untuk jadi Marquis and LRD." Ujar Rhys tenang membuatkan sebelah kening Anaqi ternaik.

Bukan sebab perkataan Marquis tapi perkataan LRD, singkatan bagi nama...

La Rouge Dragoon.

Sebuah organisasi yang sudah dicipta oleh The Marquis sejak bertahun lama, ia seperti kumpulan mafia yang akan terlibat dalam perang dunia gelap andai kata ada yang mahu merebut taktha mereka dalam dunia gelap.

"Well...for now, I'm still not interested to be Marquis and LRD. I love to live with my job." Balas Anaqi tenang.

Rhys angguk kepala beberapa kali, dia pun tidak mahu paksa kalau adik dia masih belum mahu menyertai legasi keluarga mereka.

"So...tell me, what happened between you and your ex wife." Kali ini mata Rhys memandang Anaqi, wajah lelaki yang selalunya kosong dan dingin itu kelihatan mahu tahu apa yang berlaku pada perkahwinan dia.

Lagipun...masa Rhys bercerai dengan bekas isterinya, adik dia sudah menetap di Malaysia jadi komando harimau kutub kat sana.

"Rafanda cheated on me." Terkedip-kedip mata Anaqi sebelum meluas. Daripada dia bersandar santai pada kerusi, dia membawa sedikit tubuhnya ke hadapan.

"Seriously?"

Terangguk kepala Rhys buat Anaqi terkedu.

Bapak ah! Abang aku yang elok, kaya gini pun boleh kena curang.

"How?" Soal Anaqi.

"I'm on my business trip at Moscow for two weeks and when I head back to my house, I saw that woman sleep with other guy in my own bed." Tenang saja penjelasan Rhys tapi itu buat Anaqi makin tidak percaya, curang di rumah sendiri.

"Then you divorce?"

"Yup, dia ada merayu but I rather chose to be alone then living with a person who cheated and make me lose my trust to her."

Damn...zaman sekarang lelaki hensem pun boleh kena curang.

Melihat wajah Anaqi, Rhys bersuara lagi.

"No need to think about it. Buat masa ni aku duda hot but unavailable for now." Rhys kenyit Mata dengan muka bangga dia sebab jadi duda hangat di pasaran walaupun belum ada yang mampu nak beli.

Anaqi jeling ke atas. Menyampah juga dengan perangai sorang manusia perasan ni.

"Dah. Aku nak keluar pusing-pusing kat Barcelona ni." Hoodie yang berada di belakang kerusinya dicapai kemudian disarung pada tubuh.

"Kau bawa Godzilla R35 kau tu ke?"

"Yalah. Itu kereta kesayangan aku." Nawab Anaqi mendatar.

"Okay."

Nissan Skyline GT-R 35 berwarna hitam terletak elok di garaj itu Anaqi tuju, disentuh jentera raksasa yang sudah lama dia tidak hidupkan.

Sebenarnya, Diluc selalu panaskan enjin kereta ini supaya tidak rosak tapi kali ini biar Anaqi pula yang membawa kereta kesayangan dia ini keluar berjalan-jalan.

Dating dengan kereta.

ARALYN berjalan ke Audi R8 berwarna putih yang dia gunakan sepanjang di Barcelona, dia mahu keluar ambil angin malam supaya dia ada mood untuk jalankan misi yang akan berlangsung dalam masa 2 hari lagi.

"Guess I need some fresh air before blood interfere my sense again." Aralyn bolos ke dalam kereta kemudian enjin dihidupkan, pedal ditekan lalu dia memandu keluar dari kawasan apartment yang menjadi safe house untuknya di Sepanyol ini.

Sambil Aralyn memandu, sambil tu juga dia menikmati pemandangan bandar Barcelona. Jalan raya agak lenggang waktu itu dan dia terus ukir senyum sinis.

Alang-alang takde kereta kat sini, apa kata kita...

Vroom!

Semakin laki Audi R8 yang dipandu Aralyn itu membelah jalan, sangat laju kerana dia tahu kawasan itu tiada polis yang meronda sebab dia sudah buat pemerhatian jalan yang akan dia guna selepas misi selesai nanti.

Sedang dia laju, entah macam mana dia boleh pula brek mengejut bila sebuah Nissan Skyline GT-R 35 melintasi di hadapan sekaligus membuat keretanya berhenti mengejut.

Tubuh Aralyn bergerak sedikit ke depan. Nasib baik dia pakai seatbelt, kalau tidak memang selamat wajah dia bertemu stereng.

Matanya tajam memanah ke arah kereta yang berada di hadapannya, tali pinggang keledar dibuka kemudian dia keluar dari keretanya dengan mata tidak lepas pada pemilik R35 tadi.

"Qué vas a? ¿Un idiota que no sabe cómo conducir un coche correctamente? (What are you? An idiot who doesn't know how drive a car properly?)" Tengking Aralyn dalam bahasa Spanish.

Anaqi jungkit kening.

"Disculpe, señora. Eres el que conduce como si fuera al más allá. (Excuse me, lady. You're the one who drive like heading to the afterlife.)" Datar saja nada yang Anaqi gunakan, dia yang bawa kereta macam nak buang nyawa lepas tu kita pula yang kena marah.

Aralyn merengus perlahan.

"Bodoh." Gumannya perlahan tapi masih sampai ke telinga Anaqi, terbit senyuman senget di wajah lelaki itu.

"Orang Malaysia rupanya." Kali ini mata Aralyn terkedip-kedip ke arah lelaki itu, mamat depan Ni pun orang Malaysia?

"Jangan terkejut sangat, I live in Malaysia so I know more harsh words than bodoh. Kalau untuk kau, perkataan yang sesuai untuk someone who is created beautifully but have such a sharp tongue is...young lady with no manners."

Berdesing telinga Aralyn bila diperli oleh lelaki di hadapannya, laju sebelah tangan naik ingin menumbuk wajah Anaqi.

Ingat kena tapi lelaki itu lebih tangkas, dia menahan tumbukan gadis itu dengan tangan kanannya.

Kening Anaqi terangkat sebelah dengan senyuman menyindir.

"You're easy to read when you're mad, young lady. You let your emotions control you instead of your precision." Nadanya tenang tapi ia masih sindiran di deria pendengaran Aralyn.

"Don't make me kill a person who's not in my list tonight." Dingin kata-kata Aralyn tapi Anaqi tetaplah Anaqi.

Ini komando hati kering lah oi!

"Your beautiful eyes doesn't show you want to kill but it's empty with sadness." Tersentaj Aralyn bila Anaqi berkata begitu.

Saat dia dongak, matanya bertemu dengan mata biru laut milik lelaki itu.

Who is this guy?

Tidak betah mahu berlama, dia rentap kasar tangannya kemudian dihala jari telunjuk di hadapan wajah Anaqi.

"I'll kill you if we meet again."

"Be my guest, I'm waiting." Balas Anaqi tenang.

Aralyn pusing dan kembali ke keretanya sebelum dia membuat drift donut dan memandu laju meninggalkan Anaqi yang masih memerhati sambil tangan memeluk tubuh.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now