KUALA LUMPUR, 0130 PAGI.
"Alpha team and Sierra double click to confirm your position." Kedengaran suara garau seseorang memberi arahan melalui earpiece yang terpasang di telinga anggota VAT69.
Click!
Click!
DSP Qalish selaku Ground Commander yang memantau operasi serta memberi arahan dari IPD Bukit Aman itu menganggukkan kepala bila pasukan itu menurut arahan, VAT69 yang dihantar sudah berada di posisi yang sepatutnya.
Pukul 8 malam tadi, mereka menerima satu panggilan dimana terdapat lebih 30 orang awam yang kini menjadi tebusan kepada sekumpulan pengganas yang diketuai Sufyan masuk ke dalam negara secara haram.
Dan kini, kumpulan itu berada dalam sebuah bangunan terbengkalai setinggi 20 tingkat sebagai markas sementara menanti permintaan mereka ditunaikan oleh pihak kerajaan iaitu wang tuna sebanyak 20 juta ringgit.
VAT69 yang lengkap berpakaian gempur berwarna hitam. Dengan assault helmet, earpiece terpasang pada telinga, balaclava menutup wajah membiarkan mata sahaja yang kelihatan, cermin mata lutsinar yang boleh melihat waktu malam, ves kalis peluru serta sarung tangan kulit elok melengkapi pakaian khas itu.
M4 yang lengkap dengan scope, silencer dan torch light itu diselempang pada tubuh VAT69 yang sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab. Sepucuk pistol Glock 17 turut tersemat pada gun holder yang terpasang pada kaki kanan mereka.
Ops Hantu.
Ground Commander: DSP Qalish / Rock Bravo
Assault Commander: Inspektor Raid Anaqi / Shadow
Sniper: Inspektor Zahein Faleeq / Spear & Inspektor Hilman / Romeo
"Sniper! Ready?" Suara tegas DSP Qalish sekali lagi kedengaran.
"Sierra 1 ready!"
"Sierra 2 ready!"dua sniper iaitu Spear dan Romeo menyahut.
"Ready!"saat arahan itu kedengaran, semua operator langsung senyap menanti arahan seterusnya.
Five!
Four!
Three!
Two!
One!
Semua mula menggempur kawasan bangunan itu.
Shadow selaku Assault Commander memberi arahan untuk berpecah kepada dua pasukan, satu ikut jalan belakang untuk mendapatkan tebusan dan yang lain ikut dia melalui jalan hadapan.
Masing-masing menurut arahan dan bergerak.
"Sniper, situation." Shadow memberi arahan.
"Four tangos on the right side, two tangos on the left. One hostage on the 15th floor with 10 tangos and the other hostages on the 10th floor with 15 tangos as guards." Spear memberi maklumat penuh berdasarkan apa yang dapat dia dan Romeo perhatikan melalui sniper mereka.
Shadow angguk kepala faham.
"Alpha 2, move to the 10th floor to reach the hostages. Shoot to kill if necessary. If not, stealth." Itu arahan yang Shadow berikan pada pasukan Alpha 2.
"Copy that, sir." Mereka menyahut.
"Spear, Romeo. Cucuk dua tango." Shadow memberi isyarat pada anggota lain untuk mensasarkan M4 mereka pada empat orang bawahan kumpulan Sufyan yang leka berbual itu.
"Copy."Spear dan Romeo terus membidik ke arah dua musuh yang tidak jauh daripada empat tango tadi.
Bang!
YOU ARE READING
RAID ANAQI
Storie d'amoreUnder 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 3 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka kerana itulah yang terjadi pada Anaqi dan Aralyn. Kali pertama mereka bertemu kerana insiden di Jal...