•BAB 3•

8.4K 490 13
                                    

BARCELONA, SPAIN.

Saat Anaqi tiba di Barcelona, dia melangkah keluar dari balai ketibaan itu sambil membetulkan jaket hitam yang tersarung pada tubuh dan meraup rambutnya ke belakang telinga.

"Maestro Rayn."

Kepala dikalih memandang sang pemanggil. Dari jarak Anaqi berdiri, dia melihat satu sosok tubuh tegap berpakaian sut hitam bertali leher merah dengan ukiran naga sedang berdiri tidak jauh darinya.

"Diluc." Serentak itu Diluc menunduk hormat ke arah Anaqi tapi Anaqi cepat-cepat suruh lelaki itu berdiri tegak dari menunduk, takut-takut kalau ada mata-mata yang memandang.

"It's been a long time." Ujar Anaqi mendatar.

"Yes, maestro. Shall we head back to the mansion? The Marquis is waiting for you." Tutur Diluc tenang sambil mencapai beg sandang yang Anaqi pegang, sudah ditegah tapi Diluc tetap membawa beg pakaiannya.

Anaqi pula nak tak nak, mengalah sajalah memandangkan Diluc merupakan orang kepercayaan keluarga Marquis serta ketua bodyguard elit yang komited dalam bertugas.

"The car is here, Maestro Rayn."

Kepala diangguk sekali. Anaqi terus bergerak ke arah sebuah Rolls Royce Phantom yang dipandu oleh pemandu peribadi diiringi Diluc.

"AGAK-AGAKNYA si harimau kutub tu dah sampai Spain ke belum?" Soal Tengku Qidran pada Irvan, mereka berdua sedang melepak di mamak sambil tunggu kedatangan Jebat yang sedang mendapatkan pass daripada isteri dia.

Apa? Ingat orang kaya bangsawan T20 tak lepak mamak ke? Best tau lepak mamak, teh tarik dua aney!

"Kalau nak tahu pergilah call dia kalau nak tahu dah sampai ke belum." Kata Irvan.

"Tak boleh, nanti dia tahu aku cari dia." Serta merta dahi Irvan berkerut.

"Apa masalahnya kalau dia tahu kau cari dia?"

"Yalah, sebagai lelaki hot dan hensem lagikan market tinggi macam aku ni...kita kena tunggu orang cari kita. Bukan kita cari orang." Dengan muka minta kena pijak Tengku Qidran berkata.

"Kepala otak kau! Kau ingat dia girlfriend kau? Itu member kita, taik! Jantan pula tu, kau ni sesuatu ke apa?" Telefon Irvan diletak atas meja kemudian dia tekan sesuatu pada skrin.

Lagu final chapter mula berbunyi.

"I can't love...you...in the dark..."

"Babi." Carut Tengku Qidran, dia nak bergurau alih-alih kena counter dengan lagu final chapter. Hanat betul si Van, sempat pula tu dia tahu update trend terkini.

"Sorry lambat." Mereka berdua menoleh pandang Jebat yang duduk bersebelahan dengan Irvan.

"Takpe, takpe. Kami dah biasa kena sidai, maklumlah kami ni takde bini macam orang tu yang ada anak bini." Penuh sarkastik Tengku Qidran perli Jebat.

Jebat jeling tajam pada anak Tengku itu. Kalau tak difikirkan kawan, ada dia suruh mamak tu kerat lelaki itu buat kari.

"Lama juga kau nak dapat pass dari wife kau, apa kau buat?" Irvan menyoal sambil menyedut milo ais.

"Aku tidurkan anak-anak aku dulu lepastu aku dodoikan isteri aku, baru dia bagi izin aku keluar jumpa korang." Jelas Jebat, betul-betul effort dia nak ambil hati Hawa supaya bagi izin untuk dia keluar jumpa Irvan dan Tengku Qidran.

"Bapak ah, kau GTB ke?" Tengku Qidran bertanya dengan mulut mengunyah roti canai, nasib tak tersembur.

"GTB?"

"Geng Takut Bini."

"Bukan aku takut bini."

"Dah tu?"

"Bini tak takut aku." Selamba saja Jebat beri jawapan. Tapi itu fakta, bukan dia takut bini tapi bini tak takut dia.

Terus Tengku Qidran tekan sesuatu di skrin telefon Irvan dan...

"I can't love...you...in the dark." Pantas Jebat jeling Tengku Qidran lagi, ingat dia tak tahu ke trend lagu final chapter tu.

"Tapi beras kita beli."

"Tempat tidur di tangan dia." Balas Jebat buat Tengku Qidran mati kata, ya tak ya juga. Sekarang bini-bini pegang kuasa di tempat tidur, silap-silap tidur luar si Jebat kalau buat hal cuma...

"Tempat tidur dalam tangan bini kau bukan aku jadi kisah apa aku?"

Irvan hanya geleng kepala, si Tengku sorang ni memang ada saja yang nak balas kalau orang berlawan cakap dengan dia.

"Van." Malas mahu bergaduh dengan Tengku Qidran, Jebat panggil Irvan. Lagi baik dia cakap dengan abang tenang di sebelah ni.

Sebelah kening Irvan terjungkit.

"Kau dah tahu belum pasal Ferza?" Penuh berhati-hati Jebat sebut nama itu, manalah tahu member lari pergi Amsterdam lagi.

"Kenapa dengan perempuan tu?" Noh kau, perempuan terus. Takde sebut nama dah.

Damn...

Tengku Qidran sudah terkedip, Irvan Ul-Haq tak sebut nama Ferza geng! Sesiapa yang nak Irvan boleh slide into the TikTok.

"Dia..."

RABBIT berjalan ke arah balkoni apartment merangkap tempat persembunyian sementara sepanjang dia berada di Spain untuk menjalankan tugas yang diberi.

"Aralyn Zuhayra."kedengaran suara garau membuatkan tubuhnya yang menikmati angin petang itu pusing menghadap orang yang menyeru.

Caleb Dawson.

Aralyn tidak menyahut, dia berpeluk tubuh memandang Caleb yang berdiri statik di ruang tamu menanti kata-kata daripada lelaki tersebut.

"Semua equipment kau, aku dah sediakan and invitation untuk kau masuk dalam event tu nanti semua ada dalam bilik equipment. I'll leave you now and kau boleh call aku if you need anything." Terang Caleb, dia sudah dipertanggungjawab oleh Outlaw untuk menyediakan segala kelengkapan Aralyn.

Aralyn tidak memaparkan sebarang reaksi, dia angguk kepala tanda faham dan Caleb meminta diri untuk keluar dari apartment tersebut meninggalkan si gadis arnab itu seorang diri.

Hilang saja bayang Caleb, Aralyn mengorak langkah ke bilik equipment yang dikata Oleh Caleb tadi.

Ternyata benar yang bilik itu dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan senjata, ada rak pakaian serta planning table untuk memudahkan dia mengatur strategi.

Dia perhati gambar seorang lelaki yang berada atas planning table itu.

"Kieran Ramsay." Nama itu disebut dengan nada perlahan.

Itulah sasaran dia untuk kerja kali ini, dia sudah diberitahu yang lelaki itu akan mengadakan majlis pelancaran untuk hotel miliknya dalam masa lima hari daripada sekarang. Jadi, dia perlu pastikan rancangan yang dia bakal rangka nanti tiada cacat cela.

Jika tidak, dia akan tertangkap dan Outlaw akan hantar orang untuk tamatkan riwayat dia supaya tiada siapa tahu maklumat mengenai kumpulan itu.

Tiba-tiba, ayat Karios yang mengarahkan dia untuk ke Spain bermain dalam fikiran.

"It's either you came back with success or came back as a criminal who will be sent to Hell as a punishment for all the crimes that you commit for the rest of your life."

Berlegar kata-kata itu dalam otak Aralyn walaupun Karios tahu yang dia tak pernah gagal dalam setiap jenayah yang dia lakukan, daripada rompakan besar di bank hinggalah membunuh sasaran-sasaran golongan VIP yang lupa tentang hutang mereka pada Outlaw.

Sudahnya, Aralyn pandang blueprint hotel milik Kieran yang Caleb dapatkan dan mula mengatur setiap rancangan.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now