•BAB 38•

6.7K 444 21
                                    

RHYS, Diluc, Irvan dan Tengku Qidran saling memandang antara satu sama lain sebelum mereka berempat memandang kembali ke halaman rumah agam Marquis.

"Aku tak buta, kan?" Soal Tengku Qidran pada Irvan.

"Tak payah tanya, kitorang semua nampak apa yang kau nampak." Jawab Irvan mewakili jawapan Rhys dan Diluc kerana dua orang itu memang tak pandang tempat lain daripada tadi.

Pemandangan di hadapan mereka ini sangat aneh tapi dalam masa yang sama boleh tahan nenghiburkan hati juga.

"Okay! aku sudah tak boleh tahan diri lagi! Hahahahahahaha komando kena denda dengan bini!" Tengku Qidran berguling-guling atas tanah melepaskan tawa tanpa henti.

"Bodohlah, Qidz!" Irvan elok-elok nak tahan diri dari ketawa terus ketawa, celaka tau mamat badut sorang ni.

"Diluc, kau dah record belum? Aku nak hantar pada mama ni, dia kena tengok anak jantan dia kena denda dengan bini." Rhys pandang Diluc tapi nampak Diluc sudah merakam bersama wajah yang menahan ketawa.

Kalau Diluc yang selalu tayang muka kosong pun boleh tahan ketawa, maknanya memang dah kelakar sangat ni.

"Turun lagi, sayang!" Aralyn berpeluk tubuh sambil mengarah suaminya membuat tekan tubi tapi bukan tekan tubi yang biasa kerana Aralyn sendiri duduk di belakang badan Anaqi.

"998!" Laung Anaqi di halaman rumah itu sampai pengawal-pengawal Marquis yang lain pun turut melihat kejadian itu, mereka juga sedang menahan tawa kerana sangat di luar jangkaan kerana jarang-jarang tengok Anaqi kena buli dengan Aralyn di hadapan mata.

"Okay! Up!" Arah Aralyn.

"999!"

"Up! Stay!"

Anaqi menahan tangannya, 1000 tekan tubi apalah sangat tapi menggigil juga ni. Muka pun sudah bermandikan dengan peluh tapi ini hukuman isteri, redha jelah sebab dah buat salah.

Aralyn pula sudah dari tadi tahan senyum, ini satu benda yang sangat nenghiburkan diri sekaligus menambah satu hobi baru iaitu denda suami kalau suami buat salah.

'Berapa lama lagi kena tahan ni?' Soal Anaqi dalam hati.

"Okay down." Lepas seminit baru Aralyn suruh Anaqi habiskan tekan tubi yang ke-1000 itu.

Turun saja wanita itu dari belakang, terus Anaqi pusing baring terlentang mencari nafas. Tengok matahari senja pun dah macam nampak dua.

"Sejak bila matahari ada dua, young lady?" Soal Anaqi dalam nafas tercungap-cungap.

Aralyn cuba tahan ketawa, dia tak boleh ketawa depan orang lain selain suami dan keluarga mertua.

"Alamak! Member dah khayal! Bagi air! Bagi air!" Tengku Qidran heret Diluc ke tandas dapur kemudian ambil air yang penuh dalam baldi.

Irvan dan Rhys sudah ketawa, member kena denda sampai khayal teruk ni. Ni kalau 2000 tekan tubi mahu terus ke bulan.

"Beri laluan! Beri laluan! Bomba dah datang!" Tengku Qidran dan Diluc muncul bersama dua baldi berisi penuh lalu dicurah terus ke atas Anaqi.

Anaqi sudah redha, yang penting dia rasa sejuk dan selesa. Kalau tidak mahu khayal dia selama satu jam sebab terlampau penat. Balik dari latihan hutan terus kena denda, memang keras ini Anaqi.

"Dah selesa dah?" Soal Aralyn sambil bertinggung di sebelah suaminya yang masih memandang ke arah langit oren yang bakal berganti gelap malam.

"Dah."

"Okay, good. Ada lagi satu denda yang sayang kena buat."

Terbangun terus Anaqi macam mayat bangkit dari kematian, dia toleh ke arah isterinya sambil meraup rambut yang basah.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now