"WELL...well, look who's here?" Zahein tepuk tangan beberapa kali melangkah bersama orang-orang Outlaw lengkap bersenjata ke arah Aralyn yang baru turun dari superbike.
Aralyn tidak membalas, hujung matanya perhati sekeliling. Ada ramai lagi ahli Outlaw yang masih bebas, mereka sedang berada di atas dan bawah bangunan kilang tersebut, mereka dah kepung dia.
"Aku dah agak kau mesti akan datang seorang tanpa suami kau. Who doesn't know you? The Rabbit who always been alone because she's a monster." Sinis Zahein.
"Plus, no wonder you're a traitor, suami kau sendiri pun kau belakangkan." Tambahnya lagi untuk menaikkan darah Anaqi.
Hati sudah menggelegak panas, Aralyn terus tarik pistol dan diacu pada Zahein. Serentak itu juga, semua orang-orang Zahein angkat senjata api mereka ke arah Aralyn.
"You really out of your mind, Rabbit. Kau dalam kawasan aku sekarang and bila-bila masa je aku boleh arahkan diorang untuk bunuh kau." Bersama senyuman sinis di muka Zahein berkata begitu pada Aralyn.
Dengan wajah yang dingin, pistol masih dihala pada Zahein. Langsung tiada rasa gentar dalam diri walaupun dia sendiri tahu memang tidak akan ada peluang untuk terus hidup sekarang ini.
Klik!
"Wow, kau memang dah tak sayang nyawa."
"Aku tak sayang nyawa aku sebab aku lebih sayangkan suami aku." Dingin Aralyn.
Zahein angkat kening, dia beri isyarat tangan pada semua orang-orangnya untuk bersedia melepaskan tembakan sebaik saja dia jatuhkan tangan.
"Let's see besar mana kau sayang suami kau."
Jari telunjuk Aralyn sudah berada di picu, yang lain turut buat benda yang sama dengan senjata mereka bersedia melepaskan tembakan pada wanita itu.
Aralyn pejam mata sesaat, aku sayang kau...suami aku.
Bang!
Satu tembakan yang muncul dari satu arah membuatkan tumpuan yang lain pada Aralyn teralih pada laluan keluar dan masuk kawasan kilang lama itu.
Masing-masing terkejut dengan kemunculan empat buah Jeep Wrangler rangler dan lima buah superbike Ducati Panigale berada di situ.
Keluar hampir 20 orang lelaki berpakaian serba hitam dengan bulletproof vest bersama assault rifle masing-masing.
Aralyn sudah terkejut melihat Anaqi yang turun dari superbike tersebut sambil menanggalkan helmet bersama Rhys, Irvan, Tengku Qidran dan Diluc.
Zahein sudah ketap rahang, dia tarik Aralyn dan letak pisau pada leher wanita itu.
"Jangan dekat kalau kau sayang isteri kau, Anaqi!"
Anaqi tidak membalas, dia angkat kedua belah tangan ke atas sambil berjalan beberapa tapak ke hadapan bersama wajah yang sangat sukar untuk ditafsirkan.
"Aku kata jangan dekat, Anaqi!" Jerkah Zahein semakin rapatkan pisau pada leher Aralyn hingga sudah ada sedikit calar di leher wanita itu.
"Now!"
Bang!
Tembakan hendap pada belakang Zahein membuatkan Aralyn terlepas dari menjadi tebusan, serentak itu juga mereka menoleh kerana ada orang yang muncul melepaskan tembakan.
"Take cover! Shoot to kill!" Arah Rhys pada yang lain.
Zahein dan semua terus melepaskan tembakan ke arah kumpulan Anaqi dan beberapa orang lagi yang muncul menembak secara hendap tadi.
Hujan peluru mula terjadi, Aralyn ke arah Anaqi kemudian ditarik wanita itu untuk berlindung.
"Sayang."
"Just shut your mouth and shoot everyone, I don't need any explanation right now." Dingin Anaqi sambil melepaskan tembakan.
Aralyn ketap bibir, tahulah dia yang Anaqi sedang marah sekarang ini tapi dia turut lepaskan tembakan ke arah musuh.
Bang!
Bang!
"Van! Adrenaline rush betul ni oi!" Tengku Qidran seronok menembak musuh siap dia usyar perempuan yang tengah tembak arah dia.
"Lawa do, Van! Aku nak satu bini macam tu!"
"Kepala otak kau! Kau fokus sekarang sebelum aku sendiri tembak kau!" Marah Irvan, orang dalam situasi genting ni boleh pula nak tengok mana satu perempuan pilihan.
Tengku Qidran mencebik sambil membalas tembakan.
Irvan mara ke depan tapi tiba-tiba ada orang menyerang hendap dari tepi, terundur Irvan sebelum dia menahan kaki dia untuk kekal statik ke arah lelaki tersebut.
"Korang ni manusia paling menyusahkan!" Dingin Irvan, dia tarik rambut lelaki itu hingga lelaki itu melepaskan berdiri dari menghuni tubuhnya lalu diberi tumbukan bawah dagu.
Tersembur darah dari mulut.
Buk!
Buk!
Beberapa kali Irvan menumbuk dan menendang lelaki itu dan akhir sekali, Irvan menarik belakang leher lelaki tadi kemudian wajahnya terus dihentak sangat kuat pada dinding hingga pecah wajah itu bersama darah yang banyak.
Tengku Qidran yang memerhati itu sudah telan liur kesat, okay baru dia tahu Irvan yang sentiasa tenang itu boleh bertindak di luar jangkaan.
"Blah! Blah!" Kata Zahein sambil menembak.
Diluc yang sedang mematahkan leher musuh itu lihat Zahein dan beberapa orang lain lagi sedang cuba melarikan diri.
"Maestro Rayn!"
Anaqi menjengah.
"Zahein!" Diluc menunjuk ke arah Zahein yang masuk dalam salah satu bangunan kilang tersebut.
Anaqi angguk, dia mahu bergerak tapi tangannya dipegang dari belakang membuatkan dia menoleh dengan wajah tidak berperasaan ke arah isterinya.
"Hati-hati." Pesan Aralyn.
"Kau yang jaga diri kau, young lady." Dengan nada dingin Anaqi berkata lalu dia bergegas mengekor Zahein tanpa memandang ke arah Aralyn.
Aralyn mula rasa serba salah dengan suaminya, buat Anaqi marah adalah sesuatu yang tidak pernah dia jangka.
"Rabbit!"
Aralyn toleh, lelaki yang berdiri di hadapannya ini sangat dia kenal.
Caleb Dawson.
"Hidup lagi kau, ingat dah mampos kat Spain." Ujar Aralyn dingin.
"You're a traitor! Now you die!" Caleb menerpa ke arah Aralyn tanpa sempat wanita itu mengangkat senjata, terjatuh pistol tersebut ke atas lantai.
Aralyn mengelak setiap tumbukan dan tendangan yang Caleb berikan, lelaki itu langsung tidak memberi peluang untuk dia membalas jadi dia hanya mengelak serta menepis serangan-serangan tersebut sambil mencari peluang untuk melancarkan serangan balas.
Bila dapat peluang, Aralyn terus membuat armlock kemudian menarik Caleb ke belakang.
Krak!
"Arghh!" Jerit Caleb bila tangan dia dipatahkan. Dia berundur beberapa tapak bersama wajah berkerut memegang lengan dia yang baru saja dipatahkan tadi.
Aralyn tidak tunggu lama, dia menerpa ke Caleb. Wanita itu memijak peha Caleb dengan sebelah kaki manakala sebelah lagi kakinya menginjak bahu kiri lelaki itu. Satu tangan Aralyn berada di atas kepala dan sebelah lagi tangan memegang bawah dagu Caleb.
"Argh!" Semakin kuat jeritan Caleb bila Aralyn mula menggerakkan kepalanya ke kanan bersama tekanan kaki wanita itu pada bahunya.
"Now the table has turned, you said I will die but now you're the one who's gonna be dead." Digerakkan kuat tangannya mematahkan leher lelaki itu dan tubuh itu akhirnya rebah di atas tanah tidak bernyawa.
Aralyn pandang mayat Caleb itu dengan tatapan kosong sebelum dia capai kembali pistol yang berada di atas lantai dan berlalu pergi daripada situ.
YOU ARE READING
RAID ANAQI
RomantizmUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...