•BAB 15•

6.9K 471 24
                                    

ARALYN perlahan jatuhkan kaki dari katil, dia sudah naik bosan duduk dalam bilik ni seorang diri walaupun Nara selalu naik untuk tengok keadaan dia.

Anaqi?

Mamat tu lepas dia sedar, mana pernah datang lagi jumpa dia tapi baguslah juga tak jumpa. Takdelah dia hayun penumbuk kat muka lelaki itu kalau jantung dia tidak normal disebabkan tingkah Anaqi yang boleh buat dia sesak nafas.

Baru setapak Aralyn melangkah, dia mendesis kesakitan. Buku lali dia masih lagi sakit cuma tidak terlalu bengkak seperti kali pertama semasa dia jatuh tebing.

Tapi Aralyn gagahkan juga untuk berjalan keluar dari bilik itu walaupun langkah dia perlahan sahaja.

Tiba saja di luar, lif yang berhampiran dituju kemudian dia turun. Bila dia sudah berada di bawah, dia lihat tiga sosok tubuh aneh yang sedang berbual bersama Nara.

"Siapa diorang tu? Kawan Anaqi ke?" Soal Aralyn sendirian.

Entah berapa lama dia berdiri dan bercakap seorang diri, mata dia naik kembali ke arah orang-orang yang bersama Nara tadi saat dia rasa diperhatikan dan...

Zap!

Memang betul, empat pasang mata itu kini tertumpu pada dia.

"Lady Aralyn, kenapa nak turun tak beritahu saya?" Nara merapati Aralyn.

Aralyn hanya tayang muka kosong, tiada emosi walaupun hati rasa tak selesa tiga pasang mata milik jejaka-jejaka di depan itu masih tidak lepas daripadanya.

"Aku bosan duduk dalam bilik, dah dua hari aku tak keluar." Ujar Aralyn dengan nada perlahan mendapat anggukan daripada Nara.

"Lady Aralyn nak pergi mana? Saya temankan." Tawar Nara kerana jaga Aralyn adalah tanggungjawab yang Anaqi berikan kepada dia.

"Siapa diorang tu?"

"Oh itu kawan-kawan Maestro Rayn dan yang pakai sut hitam tu orang kanan Maestro Rhys merangkap orang kepercayaan Marquis." Jawab Nara.

Aralyn buat mulut 'o' sebagai tanda faham.

"Hai Aralyn, nama aku Irvan Ul-Haq." Irvan menyapa dan memperkenalkan dirinya.

"Aku Tengku Qidran Denzel." Tengku Qidran pun turut perkenalkan diri dengan elok dan tidak bermain seperti selalu. Mungkin sebab takut hilang nyawa kalau loyar buruk dengan Aralyn.

Aralyn sekadar angguk sekali sebelum dia pandang ke arah Diluc.

Diluc menunduk sedikit ke arah Aralyn sebagai tanda hormat.

"Diluc Volkov, at your service. Lady Aralyn." Katanya dengan riak wajah tenang.

Aralyn senyum segaris sebelum Nara yang berdiri di sebelahnya itu dipandang semula.

"Anaqi mana? Aku tak nampak dia langsung."

"Maestro Rayn ada dekat gym, tengah workout rasanya. Lady nak jumpa dia sekarang ke?"

"Take me to him." Nara menurut, dia terus membantu Aralyn ke gym yang terletak di tingkat bawah tanah. Bantuan yang Nara berikan itu Aralyn tidak tolak sebab dia memang perlu orang untuk papah dia supaya bisa di kaki tidak terlalu menyengat.

"Untung Anaqi, perempuan cari dia." Kata Tengku Qidran sebaik saja Aralyn dan Nara hilang dari pandangan.

"Kau tak payah nak jealous sangat, kau pun scandal tiap-tiap hari cari lepas tu kalau lupa nama tanya aku." Irvan meluku kepala Tengku Qidran hingga lelaki itu menjerit kesakitan, dia gosok kepala dia yang terasa sedikit panas itu dengan jelingan diberi pada tukang luku kepala dia tadi.

RAID ANAQIWhere stories live. Discover now